Susulan kepada entri Selera Sitrus beberapa hari lepas. Inilah resepi mudah-super-duper-simple kek lemon 90 saat saya. Rasa-rasa craving inginkan sesuatu yang manis dan segar, boleh cuba buat kek ni. Tak perlu kepakaran. Kalian hanya perlu sukatan bahan yang betul dan of course, sebuah microwave. Kalau pakai, dapur arang ke, pemanggang ajaib ke,..tak jadi ye. OK, jom tengok resepinya.
Kek lemon dalam mug Cekebon :) |
Resepi Kek Lemon 90 Saat
Saiz hidangan: 1 mug/1 pax
Mug kat atas tu jenis yang besar gabak. Cekebon takut kek lemonnya melimpah keluar. Tetapi, kalau guna mug saiz biasa, cantik je kejadiannya 3/4 penuh mug.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 3 sudu besar tepung naik sendiri
- 1/4 sudu baking powder
- 2 sudu besar gula halus (Resepi asal untuk kek dalam mug seperti ini normally requires 3 table spoon of sugar). Dua atau dua setengah sudu pun dah cukup manis rasanya. Ikut citarasalah ye. For Cekebon, saya catu lagi gulanya jadi 1 1/2 :)
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 biji telur
- 1 sudu teh parutan kulit lemon
- 2 sudu teh jus lemon
Langkah-langkah Penyediaan:
- Campur semua bahan-bahan di atas di dalam mug. Kacau menggunakan garpu hingga gula dissolve dan semuanya sebati. Tak perlu kacau lama sangat ye.
- Masukkan dalam microwave dan heat selama 90 saat pada setting High. Memandangkan setting dan jenis microwave berbeza-beza, heat selama 1 minit dulu. Then, tambah 30 - 40 saat lagi.
Siapa-siapa yang berminat, boleh cuba. Tekstur keknya lembut, ringan dan semestinya sangat enak. Jika mahu rasa lemon yang lebih kawww, ambil satu sudu besar jus lemon dan campurkan dengan sedikit gula ising. Kemudian, simbahkan pada atas kek sebelum dimamam. Yummmeehhhhhh! Terangkat!
This is another fail-proof recipe. Insya-Allah, akan jadi dengan sempurna. Bayangkan, Cekebon yang tak berapa nampak tu buat pun boleh jadi,..apa lagi kita yang celik cukup upaya ni kan heheheh :) Ikhwan dan Hidayu Ayumie,..ni akak dah sertakan resepinya. Cepat-cepat akak buat entri supaya Ikhwan sempat cuba ngan kakanda di rumah. Kalau tak ada lemon, guna buah oren pun sedappppp!
Tu la baru duk fikir ada buah oren kat umah ni, masa mula baca tu duk fikir limau nipis sebab tak da lemon :) so oren pun bole kan..
BalasPadambuah lemon mahal..sebiji je cecah RM4.00 ikut size
PadamBabypose - Boleh..boleh. Ganti dgn oren pun boleh.
PadamSis JM - Yess, kalau yg organik memang leh capai sampai empat ringgit lebih sebiji :)
betul lemon mahal , hahhaha , walaupun hypermarket yang yana selalu pergi tu tak segar XD
Padamok gak kan..kalau oren masam sangat tak sanggup nak makan boleh buat kek ni
PadamLemon sebiji 1.70 je .. Hari2 Mummy minum airnya..
Padambuah orang kaya ni...saya guna buah limau purut jela hehehe
Padam@Arz - Limau purut ke limau kasturi, Arz?
Padam@Mummy Julia - Saya ni dari dulu berazam nak minum lemon tiap2 pagi sebagai amalan hidup sihat. Alih2 bila bangun, carik kopi gak!
@Yana & Sal - Yesss, guna oren pun boleh. Tak yah belilah lemon kudut tak segar. Nanti airnya tak banyak.
xde microwave tak dapat nak buat la
BalasPadamEkin..samalah kite ni..nak beli nak beli tetapi tak beli2 lagi
PadamTak de microwave, beli je kek siap di kedai :)
Padammicrowave ada, kerajinan je takde..haha
PadamSama la mummy , microwave takde.. Sob sob sob.. :(
PadamTak pe,..kalau tak de microwave,..tak de vitamin rajin,..kedai untuk tunjuk kan banyakkk :)
Padamnak beli xde duk jumpa lagi kek siap ni...
PadamMemanglah tak de jumpa seketul dalam mug begini. Cari kek slice lah :)
Padamrupa kek slice tu macam ner kak hihihi
PadamGuna oven x bole ke..hu hu...x dpat nak try...xde microwave :(
BalasPadammicrowave dan over dua alat berbeza eh..ingatkan sama je
PadamAlong - kalau guna oven boleh kot, masukkan dalam paper cup atau muffin tray. Tapi masa bakarnya tak dapatlah 1 minute setengah. 10 ke 15 minit kot.
PadamSis JM - Ada bedanya, sis. Sebutan dan ejaan pun dah lain kan,.. :)
SJM , mula mula dulu yana pon ingat sama, sekali ayah bak mai micriwave balik rumah , lain rupanya
Padamumah saya ada tapi tak tahulah oven ka apa ka...tapi bukan microwave....
Padamwave ada sebab kita duduk dekat dengan laut :p gurau ja kak farrah
Hahahaah, baik punya gurau!
PadamFarrah, kalau guna oven..boleh x... cam best je mudah sangat step dia ni.. ;p
BalasPadamSaya tak pernah cuba, erny. Tapi rasanya boleh kot cuma tempoh bakarnya kena dilamakan sedikit.
Padamselamat membuat kek kpd yg bakal buat. Jie tumpang tgk gmbo je. hihi. ^^
BalasPadamNanti mana tau ada rezeki tumpang rasa lak :)
Padamsalam kak terima kasih resepi ni insyaAllah nanti buat, sebab boleh ganti ngan oren! :)
BalasPadamu r most welcome! selamat buat kek microwave :)
Padamboleh la guna microwave yg dah lama tersadai tepi dinding tu kihkihkih
BalasPadamjangan biarkan terus tersadai
PadaminsyaAllah hehe,
PadamKak farrah header blog baru eh ! cantik! kreatif :)
BalasPadamKihkihkih separuh baru ;)
Padamboleh la tu terpancar jugak pembaharuan tu :)
PadamSetiap kali tgk resepi2 best2 cam ni.. Teringin je nak buat.. Apatah lg melibatkan lemon ataupun oren.. Mesti baunya harum semerbak...
BalasPadamMemang baunya semerbak menusuk jiwa, Mummy! Harum satu dapuq!
Padamamboi komen kak farrah tu akan menyebabkan mummy beli microwave nanti kihkihkih
PadamTapi apakan daya.. Microwave tak dak.. Oven pun tak dak.. Sob sob sob :(
BalasPadamTak pa, Mummy. Jangan sedey-sedey..kat Melaka tu kafe jual kek tumbuh melata :)
Padamsenang ja noh...
BalasPadamsenang,..memang senang
Padamnak try lah farah mudah dan pasti nya sdp ni dah lama tk buat kek cepat ni
BalasPadamMari kita buat kak noor. Takat kek ni, Kak Noor pejam mata pun siap! :)
Padamkejap jee.. tpi kalau ade m agak sukar nak jadi... hehe
BalasPadamHeheh tak pe,..kalau teringin sangat, m akan tukar jadi r :)
Padammesti terai ni untuk orang malas macam saya..
BalasPadamkacau-kacau,..tingggg siap!
Padamkak farrah dah balik uia dahhh... xsempat nak cuba kat rumah.. takpe2 cuba try buat kat mahallah ler.. hihihih :D
BalasPadamOhh, dah start sem ye,..tak pe. Balik cuti nantilah try ye :)
Padamakak header baru tu..hihihihiih :D
BalasPadamHihihih header separuh baru. Nampak tak malasnya di situ. Tempek bubble talk je :)
Padamhaha..perasan masuk tadi..banyak2 tower rupanya situ Tower FAMF. hiks..
PadamHihihi yesss kat situ tau. Jangan sesat ke tower lain plak nanti :)
Padamddk mahallah beli microwave semata2 nak buat kek ni kak... takpe2 saya bookmark resepi ni balik rumah nanti inshaaAllah boleh buat.. :D
BalasPadamUishhh, dah nama dok mahallah tu tak yah cari pasallah nak masak2, dik :)
PadamGi koop/cafe je...
Wahh nanti Nani try buat :)
BalasPadamSelamat mencuba, Nani :)
Padamsenang rupanya...tapi rumah belum ada microwave....
BalasPadamtahu tahu...rumah Arz ada wave je kan...sebab duduk dekat ngan laut hahaha
Padamok..meleleh air liur ibu mengandung baca entry ni..nak kena balik buat ni..haha..
BalasPadamalololo tak pe..balik ni jangan lupa try ye :)
PadamResepi saya mudah je. Pergi kedai, bayar. Makan. Yaayy! _^^
BalasPadamHihihii pandaiiiiiinyerrrr! ;)
PadamSedap tengok ni Farrah. teringin tapi tengah diet ni.. diet sebulan :(
BalasPadamTak pe, Ros. Semangat! Semangat!
Padamkejap kak farrah nak tanya ni , kalau letak dalam cup yang buat cupcake tu boleh tak gamaknya?
BalasPadamsedapnya... teringin nak try!
BalasPadameh ehh kenapa ayu baru perasan entry nie...
BalasPadamyeaaayyhh..
tapi kalau ayu pakai perasa mangga pon ok gak kan
ade gak masam2..
nak try nak try
balik ni kene cube nie
dh lama xmembaking nihh....bila laa nk dtg mood ni balik...huhuhu
BalasPadamhuhuhu tak ada microwave macam mana nak cuba nih..
BalasPadam