NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.


Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat saya menulis entri ini, #lelakilangitbumi dah ada 20 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada #lelakilangitbumi? Baca #lelakilangitbumi dan pilih watak kegemaran anda --> #teamdiha atau #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam #lelakilangitbumi kelak.


Selasa, 13 Mei 2014

Cara Masukkan 'Email Me' Button ke dalam Blog

Mahukan 'Email Me' Button seperti ini dalam blog anda?

'Email Me' Button di Crafts Belvedere
Ikut langkah-langkah mudah di bawah:

  1. Pilih imej yang sesuai. Boleh gunakan imej anda sendiri atau google imej  'Email Me'. Muat turun yang berkenan di hati & save ke dalam komputer.
  2. Masuk ke akaun blogger anda.
  3. Pilih 'Layout'.
  4. Pilih 'Add A Gadget'
  5. Pilih 'Image'. Anda akan lihat paparan ini.
     

  6. Isikan 'Title' dengan tajuk yang anda mahukan seperti 'Emel Saya' atau 'Hubungi Saya'
  7. Jika ingin tulis pesanan tambahan, isikan di 'Caption'
  8. Pada bahagian 'Link', padam http:// dan gantikan dengan mailto:alamat email anda
  9. Jika imej yang dipilih berada dalam komputer anda, browse imej tersebut. Jika tidak, pilih 'From The Web' dan letakkan URL imej yang dikehendaki. Pilih 'Shrink to fit' sekiranya perlu.
  10. Tekan butang 'Save'. Kemudian, bolehlah alih kedudukan 'gadget' ini di 'Layout'.
Selesai!Selamat Mencuba!

2 ulasan:

  1. as salam. nice sharing. bagus gak cara ini utk dptkan feedback dari pembaca..sy guna contact form..

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks, abe kie. nanti saya pun nak cuba guna contact form lah. mereka boleh direct tinggakan mesej pada kita.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...