Ingat lagi tak saya borong barang kraf hujung tahun lepas (
baca mengenainya di sini). Stok baru beli ditambah pula dengan kertas-kertas, kad,
embellishments yang sedia ada,..saya kena mula fikirkan cara yang sesuai untuk
manage semua ni.
Satu, saya tak mahu ada barang-barang yang rosak, terkelepet, terhimpit. Yelah, walaupun saya susun di atas rak dan di dalam kotak, bila dah banyak-banyak tu susah juga! Dua, saya perlukan storage yang boleh display embellishments penting saya. Senang nak nampak, senang capai. Tak adalah kerja saya asyik memunggah. Tak pun (biasa berlaku ni,..) bila dah siap kad atau scrap page, baru tepuk dahi..."Alamak, kenapa tak guna hiasan yang ini?! Lagi sesuai,...lagi cantik!" Kes tak nampak/tak jumpa benda tu sebelumnya.
Cerita kat Bott, rasa-rasanya kena ada wire net and hooks untuk gantung barang-barang kraf. Macam display kat kedai-kedai tu. Senang sikit. Bott kata nanti keluar beli barang boleh cari kat DAISO. Well, kelmarin kitorang keluar, singgahlah DAISO. Saya kalau masuk DAISO, tenggelam dalam dunia sendiri. Rambang mata tengok itu ini, consider itu ini,..tahu-tahu si Bott dah ada depan mata dengan apa yang saya perlukan. Thank you, Bott!
Tattadaaaaaaaa!
 |
Rak gantung-gantung wire net dah siap! |
Semuanya beli kat DAISO!
- 2 pcs penyangkut yang 'agak gagah'
- 1 wire rack putih
- 2 pcs slim net hook X 2
Jumlah keseluruhan hanya RM20! Puas hati saya dapat siapkan rak gantung-gantung ni. Barang-barang tu pun takdelah sesak nafas sesama sendiri ;) OK. Zoom out sikit!
 |
Lokasi dalam bilik kraf :) |
Saya buat rak ni ngam-ngam di bawah
Reminder Board. Boleh jimat ruang. Yang penting kosnya murah! Barang-barang saya pun jadi lebih tersusun.
Psst! Rak gantung-gantung begini boleh buat untuk gantung senduk, sudip di dapur atau peralatan bertukang. Kemas dan sedap je mata memandang :)