Kad Resepi Tesco

Rabu, September 30, 2020

Assalamu’alaikum. Apa khabar hari ini? Ada apa dengan kad resepi Tesco? 🤔 Sebenarnya, masa mengemas tempoh hari terjumpalah kad-kad resepi Tesco ini. Banyak juga yang ada dalam koleksi saya. Mana taknya, setiap kali pergi shopping barang di Tesco (sekitar penghujung 2018 - 2019) jika ada kad resepi baharu, si Bott akan rajin ambil untuk saya. 

Resepi-resepi yang dikongsi not bad. Banyak juga yang menarik. Konsepnya, bila kita dapat kad resepi tertentu dan berniat untuk cuba, bolehlah terus dapatkan bahan-bahannya di sana. Tidak silap saya, resepi-resepi di bawah promosi ‘Kisah Rasa Sayang Tesco’ ini juga ada video penyediaannya di Youtube.

Tetapi, tidak pasti pula saya, sekarang Tesco masih ada edarkan kad resepi begini atau tidak. Dah lama tak ke sana. 


Resepi Kek Epal dalam Mug

Selasa, September 29, 2020

Kadangkala apabila datang rasa craving nak makan something sweet, saya akan pilih untuk buat kek dalam mug. Satu, sebab mudah. Guna bahan-bahan asas yang ada dalam dapur dan pantri sahaja. Kemudian, tidak perlu ambil masa yang lama untuk tunaikan permintaan anak tekak. Sekitar satu ke dua minit sahaja hajat dah tertunai.

Dua, jika setakat saya dan Bott nak makan, saya suka buat single serving begini. Sekali makan habis, dah sudah. Tak ada second or third helping. Sebab saya ini jenis yang akan mengulang makanan tu sampai habis selagi ada. Nanti tengah-tengah jogging manja keliling rumah untuk cukupkan tapak boleh pula detour pergi buka peti ais atau intai bawah tudung saji! Bayangkanlah jika saya buat kek dalam loyang, tak ke naya?! 

Sebelum ini saya pernah kongsi kek kurma dan kek lemon dalam mug. Kali ini, kek epal kayu manis pula ya. Beginilah rupa paras kek epal kayu manis dalam mug saya!



Cara Memilih Avokado

Isnin, September 28, 2020

Avokado memang akan ada dalam senarai beli-belah saya. Saya suka buat jus alpukat. Yummehhhhh! Tak pun buat desserts or guacamole, sejenis dipping sauce untuk chips atau salad. Hari ini saya nak kongsi cara memilih avokado yang sesuai. 

Biasanya avokado yang saya beli sama ada diimport dari Amerika Syarikat ataupun Australia. Dari segi harga, avokado Australia lebih murah. Julat harga memang susah sikit nak agak sebab saya pernah beli sebiji avokado semurah RM1.20. Hari lain saya pergi, harganya melambung ke RM5 - 7/sebiji. Tengok rezeki kitalah ye.

Tips Memilih Avokado dengan Betul.

Buat Buku Nota Mini

Ahad, September 27, 2020

Ini projek spontan selepas saya mengemas bilik kraf. Seperti biasa, saya akan jumpa banyak kertas. Disebabkan kebanyakan kertas-kertas ini telah digunakan sama ada sebahagian atau separuh, saya malas nak sort ke dalam fail-fail. Apa saya buat? Saya buat buku nota mini.

Ini bahan-bahan yang diperlukan:


Kertas bercorak atau kertas warna sebagai kulit (cover), kertas putih/kosong untuk bahagian dalam, pisau atau paper cutter, stapler, corner rounder dan seketul getah pemadam.

Mula-mula, potong kertas dan pastikan saiz setiap helaian sama. Seterusnya, lipat kertas-kertas putih kepada dua bahagian untuk buat bahagian dalam buku. Kemudian, letaklah kertas bercorak sebagai kulit di bahagian luar. Berapa banyak kertas nak guna bergantung kepada ketebalan yang kalian inginkan. 

Setelah itu, proses binding buku. Saya tidak jahit buku nota ini untuk bind. Kalau buat buku jurnal sendiri, rajin jugalah saya jahit. Itu pun guna simple stitch sahaja. 

Nak cepat siap, untuk buku-buku ini kita guna stapler sahaja. Jangan bimbang jika kalian tiada stapler jenis panjang. Guna stapler biasa sahaja pun boleh. Di sinilah peranan getah pemadam.

Caranya mudah sahaja. Buka lipatan buku dengan kulit buku menghadap ke arah kita (bukan isi buku ye). Pada bahagian yang kita dah lipat, pilih tempat yang sesuai untuk kita stapler. Ikutlah nak stapler sekali je ke ... dua atau tiga. Bergantung juga pada saiz buku nota yang dibuat.

Pasta Fusilli Cendawan Shimeji

Khamis, September 24, 2020

Assalamu'alaikum.
Saya muncul balik di sini! Hahaha asyik tenggelam timbul je kan? Maaflah, dua tiga menjak ni agak sibuk. Ditambah pula dengan tahap kesihatan yang agak kurang memuaskan. Jadi, bila dah lemau sepanjang hari tu, manalah ada masa nak berblogging.

Hari ini kita cerita pasal makan. Tentang pasta. Pasta merupakan antara bahan kering yang sentiasa saya pastikan ada dalam pantri saya. Kalau waktu ada promosi atau jualan murah, memang saya akan beli lebih buat stok. Tidak kiralah fusilli ke ... macaroni ke ... atau yang jenis  panjang (spaghetti atau fettuccine). Macam-macam resepi dan hidangan yang boleh diolah menggunakan pasta. Dari hidangan utama, buat salad hinggalah ke kudapan ringan untuk dikunyah-kunyah. 

Di rumah ini, saya yang suka makan pasta ✋ (in fact saya suka makan semua benda) huhuhu.  Tetapi, yang suka masak pasta, si Bott. Mintalah nak pasta apa - nak bergoreng, berkuah soupy-soupy, nak yang creamy atau versi yang bakar ... pandailah Bott olah ikut bahan-bahan yang ada di dapur. Bab-bab pasta, saya memang tahu minta je. 

Hidangan di bawah ini Fusilli Cendawan Shimeji. Kuahnya ala-ala bolognese, isinya menggunakan cendawan shimeji yang berwarna putih dan hirisan sosej. Cendawan shimeji ada dua jenis. Putih dan coklat. Saya tak berapa pasti ada perbezaan ketara atau tidak antara kedua-duanya selain warnanya. Dari segi rasa, bagi saya dua-dua sedap! Jika beli, lazimnya saya main ambil sahaja apa yang ada. Tidak kiralah putih atau coklat.
 

Hiasan untuk Jurnal, Planner, Kad dan Scrapbook

Selasa, September 08, 2020

Siapa planner addict di sini? Atau ada antara kalian yang suka tulis dan hias jurnal? Jika ada, kita geng! Kadang-kadang tu, tak ada apa sangat pun nak ditulis dalam jurnal, tetapi saya sengaja biasakan diri untuk menulis. Coret apa sahaja sebab menulis ni sebenarnya antara aktiviti yang baik untuk otak kita.

Dah alang-alang tulis jurnal, saya suka hias sekali page saya. Dahulu rajin juga upload spread jurnal saya dan kongsi di Instagram. Sekarang malas dah ... sebab malas ambil gambar.😁

Untuk hias lembaran jurnal dan planner saya, macam-macam yang saya guna. Washi tapes, pelekat, gambar-gambar dan juga hiasan yang saya buat sendiri. Saya suka buat embellishments mengikut tema. Jadi, setiap page yang saya hendak hias akan ada tema dan layout tersendiri.

Di bawah ini ada beberapa set hiasan jurnal yang saya buat. Selain daripada digunakan untuk hias jurnal atau planner, hiasan-hiasan ini turut sesuai digunakan untuk hias scrapbook atau kad ucapan.


#1 - The Best Day Ever

Untuk yang ini, saya buat dua set. Tak sempat pakai sebab tak minat buat tema travel/explore. Makanya, dua-dua saya dah jual di Carousell. 

Rasanya sudah lama saya tidak buat entri kord gitar. Nak main gitar pun dah tak sempat sangat sekarang ini. Kalau ada masa pun, saya main lagu yang dah ada dalam kepala untuk hibur-hiburkan hati. Tak dan belajar lagu baharu.

Tetapi, dua tiga hari ini asyik dengar lagu 'Durja' nyanyian Khai Bahar je. So, timbullah hasrat hati nak berdendang. OK, seperti biasa kord ini versi paling mudah yang telah di-transposed. Jika ada yang tidak kena atau sumbang pada mainan kalian, tolong tukar apa yang patut. Saya tidak sempat berlama-lama untuk halusi chords di bawah. Masa main dan nyanyi rasa OK je ... manalah tahu dalam pada saya syok sendiri menyanyi, suara saya membutakan telinga dari mendengar not yang pincang. 😁

Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar dan Lirik Lagu Durja - Khai Bahar (Easy Chords)

(Intro)
Am B7 Dm E
Am B7 Dm E



Am                      E
Terlakar awan di langit
F       C
Raut wajahmu
Dm
Menghiasi seluruh
E
Ruang hatiku


Am                      E
Tidak terlafaz di bibir
F       C
Kasih sayangku
Dm                      E
Terhanyut dibuai fantasi



(*)
Dm              G
Setiap indah cinta
C             F
Pasti ada peritnya
B7               E
Di akhirnya sempurna

(**)
                Dm
Di dalam mekarku
                G
Sembunyi pilumu
               C
Di tiap langkahku
G          Am
Tersirat kasih rindu
                   B7
Dengarkan bisikku
                   E
Sambutlah tanganku
E                   Am
Sebelum kau luka


Ulang (*) dan (**)


Dm                                        F
Jangan kau terhanyut dalam gelap gelita
G                                     E
Sesungguhnya kita akan bersama


Ulang (*) dan (**)