I came across this on Pinterest. Dari tahun lepas sebenarnya saya berniat nak buat tetapi lupa. Apabila ingat semula, masa tu dah masuk bulan Mac ke bulan April! Dah masuk suku tahun, tak seronok dah. Jadi, untuk 2018, awal-awal lagi saya siapkan satu bekas khas untuk projek ini.
Saya tertarik sangat dengan idea ini. Masuk je tahun baru, kita sediakan botol khas atau jar dan kertas memo untuk menulis. Tidak perlu botol atau jar yang fancy. Pakai botol Nescafe ke, balang kuih raya ke, guna kotak ke atau apa-apa bekas asalkan muat untuk letak lipatan-lipatan kertas.
Kertas pula, jika botol kalian jenis lutsinar seperti dalam gambar di atas, gunalah kertas yang berwarna-warni. Nampak cantik sikit. Jika tidak, guna kertas biasa atau kertas recycle* pun tak menjadi masalah. Yang penting catatan-catatan yang kita akan tulis, bukan jenis kertas. 😊
*Apa yang saya maksudkan kertas recycle di sini sebenarnya more to rough papers. Kertas-kertas yang sudah tidak kita gunakan lagi, tetapi masih ada ruang untuk menulis. Contohnya kertas A4 yang bercetak pada sebelah bahagian sahaja. Bahagian belakangnya masih suci murni. Tidakpun buku tulis anak-anak untuk sesi persekolahan lalu yang sudah tidak dipakai dan masih berbaki beberapa halaman kosong. Jangan terus buang! Potong kertas cantik-cantik, letakkan di tepi botol siap sekali dengan pen.
Kemudian, untuk setiap perkara baik atau menggembirakan yang berlaku pada kita, tulis catatan ringkas berserta tarikh (supaya dapat keep track bila berlaku), lipat dan masukkan ke dalam botol. Bagi yang rajin, hiaslah botol dengan reben atau tag cantik-cantik. Namakan botol tu Happiness Jar ke...Positive Jar ke,...Memories of 2018 ke,...ikut kreativiti masing-masing.
Lakukan sepanjang tahun. Pastikan setiap ahli keluarga terlibat. Terpulanglah nak tulis setiap hari, seminggu sekali atau hanya apabila ada peristiwa yang benar-benar buat kalian gembira. Nanti, pada penghujung tahun, malam sebelum tahun baru, kita duduk ramai-ramai satu keluarga. Kita buka catatan satu persatu dan ingat balik apa yang berlaku sepanjang tahun. Masa tu kita kenang semula memori-memori indah dan perkara-perkara hebat yang dapat kita capai.
Menarik kan?! I think this is a very fun idea. Jom siapkan Happiness Jar kita untuk 2018.
Intai juga entri Countdown 2018 yang lain:
ekekekekek sy nk ketawa dulu bkn apa, sy teringatkan 3-4 thn lps. sy dah buat tp smpi bln 3, trs lupa hahahaha... hmmmm nk buat tak thn dpn? tkt x istiqamah je
BalasPadamHahahah bab lupa tu boleh geng ngan saya. Jomlah buat sama-sama tahun ni, Anies. Boleh kita saling ingatkan hehehe
PadamUish.. menarik nie.. nak try buatlah.. atleast bila hujung tahun boleh baca semula..
BalasPadamJom, Sha! Kita buat sama-sama. The best part masa kita baca balik tu kan,...
Padammenarik ni..boleh try.hehe.
BalasPadamSila try, Sal. Coretkan yang fun dan happy sahaja tau. Yang peningkan otak tidak perlu :)
Padamhidup kalau nak hepi, sentiasa count your blessings and get rid of negative people. buat apa pening-pening. hehe
BalasPadamSetuju! Yang negatif, yang memeningkan kepala tu kita abaikan sahaja :)
PadamMenarik juga idea ni....
BalasPadamJom buat sama-sama, Mrs Pip :)
Padammenarik ni...mesti seronok bila buka & baca kertas sorang2/beramai-ramai..nobody can steal the memories..
BalasPadamYes, bab itu yang paling seronok. Jom buat, kak!
Padamklu dh buat mcm tu mesti tak terlupakan..hehe...
BalasPadamBetul. Session ingat balik apa yang berlaku sepanjang tahun tu yang best!
PadamIdea menarik ni, zumal nak buat juga la
BalasPadamJom, Zumal! Sediakan happiness jar untuk 2018 :)
PadamNasib baca semula, dah lupa cari jar.
PadamHihihi nanti jangan lupa tulis dan masukkan dalam jar :)
Padammcm best je kan.. sy suka la yg comel mcm nih.. hihi.. good idea..
BalasPadamMenarik kan,...something fun untuk buat throughout the year :)
Padammenarik idea nih, sekurang-kurangnya dapat mengingati perkara yang seronok dan sedih sepanjang tahun tersebut.
BalasPadamJom buat utk 2018 ni, Eyda. Ajak si Kimi dengan Izzat tulis sekali :)
PadamIn shaa Allah, akan cuba buat untuk tahun ini..
PadamYang ni bunyi memang seronok. Saya nak buatlah Happiness Jar ni :D
BalasPadamBuat ngan kawan-kawan Farah kat sana tau. Mesti seronok!
Padamaha, menarik jugak kan,, ada buat satu jar ni..khas utk org yg cik timm baru kenal n sayang,,eh.hihi..
BalasPadamAmboi, ada jar special ye :)
Padameh menariknya idea ni... nanti boleh cuba la.. tahun2 akan datang hihihihi
BalasPadamAik,..cubalah tahun ni. Masih sempat lagi untuk buat happiness jar :)
Padamwahh sangat menarik... tapi dok nga famili syok la
BalasPadamayu nga asben je kt uma..
krikk krikk la jawabnye