Sambutan Bertema Starwars untuk Uje di Makan Kitchen

Selasa, Disember 26, 2017

Hujung bulan lepas, keluarga kecil saya berkumpul untuk makan tengah hari, meraikan hari lahir adik bongsu saya, si Uje. Hari lahirnya jatuh pada hari kerja. So, we decided to have a small birthday lunch celebration for him - pergi makan buffet di Makan Kitchen, Double Tree by Hilton Hotel, Kuala Lumpur (yang dekat The Intermark tu).

Bab-bab booking tempat semuanya si Dhila uruskan. We even managed to get a private dining area. Cantik sangat! Tengok gambar kat bawah ni. Ruang bulat yang berlangsir tu tempat makan kami untuk hari tu. Siap boleh tutup langsir! Privacy lah sikit 😃 Thanks again to you, Dhila. Kalau harapkan Along, kita makan kat rumah jelah jawabnya. Hahahah!

Kredit


Pada asalnya tak terfikir nak buat sebarang tema. Then, Dhila suggested untuk buat tema Starwars sebab si Uje memang peminat tegar filem-filem Starwars.


Kami tidak pilih mana-mana 'episode' yang spesifik. Campur-campur je semua. Lagipun baik saya, Bott mahupun Cekengah, kami memang tidak familiar langsung dengan Starwars. Kitorang pun baru perasan (or more like baru tahu) yang si Uje betul-betul suka Starwars. Nak bincang dengan Dhila  selalu pun susah sebab nanti si Uje sibuk nak nguping. Rosaklah plan kami!


Untuk birthday lunch bertema Starwars, inilah yang termampu kami sediakan:


1. Birthday Centerpiece
2. Personalised Table Mat
3. Photo Props
4. Jedi Inspired Birthday Card
5. Cake toppers



Beginilah rupa meja makan kami setelah dihias serba sedikit dengan elemen-elemen Starwars. Belon-belon hitam tu, Dhila arranged dengan pihak Makan Kitchen. So, datang-datang je, belon dah sedia ada.
Meja makan kami :)

Birthday Centerpiece
Untuk birthday centerpiece, saya import robot R2-D2. 



Personalised Table Mat
Ini hasil tangan Dhila. Bab-bab buat personalised table mat/ place mat untuk event, adik ipar saya ni memang expert. Dhila buat dua version. Satu untuk the birthday boy,..


...satu lagi for the rest of us.



Jedi Inspired Birthday Card
Kad jedi ini ambil masa beberapa hari untuk disiapkan sebab saya sendiri tidak pasti apa yang saya  buat. Kejap nampak macam kimono, kejap lagi nampak macam baju kurung! Saya mahukan kad yang agak besar supaya kami semua boleh tulis ucapan panjang lebar di dalamnya. Pada masa yang sama, ingin kad yang boleh tegak dan dibuat display. Akhirnya, setelah struggle beberapa hari, ubah itu ubah ini,...


The moment Uje saw this card and said," E eh,..kad jedi!",...saya tahulah kad jedi saya boleh dianggap menjadi (walaupun bahagian lengannya macam milik ahli sumo!). Ahaks!! 😉


Birthday Cake and Cake Toppers
Ikut perancangan asal, kami nak beli kek lain. Kek coklat kegemaran Uje yang lebih kena dengan tema Starwars. Tetapi, ada inevitable circumstances,...so, Dhila went for this cake



Photo Props

Entri mengenai photo props Starwars saya kongsi dalam entri ini. Di bawah ini, gambar saya dan Cekebon jadi Darth Vader dan Stormtrooper. Cekebon nak jugak tunjuk muka sikit. Dia tak puas hati muka kena sorok sepenuhnya belakang mask heheheh.



Secara keseluruhannya, it was a simple yet a meaningful celebration. Makanan yang disajikan di Makan Kitchen pun sedap belaka! Ada macam-macam pilihan - roasted chicken and duck, tomyam dan sup-sup, nasi beriani, nasi campur, tosei, satay, roti naan, kerabu, yummy desserts dan banyak lagi. However, we unanimously agreed that the roasted duck was the best!




30 ulasan

  1. wow..impressive. Kad Jedi tu menjadi. suka theme ni.

    p/s: episod 34 means umur dah 34 ke apa?setahu saya star wars baru episod 8.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah betul-betul! Pandai Sal menerkaaaa!
      Sal kata kad jedi menjadi?! Akak terharu...akak gumbira!

      Padam
  2. kreatif sungguh! mesti teruja habis si Uje dpt birthday party mcm ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kihkihkih tema ni memang selalu orang buat,...cuma bila kami yang buta starwars ni prepare jadi macam krik krik sikit ;)

      Padam
  3. Rajinnya buat props.. Kad Star Wars tu menjadi hokay..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak bergambo punya pasal, Mummy. Kad tu jadi ek?! Hik hik gelak gedik seround kat sini!

      Padam
  4. Ala kalo kek tu buat star wars lagi cun kot..next year punya plan la kot..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, Mummy. Bab kek lari plan sikit. Tak cukup starwars heheheh

      Padam
  5. Lawonya deco table kat Makan Kitchen tu... Ala-ala privacy dan romantik gitewww

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang lawa, Mummy. Bahagian lain pun cantik deconya. Sesuai sangat nak ambil2 gambar.

      Padam
  6. beatnya sambut bday bertema ni. kalau msred nak tema sanrio... haaa

    BalasPadam
  7. Suka tengok birthday party mcm ni..siap ada deko deko lg..kreatif sgt...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Mimi. Sekali sekala buat begini for fun seronok juga :)

      Padam
  8. Wow, boleh masukkan dalam idea tema birthday untuk customer Zumal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes,...tema ni popular tau Zumal. Sesuai sangat utk penggemar Starwars :)

      Padam
  9. wah menariknya, menajdilah Farrah tema Starwars tu..

    BalasPadam
  10. Cantiknye. Sy ni tgh google nak tngok kek Star wars. Kat mana akak dpt cake toppers starwars tu ye n mcm mana nak search yg mcm satelite tu? Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk yang satelite tu, adik boleh google guna keywords Starwars spaceships. Akak memang google asing-asing setiap gambar tu, print atas kertas photo yang keras. Tidak pun, adik search di Pinterest untuk Starwars party theme.

      Jika mahu, tinggalkan e-mel. Nanti akak e-melkan starwars stuff yang akak ada.

      Padam
    2. bleh jugak klau akak nak bgi. Sy nak yg cake topper tu je kak. emel sy farhana_403@hotmail.com. btw trima ksih kak

      Padam
    3. Ok, done. Sent :)
      You're most welcome.

      Padam
  11. wow mnariknya tema ni.. yang tak minat starwars jadi minat pulak hahahahhaha

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.