Sabtu, Disember 30, 2017

Countdown 2018 - Book Challenge

Saya memang suka membaca. Beberapa tahun lepas, saya ada cuba Book Challenge a.ka. Reading Challenge (Cabaran Membaca). Tetapi tidak kesampaian. Rasanya pada masa itu terlalu bercita-cita tinggi. 52 buku - 1 buku setiap minggu mengikut syarat cabaran/kriteria buku yang telah ditetapkan. Contohnya - Buku yang ditulis oleh penulis kegemaran, buku yang ditulis oleh penulis wanita, buku yang ada tema musim salji dan macam-macam lagi. Saya buat Reading Challenge by POPSUGAR. Baca mengenainya di sini. Mula-mula je semangat berkobar-kobar tetapi selepas itu sibuk dan kalau baca buku pun, saya tak pilih buku yang boleh buat saya lengkapkan senarai cabaran tersebut.

Tahun ini, saya cuba buat Reading Challenge Goodreads. Suprisingly, dalam saya sibuk ke sana ke mari, banyak jugalah baca buku. Tetapi malangnya saya tidak kemas kini langsung buku-buku yang saya baca di Goodreads. Saya sendiri tidak ingat berapa sasaran buku yang saya letak dan saya lupa langsung untuk buka Goodreads lepas tu.

Jadi, untuk 2018, saya bercadang cuba melengkapkan Reading Challenge dengan jayanya. Tahun ini saya pilih 2018 Reading Challenge by POPSUGAR juga sebab nampak menarik!🙂 Antaranya buku tentang time travel, buku yang ditulis oleh dua pengarang, buku yang saya pinjam daripada orang lain atau yang dihadiahkan kepada saya dan buku yang watak utamanya ialah pasangan kembar. 









Sekali pandang rasa-rasanya ada cabaran yang mungkin agak sukar untuk saya lengkapkan. Tidak mengapa. Nanti saya hendak ubah suai apa yang patut. Harus diingat, cabaran ini just for fun. Jangan sampai buat kita tertekan pula. 

Tujuan utama cabaran ini adalah untuk kita push diri kita supaya pelbagaikan genre buku atau novel yang kita baca. Tidaklah hanya terikat pada genre kegemaran kita sahaja. Lagipun, di bahagian bawah Reading Challenge ini ada bahagian Advanced. Boleh ditukar-tukar senarainya mengikut kesesuaian masing-masing.

Berminat dengan 2018 Reading Challenge ini? Muat turun senarainya di sini dan senarai Advanced di sini. Kemudian, jangan lupa update progress reading challenge kalian di Instagram dengan menggunakan hashtag #popsugarreadingchallenge.


Intai juga entri Countdown 2018 yang lain:

24 ulasan:

  1. Semoga 2018 lebih bahagia dan dimudahkan urusan

    BalasPadam
  2. Menarik book challenge ni. Siqah nak jugak lah take note. Hihi. Thank you share Farrah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. My pleasure, Siqah. Kita cuba sama-sama ye tahun ni :)

      Padam
  3. Wah menarik cabarannya... Zumal dah lama tak membaca buku tebal2.

    BalasPadam
  4. Bagus juga ada challenge mcm nih...boleh isi masa terluang dgn bnda berfaedah kan

    BalasPadam
  5. Cabaran yang menarik tapi saya dah lama tak baca buku :/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe. Farah kan busy dengan kerja sekarang. Nanti ada kesempatan bolehlah rehatkan minda dengan baca buku.

      Padam
  6. start baca buku hujung tahun lalu. insyaAllah sambung 2018

    BalasPadam
  7. aah kan, cik timm selalu terikat dgn satu genre buku jer..huks, rasa boring pulak..kena pelbgaikan mcm ni baru rasa semngat nak membaca!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun Cik Timm. Asyik dok baca benda yang sama je. Tahun ni cuba cabar diri sikit hehehe

      Padam
  8. menariknya, tapi rasa tak mampu nak hadap buku2 dan dijadikan sebagai cabaran..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapa, Eyda. Tahun ni Eyda buatlah Run Challenge :)

      Padam
  9. wahhhh bgs nyer ada cabaran mcm ni... pani pasti lbh bertambah ilmu di dada kipidap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yess semangat! Semangat! Mudah-mudahan tercapailah hihihi

      Padam
  10. cabaran ni mencabar juga... kena consistent 😬😬

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu bab consistent tu yang challenging tu :)

      Padam
  11. wahhh good luck untuk cabaran buat kak farah

    BalasPadam
  12. Wahhh, menarik genre2 diaaa. Kiranya kita bebas utk baca mana2 genre / topik / plot kann? Tak perlu stick pada urutan dia kann :D

    hanisamanina.com

    BalasPadam
  13. minat membace tu suda lama terkubur mase yash keluar

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.