Memaparkan catatan dengan label Resepi Microwave. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Microwave. Papar semua catatan

Resepi Kek Epal dalam Mug

Selasa, September 29, 2020

Kadangkala apabila datang rasa craving nak makan something sweet, saya akan pilih untuk buat kek dalam mug. Satu, sebab mudah. Guna bahan-bahan asas yang ada dalam dapur dan pantri sahaja. Kemudian, tidak perlu ambil masa yang lama untuk tunaikan permintaan anak tekak. Sekitar satu ke dua minit sahaja hajat dah tertunai.

Dua, jika setakat saya dan Bott nak makan, saya suka buat single serving begini. Sekali makan habis, dah sudah. Tak ada second or third helping. Sebab saya ini jenis yang akan mengulang makanan tu sampai habis selagi ada. Nanti tengah-tengah jogging manja keliling rumah untuk cukupkan tapak boleh pula detour pergi buka peti ais atau intai bawah tudung saji! Bayangkanlah jika saya buat kek dalam loyang, tak ke naya?! 

Sebelum ini saya pernah kongsi kek kurma dan kek lemon dalam mug. Kali ini, kek epal kayu manis pula ya. Beginilah rupa paras kek epal kayu manis dalam mug saya!



Kek Lemon 90 saat

Ahad, Januari 31, 2016

Susulan kepada entri Selera Sitrus beberapa hari lepas. Inilah resepi mudah-super-duper-simple kek lemon 90 saat saya. Rasa-rasa craving inginkan sesuatu yang manis dan segar, boleh cuba buat kek ni. Tak perlu kepakaran. Kalian hanya perlu sukatan bahan yang betul dan of course, sebuah microwave. Kalau pakai, dapur arang ke, pemanggang ajaib ke,..tak jadi ye. OK, jom tengok resepinya.


Kek lemon dalam mug Cekebon :)

Resepi Kek Lemon 90 Saat

Saiz hidangan: 1 mug/1 pax
Mug kat atas tu jenis yang besar gabak. Cekebon takut kek lemonnya melimpah keluar. Tetapi, kalau guna mug saiz biasa, cantik je kejadiannya 3/4 penuh mug.