NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.

Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat ini, Lelaki Langit Bumi (LLB) dah ada 28 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB)? Baca Lelaki Langit Bumi (LLB) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak. :)

Jumaat, 9 Mei 2014

Resepi Stew Ayam Bott

Ini hidangan kegemaran Bott. Stew ayam yang dimakan dengan nasi panas. Resepi stew ayam ni kami dah modified ikut citarasa kami. Mudah sahaja nak sediakan. Main campak-campak je. Berminat nak cuba? Ikut 3 langkah mudah di bawah (Err,..langkah-langkah tak termasuk penyediaan bahan-bahan tau!)

  1. Rebus ketulan ayam dan kaki ayam untuk buat stok. Masukkan hirisan bawang besar/merah, bawang putih, halia, lobak merah, ubi kentang, saderi dan asam keping. Biarkan hingga mendidih.
  2. Masukkan kicap tiram, kicap pekat, kicap manis, serbuk lada hitam. Letak sedikit dulu dan modify rasa ikut citarasa. Jika perlu perasakan dengan garam.
  3. Masukkan 1 - 2 sudu tepung jagung (larutkan dalam sedikit air) untuk pekatkan kuah. Sedia untuk dihidang!

9 ulasan:

  1. salam singgah copy resepi n follow. best resepi semua mmg selera tekak ni. thank you share resepi2 ni semua.. akan cuba nanti..

    BalasPadam
  2. heeeeee....semlm nak masak teringat chicken stew yang mama nad salu buat...tp tak ingat resepinya...last2 jadi sup ayam...now today dah nampak ini resepiiii ehehe..

    Thanks akak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. U r most welcome, Nad. Lain kali kalau jadi sup ayam, kentalkan sikit dengan tepung jagung. Dah boleh makan dengan mee claypot :)

      Padam
  3. Senang jugak resipi ni.. thanks for sharing farrah

    BalasPadam
  4. pernah makan tp tak pernah masak lagi stew ni Farrah. salin resepi ye. TQ =)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...