Sabtu, Mei 10, 2014

Tutorial Kraf Kertas: Cara untuk Buat 'Accordian Folded Flower'.

Berikut, ditunjukkan langkah demi langkah cara mudah untuk membuat accordian folded  flower.




Potong kertas secara memanjang mengikut ukuran yang dikehendaki. Jika mahu buat bunga yang besar, kita akan perlukan 2 jalur kertas.

Gunakan 'paper scorer' untuk buat kesan lipatan. Jarakkan sekurang-kurangnya 0.5cm. Lipat jalur kertas secara berselang-seli mengikut kesan 'scoring' yang dibuat.

Cantumkan jalur kertas supaya membentuk bulatan dengan corak kertas (corak yang hendak dijadikan bunga) di bahagian luar.

Perlahan-lahan tekan bahagian atas kertas sehingga kertas meleper dan membentuk bunga. 

Tampal bahagian belakang bunga dengan secebis kertas keras yang telah diletakkan dengan hot glue supaya bentuk bunga kekal. Boleh juga menggunakan 'mount tape'/ 'dimentional tape'.

Hiaskan bahagian tengah bunga dengan butang atau embellishment lain.

Gunakan untuk menghias scrapbook, kad atau papan notis. Selamat mencuba!


2 ulasan:

  1. nice. akak pernah buat nih untuk deco masa birthday anak akak. tapi macam tak sama je cara nya. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa, janji jadi :) mesti cantik & happening 'decor'nya

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.