Saya memang suka membaca. Beberapa tahun lepas, saya ada cuba Book Challenge a.ka. Reading Challenge (Cabaran Membaca). Tetapi tidak kesampaian. Rasanya pada masa itu terlalu bercita-cita tinggi. 52 buku - 1 buku setiap minggu mengikut syarat cabaran/kriteria buku yang telah ditetapkan. Contohnya - Buku yang ditulis oleh penulis kegemaran, buku yang ditulis oleh penulis wanita, buku yang ada tema musim salji dan macam-macam lagi. Saya buat Reading Challenge by POPSUGAR. Baca mengenainya di sini. Mula-mula je semangat berkobar-kobar tetapi selepas itu sibuk dan kalau baca buku pun, saya tak pilih buku yang boleh buat saya lengkapkan senarai cabaran tersebut.
Tahun ini, saya cuba buat Reading Challenge Goodreads. Suprisingly, dalam saya sibuk ke sana ke mari, banyak jugalah baca buku. Tetapi malangnya saya tidak kemas kini langsung buku-buku yang saya baca di Goodreads. Saya sendiri tidak ingat berapa sasaran buku yang saya letak dan saya lupa langsung untuk buka Goodreads lepas tu.
Jadi, untuk 2018, saya bercadang cuba melengkapkan Reading Challenge dengan jayanya. Tahun ini saya pilih 2018 Reading Challenge by POPSUGAR juga sebab nampak menarik!🙂 Antaranya buku tentang time travel, buku yang ditulis oleh dua pengarang, buku yang saya pinjam daripada orang lain atau yang dihadiahkan kepada saya dan buku yang watak utamanya ialah pasangan kembar.
Sekali pandang rasa-rasanya ada cabaran yang mungkin agak sukar untuk saya lengkapkan. Tidak mengapa. Nanti saya hendak ubah suai apa yang patut. Harus diingat, cabaran ini just for fun. Jangan sampai buat kita tertekan pula.
Tujuan utama cabaran ini adalah untuk kita push diri kita supaya pelbagaikan genre buku atau novel yang kita baca. Tidaklah hanya terikat pada genre kegemaran kita sahaja. Lagipun, di bahagian bawah Reading Challenge ini ada bahagian Advanced. Boleh ditukar-tukar senarainya mengikut kesesuaian masing-masing.
Berminat dengan 2018 Reading Challenge ini? Muat turun senarainya di sini dan senarai Advanced di sini. Kemudian, jangan lupa update progress reading challenge kalian di Instagram dengan menggunakan hashtag #popsugarreadingchallenge.
Intai juga entri Countdown 2018 yang lain:
Semoga 2018 lebih bahagia dan dimudahkan urusan
BalasPadamTerima kasih, Cikgu Etuza :)
PadamMenarik book challenge ni. Siqah nak jugak lah take note. Hihi. Thank you share Farrah :)
BalasPadamMy pleasure, Siqah. Kita cuba sama-sama ye tahun ni :)
PadamWah menarik cabarannya... Zumal dah lama tak membaca buku tebal2.
BalasPadamNanti ada kesempatan, bolehlah Zumal cuba :)
PadamBagus juga ada challenge mcm nih...boleh isi masa terluang dgn bnda berfaedah kan
BalasPadamBetul. Ada something to look for :)
PadamCabaran yang menarik tapi saya dah lama tak baca buku :/
BalasPadamTak pe. Farah kan busy dengan kerja sekarang. Nanti ada kesempatan bolehlah rehatkan minda dengan baca buku.
Padamstart baca buku hujung tahun lalu. insyaAllah sambung 2018
BalasPadamSelamat meneruskan bacaan :)
Padamaah kan, cik timm selalu terikat dgn satu genre buku jer..huks, rasa boring pulak..kena pelbgaikan mcm ni baru rasa semngat nak membaca!
BalasPadamAkak pun Cik Timm. Asyik dok baca benda yang sama je. Tahun ni cuba cabar diri sikit hehehe
Padammenariknya, tapi rasa tak mampu nak hadap buku2 dan dijadikan sebagai cabaran..
BalasPadamTak mengapa, Eyda. Tahun ni Eyda buatlah Run Challenge :)
Padamwahhhh bgs nyer ada cabaran mcm ni... pani pasti lbh bertambah ilmu di dada kipidap!
BalasPadamYess semangat! Semangat! Mudah-mudahan tercapailah hihihi
Padamcabaran ni mencabar juga... kena consistent 😬😬
BalasPadamHuhuhu bab consistent tu yang challenging tu :)
Padamwahhh good luck untuk cabaran buat kak farah
BalasPadamThanks so much, Ekin :)
PadamWahhh, menarik genre2 diaaa. Kiranya kita bebas utk baca mana2 genre / topik / plot kann? Tak perlu stick pada urutan dia kann :D
BalasPadamhanisamanina.com
minat membace tu suda lama terkubur mase yash keluar
BalasPadam