Dua Kosong Satu Sembilan

Isnin, Disember 31, 2018

Assalamu'alaikum,

Kita dah berada di ambang 2019. Teruja tak? Ada sebarang perancangan untuk sambutan tahun baharu? Bercuti ke...makan angin,...atau pergi makan-makan dengan keluarga. Apapun, saya doakan kalian semua bergembira. Semoga dengan masuk tahun baharu, azam, tekad dan kesungguhan kita akan meningkat berlipat ganda.


2018 merupakan tahun yang PENAT buat saya. Macam-macam,..maksud saya, banyak perkara tidak terjangka yang berlaku tetapi alhamdulillah dapat dilalui dengan baik. Tak ada buat apa-apa persiapan khusus menyambut 2019. Recycle apa-apa yang baik dari 2018, yang mana boleh bawa ke 2019, kita proceed.

Ini antara yang boleh dipertimbangkan:
(Entri Countdown 2018)



Malam ini saya tidak akan ke mana-mana. Duduk rumah dan selepas dinner rancang nak buka isi kandungan Happiness Jar. Ingat lagi tak awal tahun dahulu saya sarankan buat Happiness Jar? Baca entri lanjut mengenainya di sini. Haaa, inilah masanya untuk kosongkan isi Happiness Jar dan baca satu persatu setiap perkara gembira/menarik/menyeronokkan yang berlaku sepanjang 2018. Pagi tadi saya dah intai jar saya. Agak berat juga dengan 'catatan-catatan kegembiraan'.


Idea untuk Azam 2019

Sebut tentang azam, artikel 2018 saya di THREAD by ZALORA menyentuh tentang idea menarik yang boleh dimasukkan ke dalam senarai azam tahun baharu. Kita akan pasang azam berkenaan personal life kita baik dari segi relationship, kebajikan mahupun ibadah, letakkan sasaran untuk kerjaya, kewangan dan macam-macam lagi. Di samping semua main goals yang kita nak capai, apa kata masukkan salah satu daripada 6 idea (yang saya nyatakan dalam artikel tersebut). Antaranya untuk jalani hidup sihat, complete fun challenges (for instance photo challenge, book challenge or money challenge) atau pilih untuk buang satu tabiat buruk yang kita ada.

Ingin tahu lebih lanjut? Klik gambar di sebelah untuk baca artikel. Just to spice things up! So, at least kita ada something fun and interesting to look for. Meskipun ini artikel lama, tetapi saya percaya ada kandungannya yang boleh kita manfaatkan.




Selain itu, bagi yang suka buat interesting challenges, boleh baca artikel di bawah:



...dan, jika ada yang pasang azam untuk lebih sihat, fit dan bertenaga pada 2019, jemputlah baca artikel terkini saya - 9 Ways to Make You Feel Motivated to Workout Everyday. Ada tips untuk bagaimana memastikan diri kita sentiasa ada motivasi untuk bersenam setiap hari.






Selamat Menyambut Ketibaan 2019! Saya doakan segala yang terbaik buat kita semua.



20 ulasan

  1. Happy New Year! Resolution cliché setiap tahun yg tak pernah tercapai is nak kurus.. Hmmmmmmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Happy New Year to you too, Mr. Doctor! Samalah kita. Akak pun dok repeat je azam yang satu ni saban tahun.

      Padam
  2. happy new year kak , :) boleh try tu happiness jar huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Trylah. Moment masa buka satu demi satu isi happiness jar tu sangatlah priceless sebab kita dapat recall balik ‘kegembiraan-kegembiraan’ sepanjang tahun.

      Padam
  3. Happy New Year Farrah ... Semoga tahun 2019 memberikan rezeki yg baik. Amiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnnnn. Happy New Year to you too, Mrs Pip. Moga 2019 lebih indah dan bermakna.

      Padam
  4. Happy New Year Farah.
    May it bring a lot of joy, happiness, good health and fun to you insha Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks so much, Puan Hazel. Same goes to you 😊

      Padam
  5. Selamat tahun baru Semoga di tahun baru membuka lembaran baru hang lebih positif .

    BalasPadam
  6. Wah kita sama. saya juga buat macam tu, Happiness jar tapi saya guna tabung yang comel. saya suka tabung yang simple, minimalist tapi menarik. memandangkan saya ada 2 tiga tabung, jadi saya terfikir just nak simpan moment2 note kecil yang saya tulis.

    Ya tahun 2018 memang banyak musim dugaannya tapi moga tahun ini penganti untuk hidup lebih cerah lepas ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok kan buat Happiness Jar ni. Tak kiralah guna bekas apa, janji ‘all the happiness’ dapat disimpan dalam tu.

      Moga 2019 lebih indah dan bermakna buat Carly :)

      Padam
  7. Selamat tahun baru kak Farrah. Moga yang baik baik dikurniakan untuk kita sepanjang tahun 2019 ni.

    BalasPadam
  8. Selamat tahun baru, kak Farrah. Hope this year will be better than previous years, insya Allah ^^

    BalasPadam
  9. semoga yang baik2 sahaja utk kita pd 2019 ini...

    BalasPadam
  10. salam new year Kak Farrah. thank you so much for everything.
    semoga yang baik2 saja menanti kita tahun ini =D

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.