NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.

Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat ini, #lelakilangitbumi dah ada 24 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada #lelakilangitbumi? Baca #lelakilangitbumi dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab #lelakilangitbumi. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam #lelakilangitbumi kelak. :)

Selasa, 13 Mei 2014

Amalan Supaya Lebih Khusyuk Dalam Solat

Perkongsian untuk hari ini.

Sebelum mula bersolat, bacalah:

1. Surah Al-Mukminun, Ayat 96-98

Terjemahan Ayat:

Tolaklah kejahatan yang dilakukan kepadamu dengan cara yang sebaik-baiknya, Kami Maha Mengetahui apa yang mereka katakan itu (96)

Dan katakanlah: "Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari hasutan Syaitan-syaitan. (97)

"Dan aku berlindung kepada-Mu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku". (98)

2. Surah An-Nas


Laksanakan amalan ini dengan istiqamah. Insya-Allah, mudah-mudahan hati dan minda akan lebih tenang dan khusyuk ketika beribadat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...