Satu
lagi resepi sihat. Kubis Bunga Paprika. Kita bakar dalam oven. Sebelum
ini saya pernah kongsi beberapa resepi menggunakan kubis bunga yang
nyummmm nyummm! Kita ada Mashed Cauliflower (This is a must try!), Roasted Cauliflower dan Stew Kubis Bunga dan Kentang.
Untuk hidangan di bawah, saya gunakan resepi yang sama - Roasted Cauliflower cuma I omitted the pepper dan tambah serbuk paprika. Serbuk paprika ye,..bukan serbuk cili atau cili flakes. Mmmm came to think of it, boleh juga kalau nak cuba pakai dua bahan tu...tetapi jangan letak banyak sangat.
Serbuk paprika ni dibuat daripada cili benggala (bell pepper). Jadi tak pedas sangat. Spicy
manja-manja gitu! Setelah kubis bunga dipotong mengikut saiz yang
dikehendaki, gaulkan dengan 1 - 2 sudu besar minyak zaitun, beberapa
ulas bawang putih yang diketuk, sedikit serbuk paprika dan garam secukup
rasa. Jika Roasted Cauliflower
yang saya buat sebelum ini saya tambahkan dengan butiran jagung manis,
kali ini saya hanya letakkan dua biji kentang yang dipotong wedges.
Gaul rata-rata untuk pastikan semuanya dilitupi minyak seadanya. Jangan
letak minyak banyak sangat! Nanti kita sendiri tak lalu nak makan!
Tujuan letak minyak ni supaya kubis bunga dan kentang tidak akan jadi
terlalu kering setelah dibakar. Barulah enak untuk dinikmati!
Bersedia untuk masuk oven :) |
Setelah dibakar, hasilnya,...
Kubis bunga yang crunchy di luar, lembut di dalam. Makan begitu sahaja pun dap dap dap! Want a hint of citrus in this dish? Parutkan kulit lemon dan masukkan sedikit jusnya.
Selamat Mencuba!
Pelbagaikan hidangan bakar dan kukus anda dengan memiliki buku resepi di bawah ini:
Nampak sedap!
BalasPadamMemang dap dap dap, ietams. Nanti boleh cuba :)
Padamietams..sis JM ada pos ole2 for u..dah terima nanti inform eh
Padamsaya suka kobis bunga!
BalasPadamKita geng!
PadamTitew pon...
Padamyeayyyy, leh jadi geng kubis bunga! ;)
Padamnak geng gak sbb kubis bunga is my feveret dan suka brokoli jgk
PadamSedap nampak
BalasPadamSimple dan sedap!
Padamtu la simple tu nampak sedap
PadamRupa dh mcm popcorn... hihihi
BalasPadampopcorn pon boleh kak huda :D
Padamhihihihih.. popcorn ye... betul2 sekali pandang..
PadamAkak tak nampak cam popcorn tapi terus jadi teringin nak makan popcorn sebab baca komen korang.
PadamKalu x baca tajuk... Matik matik ingat pop corn!
PadamOK,..saya cuba adjust mata jap biar nampak cam popcorn :)
PadamDulu suka mkn... tp puan ibu ckp jgn mkn slalu... tak elok utk perempuan... tp x ingat sbb apa
BalasPadampulak, cuba tanya puan ibu balik kenapa kak?
PadamHaaa,...tolong tanya lebih lanjut sikit,..akak pun nak tahu :)
Padamada gak dengar xelok utk perepuan tapi ingat kenapanya
PadamKenapa? Kenapa? Kenapa?
Padamtak ingat la kak farah nanti ekin kaji deh
Padamsaya suka makan kubis bunga..masak apa pun semua telan je..tapi tak pernah bakar lagi..nanti nak cuba juga ni.
BalasPadamHaaa nanti bolehlah Ros cuba. Buat tukar2 selera :)
Padamyummy!
BalasPadamaida pernah masak kubis bunga ni dgn susu.
hi hi cubaan yg sukses la masa tu.
sebab abis licin!
Kubis bunga ngan susu? menarik tu. nanti saya nak cuba jugalah :)
PadamAIDA...emailkan sis JM alamat..ada gift for u
Padamnampak sedap..
BalasPadammemang sedap! :)
Padamsalam ..
BalasPadamhari ni hari last kak farrah outstation eh! yeay! balik cecepat kak farrah :)
Wsalam, Yana.
PadamAlhamdulillah, dah selamat sampai rumah :)
yana suka sangat bunga kubis ni tapi yang masak betul lembik ! :)
BalasPadamohh, yang rangup2 tak suka eh?
Padamtapi kreatif la akak ni banyak nau resepi dari satu satu bahan
BalasPadamIni antara sayur yang boleh untuk diet Cekebon, so kena pelbagaikan supaya tak bosan :)
Padamspicy manja gitu... hihihihih... takdelah pedas sngtkan kak farrah.. :D
BalasPadamTak,..memang pedas2 manja gitu ;)
PadamIngatkan nama kubis tu "bunga paprika" ... hihihihihi...
BalasPadamHihihih sebenarnya kubis bunga panggang dengan serbuk paprika :)
Padamsaya kurang sikit kalau bab2 makan 'bunga kubis' ni kak... Entahlah kenapa... :D
BalasPadamOhhh, Ikhwan suka sayur apa? Yang hijau2? ke tak suka sayur? :)
Padamish macam sedap je...
BalasPadamdap dap dap, mummy! cubalah!
PadamSerius gilos kreatif Farah ni.. bukan takat kat paper je, kat food pun bole.. terbaekkklahh!
BalasPadamAla mummy, yang simple2 camni retilah :)
Padampos sikit sepinggan dua..hehehe :D
BalasPadamDah selamat masuk peyot la, Mummy :)
Padamkurng suka kubis bunga, tapi gambar tu memang nampak menarik..
BalasPadamBroccoli suka tak? Broccoli?
PadamSekali lalu lagi nampak macam popcorn pulak =)
BalasPadamHihihih saya kena terima hakikat,..ramai dah nampak cam popcorn :)
PadamX pernh try lgi..blh plak kubis bunga ni d bakar ya hihi
BalasPadambyk resipi yg boleh i masak guna kubis bunga ni kan..pastu sedap di makan begitu sahaja
BalasPadamserbuk paprika leh buat guna cili benggala?
BalasPadamsis JM kalau masak bunga kubis ni..masak jap je jgn lembut sgt..astu bila gigit pastikan ada bunyi kup krap tu..yummy
BalasPadammemang nampak spicy dan ranggup.. sesuai lah utk semua sbb tak guna minyak :)
BalasPadam