Countdown 2018 - 52 Weeks Money Challenge

Khamis, Disember 28, 2017

Money challenge. Ini salah satu idea untuk azam tahun baru yang saya bincangkan dalam artikel saya di THREAD by ZALORA - 6 Interesting Ideas for Your 2018 Resolutions. Satu lagi cabaran dari aspek kewangan untuk disahut. 



52-week Money Challenge ni bakal jadi tabungan 'tidak boleh usik langsung'. Kira macam aset bekulah yang hanya akan sampai tempoh matang pada 1 Januari 2019 heheheh. 52 minggu. Setiap minggu, tanpa gagal kita perlu masukkan sejumlah wang ke dalam tabung money challenge kita mengikut amaun yang ditetapkan. By the end of 2018, kita akan dapat depositkan RM1, 378 dalam akaun.




Siapa nak cuba buat? Jom! Boleh cetak gambar ni untuk buat checklist. Ada banyak cabaran money challenge. Google je money challenge. Akan keluarlah pelbagai imej berkenaannya di hadapan mata. Carilah money challenge mana berkenan di hati, yang rasa-rasanya sesuai dengan keadaan kewangan kita setelah ditolak perbelanjaan-perbelanjaan dan tabungan lain sedia ada. Saya memang dari 2015 guna yang ini sahaja.

Berapa yang perlu kita tabungkan bergantung kepada bilangan minggu. Rujuk gambar di atas. Minggu pertama RM1, minggu ke-14, RM14 dan jika minggu ke-50, maka RM50 jugalah yang perlu ditabungkan.

Tetapi, berdasarkan pengalaman saya tahun-tahun yang lepas, saya telah buat modifikasi sedikit. Lazimnya, pada minggu-minggu terakhir (November dan Disember), pendapatan saya terhad sebab saya bercuti. Jadi, apa yang saya lakukan, saya buat selang-seli. Selangkan minggu awal dengan minggu akhir. Contohnya, jika minggu ini saya ikut minggu 1, minggu depan saya akan lengkapkan minggu ke-52. Seterusnya, minggu ke-2, diikuti pula dengan minggu ke-51. Jadi, hujung-hujung tahun nanti tak adalah sesak nafas nak asingkan lebih kurang RM50/minggu.


Apa Hendak Buat dengan Tabungan Money Challenge?

Terpulang. Kalian boleh:

  • Masukkan dalam bank, tambah jumlah simpanan kalian.
  • Pergi bercuti!
  • Beli something yang ada dalam wish list kalian.
  • Treat your family and close friends.
  • Charity - Inilah masanya untuk buat kebajikan. Beri anak-anak yatim makan,..belikan keperluan sekolah untuk anak-anak yang tidak berkemampuan
  • ...and the list goes on and on! Apa yang penting, belanja/gunakan tabungan money challenge kalian untuk sesuatu yang bermanfaat.
Saya? Tabungan money challenge saya masuk Tabung Fahmy. (Baca mengenainya di sini.)


Selamat Melaksanakan Money Challenge untuk 2018!


Intai juga entri Countdown 2018 yang lain:


29 ulasan

  1. yeay, Eyda dah berjaya buat tabung nih. alhamdulillah berkat kesabaran dan semangat akhirnya berjaya juga realisasikan tabungan nih.. tak sabar nak sambung ke tahun 2018, dah edit jadual simpanan ikut kehendak sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeayyyyy! Tahniah, Eyda! Seronokkan bila dapat completekan money challenge ni. Selamat menabung untuk 2018!

      Padam
    2. terima kasih.. ya seronok sangat bila berjaya juga walaupun ada masa terpaksa penuhkan sekali harung..

      tahun ini in shaa Allah akan tambah lagi 1 tabung, moga lebih istiqomah dalam memenuhkannya..

      Padam
    3. Insya-Allah, Eyda boleh! Semangat! Semangat!

      Padam
  2. sy dah buat jg money challenge thn lps... alhamdulillah...tabungan tu laa yg tanggung g europe aritu hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah, Anies! Tahun depan kita sambung menabung lagi. Mana tahu 2018 kita boleh doublekan amount pula :)

      Padam
    2. Wah, nak repeat Europe nampaknya! :)

      Padam
    3. ikut ktorg g anfield jom!haha

      Padam
    4. Wow,..gi Anfield! Akak kena bentuk diri jadi peminat bola tak?

      Padam
  3. alhamdulillah.. yg nie laa e'in start buat tahun nie.. jom same-same teruskan untuk 2018 pulak!

    BalasPadam
  4. nak buat jugak....semangat kena ada...hehe

    BalasPadam
  5. Saya baru je baca pasal money challenge yang sama baru baru ni. Teringin juga nak buat tapi saya tak pernah ada cash dalam tangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. If that's the case, jangan buat money challenge. Buat photography challenge ke,..travel challenge ke :)

      Padam
  6. Ohh.. Ada ehh benda macam ni?

    Akak takdepun buat benda ni tapi akak main kutu dengan makcik-makcik jiran kat sini. Duit kutu tu akak simpan dalam Tabung Haji. Mujurlah akak ni jenis kurang suka travel sebab penat nak travel ni. Heh. Takde la. Akak jaga mak yang uzur kat rumah. So, tak boleh nak berbelanja sakan atau travel sakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada, kak. Cara psikologi nak paksa diri menabung hahaha. Main kutu tu kira money challenge gak tu. Saya pun bukan jenis suka travel. Lagi suka memerap kat rumah. Apapun saya doakan moga tahun 2018 ni, kesihatan mak akak bertambah baik,..akak dan keluarga dikurniakan rezeki berlipat ganda :)

      Padam
  7. byk jg tu...ramai yg dh berjaya buat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom, kak! Boleh pilih money challenge ikut kemampuan bajet :)

      Padam
  8. Kena buat ni. Mana tau rezeki tabungan ni boleh travel europe.

    BalasPadam
  9. Baru nak buat tahun depan. Semoga sama-sama kita menabung.

    BalasPadam
  10. Balasan
    1. haaa,..nanti cari mana yang berkenan...yang sesuai dengan kemampuan Zumal ye.

      Padam
  11. tahniah kak farah.. ekin x sempat buat lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sempat lagi ni, Ekin. Baru minggu pertama kita ni.

      Padam
  12. tak mampu nak buat yang mcm ni...
    kumpul rm5 dngn tiap2 bulan masuk rm50 awal bulan rm50 tengah bulan...
    tabung bertutup penuh sbb tsakot nak tgk isi dalam

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.