Kenapa Panggil Cekebon?

Sabtu, Mei 10, 2014

"Cekebon?! Kenapa panggil mak kau Cekebon?"

Bukan sekali dua saya ditanya sedemikian. Ramai kenalan yang pelik apabila melihat saya membahasakan ibu saya 'Cekebon'. Panjang cerita asal usul julukan 'Cekebon' ni. Memang dah lama saya panggil ibu begitu. 'Cekebon'. Kadang-kadang 'Bon'.

Asalnya sejak kecil lagi, kami tiga beradik panggil Cekebon - Ibu. Tapi biasalah, masa kecil-kecil, umur pun jarak setahun dua je,...jadi isu siblings rivalry tu memang perkara biasa. Tak pasti idea siapa, antara kami mengusulkan untuk memanggil ibu dengan panggilan lain. Kononnya nak kelainan, asyik panggil ibu je. Dengar rakan-rakan di sekolah ada yang panggil mama, umi, mummy. Teringin jugak!

So, setiap seorang came up dengan satu panggilan sendiri dan tengok panggilan mana yang paling 'lekat' dan boleh diterima oleh ibu. Saya yang pada masa itu suka tengok cerita melayu hitam putih tentang raja-raja dan istana memilih BONDA. Angah pilih Bubuhela (ahaks memang tak lekatlah! Ini pengaruh lagu kumpulan A to Z.) Uje, saya tak dapat recall nama apa. At the end of the day, kemenangan mudah di pihak saya!

Rententan daripada permainan-damba-kasih kami bertiga, panggilan 'Bonda' semakin biasa meniti di bibir kami tiga beradik. Semasa di Tingatan Empat, saya bersekolah di sekolah yang sama ibu mengajar (sebelum pindah ke sekolah lain). Bayangkan, dek kerana saya membahasakan ibu dengan panggilan 'Bonda', kawan-kawan dan pelajar lain (termasuk Ketua Pengawas ye) turut terikut-ikut memanggil ibu sedemikian. Sampai ada segelintir guru yang jadikan perkara ini sebagai isu besar- 'Bonda' bukan panggilan yang betul untuk seorang guru hehehe....cerita lama.

Nama 'Cekebon' muncul dalam tahun-tahun pertama saya di IPT. Asalnya saya panggil 'Bon'. Kebetulan masa tu ibu tak dengar, spontan saya panjangkan jadi CEKEBON. Rasa sedap pulak! Manja-manja gitu. Maka, kekallah panggilan 'Cekebon' tu sehingga ke hari ini. Eksklusif pula tu. Hehehe,...itulah cerita di sebalik nama.

My dearest Cekebon,
SELAMAT HARI IBU!

9 ulasan

  1. owh baru tahu. tertanya jugak apa tu CeKEBON

    BalasPadam
  2. oo.. panggil ibu ngan cekebon.. ingat tadi combine cikgu ngan bonda jadi cekebon.. menarik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi tambah suku kata kay depan je biar panjang sikit! :)

      Padam
  3. ooooooooooooooooooo baru taw siapa dia cekebonnnya... tertanya2 gak kat post tadi cuma tak komen... hihihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah tahu dah siapa gerangannya Cekebon kann,...

      Padam
  4. ooo.. macam itu la .. cik bon kiranya..cekebon nama manja..

    BalasPadam
  5. saya ada tengok orang komen kat ig akak, tanya mana cekebon, jujur cakap tak terlintas pun itu bonda akak :)
    yana punya suka dengan jolokan "BONDA" reminds me to someone, hehe. tapi yana panggil mok je.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.