Kembali | Gerhana dan Telur Berdiri | Babah

Rabu, Mac 09, 2016

Assalamu'alaikum, I'm backkkkkkkkkkk! Baru terkedek-kedek bawa vacuum cleaner nak kemas tower, nak buang sawang,..eh, spick and span?! Bersih berjaga tak berhabuk tak berdebu. Sebab apa? Sebab kalianlah,...susah-susah je datang jalan-jalan sini tinggal jejak dan komen meskipun tower tak berpenghuni :) Lebih-lebih lagi ada Ikhwan Yusuff sebagai Ketua Hulubalang dan Ketua Inang, Cik Yana yang Halus dan Lembut,...tidak sempat sunyi menara saya. Tengoklah bilangan komen yang mereka tinggalkan. Thanks so much. Terharu tau!

Buat adik-adik dan teman-teman yang lain, terima kasih juga kerana sudi datang, main-main dan lepak di sini sepanjang ketiadaan saya. Saya dah balik ni, bolehlah mula panaskan enjin nak pergi serang kalian pula. Tunggu ye,...Insya-Allah, saya terjah satu demi satu.

Gerhana Matahari dan Telur Berdiri

Alhamdulillah! Pagi tadi berpeluang untuk melihat satu lagi kekuasaan dan kebesaran Allah. Sungguh indah! Buka Facebook, Ig, blog,..penuh dengan gambar-gambar gerhana yang dikongsi. Malangnya saya tak sempat nak ambil gambar kerana in the middle of video conference meeting dengan sahabat-sahabat dari Jakarta untuk next project kami. Tak berpeluang pun nak buat telur berdiri! Dahulu, semasa gerhana matahari sebeleum-sebelum ini, saya dan Bott akan excited beli telur untuk buat telur berdiri masa gerhana.

Dek kerana dah tahu ada meeting pagi ini, saya cuba nak beri mandat pada Cekebon untuk buat telur berdiri. Awal-awal dia surrender! "Kakak, ibu mana nampak! Kang telur tu pecah siapa nak kemas?!" Kui kui kui! Memikirkan yang telur-telur tu pecah semasa saya tengah meeting dan ada kemungkinan besar si nosy Yuri (my beloved cat) akan buat onar, saya simpan balik telur-telur tu.

Alhamdulillah, meeting kami ditangguhkan seketika untuk beri peluang kami tunaikan solat sunat gerhana. Saya juga dapat lihat gerhana matahari penuh di sana. Kita di Malaysia ni kira separuh je kan,...di Indonesia, gerhana penuh.


Dah Setahun Babah Pergi

Hari ini, 9 Mac 2016. Genap setahun babah pergi meninggalkan kami. Saya ingat lagi pagi-pagi Subuh tu, saya refused angkat pangilan dari Babah. Babah tak akan call waktu-waktu begini. ...dan bila saya dengar Angah ketuk pintu bilik saya dengan suara cemas dan tangis, saya tahu...itulah panggilan yang saya memang tak nak hadap langsung. Tak mahu angkat! Sebab bukan panggilan daripada Babah. Itu panggilan yang nak maklumkan Babah dah tiada.

Selepas selesai 'menghantar' Babah, kami diuji pula dengan Cekebon dimasukkan ke ICU pada hari yang sama. Bayangkanlah waktu tu, kami tiga-beradik macam dah numb. Kebas. Babah dah tak ada,..Bon pula begini. Perasaan masing-masing time tu tak boleh nak describe. Kadang-kadang interact guna isyarat mata je. Alhamdulillah, Allah masih beri peluang buat kami untuk hargai kasih seorang ibu dan terus berbakti kepadanya. 

Selepas ibu kembali ditempatkan ke wad biasa, barulah masing-masing berpijak pada realiti semula. Masa tulah yang nak mental breakdown menangis tak henti-henti. Yang rasa sedih, nak sedih. Yang semput, kena asthma attack! (Sayalah tu...) At that particular time, baru betul-betul dalam otak kami register yang Babah dah tak ada. Saya juga tidak akan lupa pada sahabat dan teman (kalian tahu siapa diri kalian) yang menghantar doa, menitip semangat untuk saya dan keluarga lalui fasa ini. Saya amat-amat menghargainya.

Walau dah setahun, rasa kehilangan tu tetap ada. Kadang-kadang, waktu saya terbawa-bawa dengan emosi, saya tetap rasa yang apabila saya balik ke Banting, babah akan ada menunggu saya di sana. Hakikatnya, saya kena redha. Sudah itu janjinya dengan Sang Pemilik Nyawa. Saya selalu risau tentang Babah terutama sekali keadaan kesihatannya. Dan bila saya penat berfikir, saya akan cakap, "Along serahkan urusan Babah pada Allah. Allah akan jaga Babah." Memang benar, Dia tahu yang terbaik. Urusan Babah di dunia dah selesai. Babah dah kembali kepada Tuhannya.


Al - Fatihah
Mohd. Fahmy Mohd. Shariff
(13 Jun 1955 - 9 Mac 2015)


99 ulasan

  1. SS tak boleh komen beberapa blog guna web version dipelbagai device... Pc... Hp... Ipad... Banyak iklan menganggu! Ini pon SS komen pakai mobile version! Kalu blog yg tak ada iklan SS tak ada masalah! Boleh komen macam biasa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. patutlah ssh sngt nak lepak skali dgn SS... dah bancuh air milo tunggu SS sampai basi air tu.. hihihih :D

      Padam
    2. Ada halangan pancaroba rupanya, Ikhwan. Shian Ikhwan minum sorang2 tak berteman kan,..
      SS, blog saya pun terjebak sama ke? Iklan nuffnang ye?

      Padam
    3. JM komen leh lak..x de masaalah

      Padam
  2. Amin...amin...amin....Al Fatihah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnn. Terima kasih, PC :)

      Padam
    2. PC..sis JM ada pos ole2 for u..dh dapat nanti let me know eh

      Padam
  3. salam takziah kak farrah.. moga terus kuat jaga cekebon.

    BalasPadam
  4. tak berkesempatan nak tgk gerhana pagi td

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapa, Yana. Banyak orang share kat facebook dan blog. Pilih je nak tengok yang mana :)

      Padam
  5. ekin dapat tengok gak tapi xambik gambar tengok sekejap saja.... kita sorg2 pulun kat luar tengok hihihi...

    BalasPadam
  6. al-fatihah untuk babah kak farah

    BalasPadam
  7. yana n ikhwan buat macam tempat chatting berbual dekat tower kak farah ni... nak kejar pun xsempat saya beli nak mengemas nak bercuti gak 3 hari 2 malam ke kelantan... doakan perjalanan ekin dipermudahkn ya kak farah

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihihi.. dah buat macam rumah sendiri kan.. Sambil bancuh milo dengan SS.. hihihhi

      Padam
    2. tergelak baca komen kak ekin hahah.
      moga selamat pergi balik kak ekin

      Padam
    3. Budak berdua ni tukang jaga tower, Ekin. Servis tiptop!
      Selamat pulang ke kampung ye.
      Have a safe journey :)

      Padam
    4. kalau ad sbrg tempahan bolehlah contact kitaorg berdua..hhihihihih...

      Padam
    5. Ekin dah balik ke Kulim lum sbb ada ole2 for u

      Padam
    6. mereka berdua mmg power ..sis JM dah kena tendang jauh ke bawah this year huhuh

      Padam
    7. Ikhwan:meh jaga rumah kak ekin pulak dengan yana hahahahha... :P

      Padam
    8. Kak Farah: tu la penuh masuk komen budak dua org ni masa ekin komen hahahhaha

      Padam
    9. sis JM : ekin dah sampai kulim sory baru lapor diri kat sini xberapa sihat ni...

      Padam
    10. ekin pun xdapat nak kejar... portage sis JM ni

      Padam
  8. Al-fatihah untuk arwah ayahanda kak Farrah.. InshaaAllah beliau dalam perlindungn Allah... :D

    BalasPadam
  9. betul tu akak buka Fb penuh pasal telur berdiri tu... Ada terbaca fenomena mcm tu sebenarnya biasa.. Boleh je buat time takde gerhana tapi saya tak tahulah sejauh mana kebenarannya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laaa ye ke...akak dulu Cikgu Geografi yang ajar...sebab time gerhana tarikan graviti kuat, medan magnet...apa tah...tak pula cuba time biasa ;)

      Padam
    2. saya pon taktahu lah.. hari ni BH pon ad post pasal telur berdiri ni.. hihihiih.. :D

      Padam
  10. hihihih.. sorry kak rasa mcm dah take over tower akak pulak.. hihihih.. Welcome back Kak Farrah.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi tak pe, Ikhwan. Tak jadi hal. Buatlah macam tower sendiri :)

      Padam
    2. ok.. dah dpt green light dari tuan besar... :D

      Padam
  11. hahahahaha.. boleh pulak jadi ketua Hulubalang.. Sekarang big bos dah take over takleh nak over2 pulak ni.. :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak farrah tau dak IY ni duk jeling sokmo carta tu hehehe tu jadi ketua hulubalang tu

      Padam
    2. Tak pe,..dah ketua hulubalang namanya ;)

      Padam
    3. sis JM x de peluang lah pasni huhuhuh

      Padam
  12. saya pon terlepas nak tgk solar eclipse ni.. Boleh pula tak ingat.. Pagi tadi jalan2 nak pergi kelas tetiba rasa lain macam reduhnya. Pastu masjid ad buat announcement solat sunat gerhana.. barulah teringat.. hihiih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ingat jugak ada gerhana pagi tadi padahal update blog pasal gerhana semalam .
      tak ada rezeki

      Padam
    2. Tak pe. Insya Allah, ada rezeki..panjang umur ada peluang untuk saksikan gerhana matahari :)

      Padam
    3. tu namanya short term cik yana.. ihihihihihih... betul2 tahun depan kalau umur panjang kita tgk gerhana balik... :D ehhh jap gerhana bulan sblum lg kan..

      Padam
  13. Saya tak sempat nak baca semua. Tapi bila baca yang last tu, sebak rasa. Al-Fatihah, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aminn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnn. Terima kasih banyak-banyak, Faarihin :)

      Padam
    2. Faarihin...emailkan sis JM alamat boleh..ada small gift for u

      Padam
  14. takziah dari dari kaknoor semoga arwah babah didalam pemeliharaan ALLAH "disana"

    BalasPadam
  15. terlepas lah kaknoor nak buat telur berdiri tu farah
    kalau sekarang nak buat boleh lagi tak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihii cubalah Kak Noor, antara 2 je...tak berdiri, tergolekla :)

      Padam
  16. yeay Farah dah balik..rindunya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rindu eyda jugak! Nanti Farrah datang rumah ye :)

      Padam
    2. jemput singgah rumah yang baru abis sapu sawang..

      Padam
    3. Baru balik singgah lunch tadi :)

      Padam
  17. Eyda pun sempat tengok di sepanjang perjalanan ke pejabat.. sempat juga snap dengan member opis, tapi tak cantik.. lastly ada juga gambar kengkawan menebusnya.. sedih, tak sempat nak solat sunat sebab terpaksa berkejar ke meeting plak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapa, dah keadaan tak mengizinkan :)

      Padam
    2. itulah, terpaksa tunggu tahun 2019 laa kalau masih dipanjangkan umur..

      Padam
  18. al-fatihah buat arwah babah Farah.. jangan lupa sentiasa titipkan doa buat arwah setiap kali selepas solat..

    BalasPadam
  19. Sebak.... alFatihah...
    semoga Allah ampunkan dosa arwah dan ditempatkan dikalangan hamba Nya yang soleh lagi di kasihi Nya...

    BalasPadam
  20. Al-Fatihah untuk arwah ayah kak Farrah.

    Seronok tengok dan baca pengalaman orang masa gerhana hari tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Farah.

      Akak excited tgk gambar2 gerhana yg dikongsi :)

      Padam
  21. Hulubalang? Ketua inang? SS nak pegang jawatan tukang kipas boleh? Ahaksss...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahahha... kipas lipas SS.. :P

      Padam
    2. Tukang kipas boleh,..tukang suapkan anggur pun boleh hahahah

      Padam
  22. Cemana ruper telur berdiri tu? Hulubalang tolong demo skit! Keh keh keh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. keh233xxx.. gerhana dah takde SS.. Kalau nak wak demo gak jomlah kita ke matahari sana..hihihih

      Padam
    2. Amboi, tawaran ajak SS gi matahari tuh!

      Padam
  23. Sebenarnya... SS terlepas entry angkat call tu... Adeiii... I tot kes hospital tu pasal cekebon sakit... Confuse!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh, betullah tu. Jangan confuse :) kes hospital tu memang Cekebon. Arwah babah meninggal di rumah keluarga di Banting. Selesai hantar Babah, Cekebon collapsed, masuk ICU sebab jangkitan paru-paru.

      Padam
  24. SS pon pernah lalui apa yg cikgu lalui... Pengalaman menjaga ayah... Berkampung di hospital... Mengiring pejalanan terakhirnya... Al-fatihah buat babah cikgu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, SS. Saya sebenarnya tak berpeluang jaga arwah ayah seperti SS. Babah tak sakit tak masuk hospital pun. Arwah meninggal dalam tidur. Cuma lepas babah meninggal kami berkampung di hospital seminggu lebih sebab Cekebon.

      Saya ingat kisah SS jaga arwah ayah. Masa tu jugalah SS mula rapat dengan SS kan? :)

      Padam
    2. Al-fatihah buat ayah SS jugak... InshaaAllah ditempatkan dlm kalangan yg disayangi Allah..

      Padam
    3. Semoga mereka2 yang kita sayang ditempatkan dikalangan orang2 yang dikasihi dan diredhai Allah..Amin

      Padam
    4. Aminnnn. Mudah-mudahan begitulah.

      Padam
  25. Tarikh 9 Mac tu sama tapi saya FIL. 2 tahun lepas . Saya panggil FIL tu Babah juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh,..al-fatihah buat arwah FIL Ros. Moga rohnya dicucuri rahmat dan tenang di sana.

      Padam
  26. Al-Fatihah buat arwah..moga d tmptkn d kalangan org yg briman insyallah

    BalasPadam
  27. laa..lama ke Farrah 'bercuti' sis JM lagi lama cuti..dah lama x buat hal kat sini

    BalasPadam
  28. mereka berdua tu mmg layak mendapat gelaran tu...komen masuk bertalu2...Sis JM Ratu Komen dah merudum..sedih!

    BalasPadam
    Balasan
    1. sis JM ratu komen kekalkan kedudukan saja hihihi

      Padam
  29. harap sis JM dapat jadi pembantu inang pun cukuplah

    BalasPadam
  30. mereka mmg rajin...blog sis JM pun kena serang

    BalasPadam
  31. video conference dengan sahabat dari Jakarta? wah...cam projek besar je ni

    BalasPadam
  32. Telur berdiri? pertama kali dgr seumur hidup..mcm mana nk buat tu...telur tu boleh berdiri tegak time gerhana je lah eh..perlu tggu gerhana akan datang entah bila lagi kan

    BalasPadam
  33. cepat betul masa berlalu dah setahun berlalu..al Fatihah buat arwah

    BalasPadam
  34. sis JM boleh bayangkan keadaan bila dapat salah sorang org kesyangan dah tiada pastu sorang lagi kesayangan sakit masuk ICU..hanya Allah sahaja perasaan tu..kalau sis JM d tempat Farrah...lembut lutut..h x boleh nk berdiri..luluh hati

    BalasPadam
  35. kita doakan yang terbaik buat arwah...semoga roh beliau selamat di sana...jgn putus kirimkan doa

    BalasPadam
  36. al-fatihah buat akak sekeluarga.. dh setahun babah takda tp tetap rasa kehilangan. banyakkan berdoa ya. tak sempat nak tgk fenomena tu akak busy kerja.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.