NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.

Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat ini, #lelakilangitbumi dah ada 24 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada #lelakilangitbumi? Baca #lelakilangitbumi dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab #lelakilangitbumi. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam #lelakilangitbumi kelak. :)

Rabu, 21 Mei 2014

Oy, mate!

Ini kertas pembalut hadiah a.e.i.o.u studio. Berkenan betul saya! Saya beli sebab sesuai untuk buat kad@scrap page yang bertemakan travel. Warnanya rich! Kertasnya pun agak tebal. Cantik kan? Ada gambar bendera, gambar tiket, gambar cop/stamping pasport. So, sesuailah guna untuk projek kraf kertas. Menurut pendapat peribadi saya, kertas pembalut hadiah a.e.i.o.u studio semuanya berkualiti terutama sekali yang jenis depan bercorak dan bahagian dalamnya berwarna. Macam kertas di bawah ini. Hadapan gambar-gambar berkaitan travel, manakala bahagian belakangnya berwarna coklat cair. Dua-dua belah boleh guna. Kalau nak balut hadiah style lipat-lipat macam kipas tu jadi cantiklah sebab ada kontra.


Saya bercadang menggunakan kertas pembalut hadiah ini untuk buat kad hari lahir. Selebihnya nak buat penanda buku dan dijadikan hiasan untuk scrap page. Tentulah temanya ala ala travel/kembara. Nanti saya kongsikan hasilnya.


2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...