Memaparkan catatan dengan label Countdown 2018. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Countdown 2018. Papar semua catatan

Countdown 2018 - Book Challenge

Sabtu, Disember 30, 2017

Saya memang suka membaca. Beberapa tahun lepas, saya ada cuba Book Challenge a.ka. Reading Challenge (Cabaran Membaca). Tetapi tidak kesampaian. Rasanya pada masa itu terlalu bercita-cita tinggi. 52 buku - 1 buku setiap minggu mengikut syarat cabaran/kriteria buku yang telah ditetapkan. Contohnya - Buku yang ditulis oleh penulis kegemaran, buku yang ditulis oleh penulis wanita, buku yang ada tema musim salji dan macam-macam lagi. Saya buat Reading Challenge by POPSUGAR. Baca mengenainya di sini. Mula-mula je semangat berkobar-kobar tetapi selepas itu sibuk dan kalau baca buku pun, saya tak pilih buku yang boleh buat saya lengkapkan senarai cabaran tersebut.

Tahun ini, saya cuba buat Reading Challenge Goodreads. Suprisingly, dalam saya sibuk ke sana ke mari, banyak jugalah baca buku. Tetapi malangnya saya tidak kemas kini langsung buku-buku yang saya baca di Goodreads. Saya sendiri tidak ingat berapa sasaran buku yang saya letak dan saya lupa langsung untuk buka Goodreads lepas tu.

Jadi, untuk 2018, saya bercadang cuba melengkapkan Reading Challenge dengan jayanya. Tahun ini saya pilih 2018 Reading Challenge by POPSUGAR juga sebab nampak menarik!🙂 Antaranya buku tentang time travel, buku yang ditulis oleh dua pengarang, buku yang saya pinjam daripada orang lain atau yang dihadiahkan kepada saya dan buku yang watak utamanya ialah pasangan kembar. 

Countdown 2018 - 52 Weeks Money Challenge

Khamis, Disember 28, 2017

Money challenge. Ini salah satu idea untuk azam tahun baru yang saya bincangkan dalam artikel saya di THREAD by ZALORA - 6 Interesting Ideas for Your 2018 Resolutions. Satu lagi cabaran dari aspek kewangan untuk disahut. 



52-week Money Challenge ni bakal jadi tabungan 'tidak boleh usik langsung'. Kira macam aset bekulah yang hanya akan sampai tempoh matang pada 1 Januari 2019 heheheh. 52 minggu. Setiap minggu, tanpa gagal kita perlu masukkan sejumlah wang ke dalam tabung money challenge kita mengikut amaun yang ditetapkan. By the end of 2018, kita akan dapat depositkan RM1, 378 dalam akaun.



Countdown 2018 - Happiness Jar

Rabu, Disember 27, 2017

I came across this on Pinterest. Dari tahun lepas sebenarnya saya berniat nak buat tetapi lupa. Apabila ingat semula, masa tu dah masuk bulan Mac ke bulan April! Dah masuk suku tahun, tak seronok dah. Jadi, untuk 2018, awal-awal lagi saya siapkan satu bekas khas untuk projek ini.


Saya tertarik sangat dengan idea ini. Masuk je tahun baru, kita sediakan botol khas atau jar dan kertas memo untuk menulis. Tidak perlu botol atau jar yang fancy. Pakai botol Nescafe ke, balang kuih raya ke, guna kotak ke atau apa-apa bekas asalkan muat untuk letak lipatan-lipatan kertas. 

Countdown 2018 - Tetapkan Azam dan Target Tahun Baru

Isnin, Disember 25, 2017

Assalamu'alaikum,
Selamat menghabiskan cuti hujung minggu yang panjang. Hari ini dah 25 Disember 2017. Tinggal beberapa hari je lagi sebelum kita mula tulis tarikh dengan tahunnya 2018.

Kredit

Semangat nak mulakan tahun baru! Beberapa hari ini, insya Allah saya akan buat entri Countdown 2018. Entri-entri Countdown 2018 saya akan berkisar tentang persiapan menuju tahun baru + apa yang boleh kita lakukan agar setiap bab 2018 lebih bermakna dan bermanfaat buat kita semua.

Perkara pertama tentulah azam tahun baru kan? Waktu hujung tahun beginilah kita mula menilai semula perjalanan 2017, apa yang berjaya dicapai, apa yang gagal dilaksanakan....Waktu ini jugalah kita teruja buat senarai azam untuk 2018. Ada sesetengah orang tidak suka pasang azam kerana tidak mahu terikat dengan target atau sasaran tertentu. Bagi saya terpulang pada individu. Tidak ada salahnya buat senarai itu ini apabila memasuki tahun baru. Sekurang-kurangnya kita akan punya motivasi untuk majukan diri demi mencapai apa yang dihajati.