Ayam Sambal Cili Api |
Resepi Ayam Sambal Cili Api
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 350g ayam (atau lebih mengikut keperluan hidangan) - lumurkan dengan garam dan kunyit, goreng dan ketepikan.
- Segenggam cili api (kisar)
- 5 batang cili hijau (kisar)
- 1 biji bawang besar (potong dadu)
- 2 - 3 sudu besar cuka
- garam secukup rasa
- minyak untuk menumis
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Tumis bawang besar. Masukkan cili yang dikisar dan tumis hingga masak.
- Masukkan cuka. Rasa kemasamannya. Jika perlu, tambah lagi sedikit cuka.
- Perasakan dengan garam.
- Gaulkan dengan ayam yang telah digoreng. Sedia untuk dimakan.
Saya gunakan cili hijau untuk dapatkan elemen rasa sambal hijau dalam hidangan ini. Jika anda tidak mahu sambal yang pedas, boleh tukarkan penggunaan cili api kepada cili hijau sepenuhnya.
Nyum2..nampak sedap..lapar wana tengok..Kak, ada lg x?wana nak dtg umah akak ni..hee ^_^
BalasPadamMentara Wana nak naik belon, ayam cili api akak abis sudah :)
Padamterbaik resipi..tahnia ...datang jenguk blog ini
BalasPadamTerima kasih, Cikgu Etuza :)
Padamsedapnyaa. makan pulak dengan nasi panas panas. memang umphhh :D
BalasPadamMemang terangkat, Nani :)
Padammama sha suka masak ayam ni, makan dengan sup.... dengan nasik... fuhhh sedapnya laaa
BalasPadamdan Sha telah buat akak rasa laparrrrr :)
PadamApa beza letak bawang besar dengan bawang kecik?
BalasPadamKalau guna bawang besar, sebijik je kena kupas. Kalau bawang kecik, kena kupas dua tiga bijik. Hehe boleh terima ke jawapan ni SS?
PadamSS bezanya besar kecik ja..hihi
PadamTapi personally akak prefer guna bawang besar sebab manis bawangnya kurang sikit compared to bawang kecil/bawang merah :)
Padamoo baru tahu bawang ada rasa manis.. sebelum ni main makan ja..guna bawang kecil utk tumis ja
PadamYes,..tu sebab kalau nak buat bawang goreng, kita guna bawang kecil/merah. Lagi berasa :)
PadamYe ros pun kalau masak guna bawang besar.. Sebab dah terbiasa. Hihi jarang guna bawang merah kecil tu
Padampergh, xmampu eyja nak makan. tengok pon dah takut. pedasnya!!! hehe
BalasPadamHahahah ni memang siapa tak tahan pedas, dibenarkan pandang je :)
PadamUntuk yg kuat pedas macam Ros ni, memang suka lah. Hihi
Padamsedapnya tengok! fav kot ni. ^^
BalasPadamKita geng!
Padammesti berapi makan ayam ni. nampak lada dekat ayam tuu pon dah tau. hehehe.
BalasPadamMasuk ikut mulut, asap keluar ikut hidung & telinga :)
PadamRingkas dan nampak sedapppp!
BalasPadamYesss,..bila kena sambal cili api tu memang yummyyyyy!
PadamNampak sedap. Boleh bookmark entri ni supaya senang buat rujukan bila saya nak masak nanti :)
BalasPadamSilakan, Farah. Nanti dah buat share ye suka ke tidak :)
Padamsedap ni.. Ros pun penggemar pedas")
BalasPadamwajib cuba! :)
PadamKan Farrah mesti jenis tahan pedas ni kalau cili api dah segenggam.
BalasPadamFamily kitorang tak tahan pedas.
Oh,..akak ingat Shikin kaki makan pedas. Kat umah ni akak & Cekebon la hantu cili. Kalau lauk tak pedas, macam pincang dunia hehehe
Padamhoyee...hari ni ahad..ayam ada..cioli pun ada..boleh masak utk mkn tgh cuma cuka je x de..boleh ganti dengan limau nipis tak
BalasPadamAla sis...sorry lambat reply. Tak ada cuka, boleh tukar dengan limau nipis atau asam keping :)
Padamok..ok..tak pe lambat reply janji jgn x reply hihih
PadamSuka.. Suka sangat pedas... Ayam nampak yummy... Kalau buat ratah, menangis ni...
BalasPadamnangis nangis gumbira hahaha
Padamhadoi terus lapar ana tgk nih kak farah. arrhh kena p dapur buat ni hehe
BalasPadamsila..sila...selamat menjamu selera :)
Padammy feveret niee.. omnomnom.. dapnyeee... :)
BalasPadamdap dap dapppp!
Padamsedapnya akak dan simple.. kalau makan ni konfem nina menangis. hehe.. tak tahan makan pedas terutama berasaskan cili api
BalasPadamAlaaa tak mo nangis! Nanti kalau pedas, minum susu. Confirm pedas tu hilang :)
Padamterasa kepedasannya... memang kena letak cuka ka
BalasPadamtak dak cuka, ganti ngan asam keping/air limau pun boleh
Padamooo.yelah nk bg masam kan
PadamYes,..guna je apa yang ada janji masam2 tu ada :)
Padamsedap2...heeee...nad memang suka sambal cili hidup yang digoreng macam ni...
BalasPadamberbanding dari sambal cili giling :)
Lagi ummmphhhh kan :)
PadamTapi akak ni Nad, asal nama sambal boleh aja...
Baru menangkap rasanya bila guna cili api.....
BalasPadamteranggkaaattttt!
Padamini mau berpeluh kepala makan
BalasPadamMemang, aRz. Kena standby air,..dok dekat ngan kipas siap2 :)
Padamhahaha kalau pedas sangat memang dok makan la CT ni.. iols kan tekak and lidah manje manje gitu hakhak
BalasPadamOh,..lauk ni tak sesuai untuk lidah manja-manja. Nanti nangis....
PadamSedapnya tengok.. boleh jadi menu kami sekeluarga..
BalasPadamSilakan, eyda. Kalau tak mahu pedas sangat, banyakkan cili hijau.
Padamni kalau makan dgn nasi panas sedap..! ada tips tak kak kalau nak goreng ayam tu dagingnya kekal berjus..sellau goreng mesti keras ,tak sedap dah..huhu
BalasPadamPotong ayam tu lebih kurang sama saiz and bila goreng jangan terlalu lama. Ini kalau goreng ayam biasalah yang lumur ngan serbuk kunyit dan garam je.
PadamKalau nak ayam goreng yang lebih yummy, perap dengan halia, bawang putih, garam, serbuk kunyit, serbuk jintan manis + jintan putih dan sedikit kicap. Perap dahulu sebelum goreng :)
Desapnya :) Favourite Cik Mimie ni:)
BalasPadamMemang desapppp!
Padamsaya penah buat camni dulu
BalasPadamtapi mychintahati tak suka
dia jenis tak boleh lari dari apa yang dia dah biasa
isteri kenalah ikut jawabnya =)
Heheh tak apa. Yang penting perut chintahati YY terisi :)
PadamMemang makan tak angkat kepala la kalau dapat lauk gini.
BalasPadamLagi pedas lagi sedap.
Boleh geng! Sep sikit, mama!
Padamayam sambal api!!! ya ALLAH, tergodanya!!! :D tapi saya gastritis. so, xley makan pedas... sobs
BalasPadamOh, no! Jangan cari pasal. Amy makan buttered chicken OK :)
Padamnmpk pedas berapi je tu kak farah
BalasPadamskg pntang mkn pedas da
huhuhuhu
Memang pedas berapi, ayu! :)
PadamTeringat ikan keli sambal hijau. Sedapnya :)
BalasPadamOh my!!! Ikan keli sambal hijau memang tiada tandingan!
PadamErrmm.. senang jugak.. tq sebab share.. nak cube ni
BalasPadam