Assalamu'alaikum,
Selamat berhujung minggu.
Kita bertuah di minggu pertama tahun ini. Selain dapat berehat, kita juga berpeluang meraikan sambutan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Ada yang terlibat dengan perarakan tak hari ini?
Semoga dengan ada sambutan sebegini saban tahun, kita sebagai satu ummah dapat terus mengenang baginda, menyanjungi baginda dan menjadikan baginda Rasulullah sebagai role model kita. Bukan pada hari ini sahaja kita perlu mengingati baginda, malah tiap-tiap hari.
Saya terpanggil untuk kongsi petikan kisah menarik ini.
Pernah suatu hari, ketika Nabi Muhammad s.a.w. berbual-bual dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan beberapa sahabat yang lain, baginda menyuarakan hasratnya.
“Wahai Abu Bakar, aku amat rindu untuk bertemu dengan saudara-saudaraku (ikhwan).”
“Wahai Rasulullah, bukankah kami ini saudara-saudaramu?” soal Saidina Abu Bakar kepada baginda.
“Bukan,” jawab Rasulullah. “Kamu adalah sahabat-sahabatku."
Kemudian, baginda menerangkan, "Saudara-saudaraku (ikhwan) ialah mereka yang belum pernah melihat aku, tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku lebih daripada kecintaannya kepada anak dan orang-orang tua."
Bertuahnya kita menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w. Saya ingin berada dalam kalangan ikhwan (or ikhwah) yang dirindui oleh Rasulullah. Kalau boleh biarlah ahli keluarga, saudara mara, kenalan dan sahabat handai juga tergolong dalam kumpulan yang sama. Bagaimana? Kita mulakan dengan sesuatu yang berskala kecil tetapi dengan istiqamah. Antaranya:
- Biasakan lidah mengucapkan 'Sallallahu 'alaihi wassalam' setiap kali mendengar nama baginda. Lentur kelaziman ini pada anak-anak sejak mereka kecil lagi.
- Banyakkan berselawat ke atas nabi.
- Adakan perhiasan atau objek (Contohnya bingkai nama Nabi Muhammad, carta salasilah keluarga baginda) di rumah/sekolah/pejabat yang boleh mengingatkan kita kepada Rasulullah. Setiap kali terpandang perhiasan atau objek ini, berselawatlah sebagai tanda ingatan kepada baginda.
- Amalkan sunnah-sunnah Rasulullah. Saya ada seorang teman yang meletakkan target untuk belajar satu sunnah Rasulullah setiap hari. Kemudian cuba mengamalkannya bersama amalan sunnah lain yang telah diketahui.
- Baca buku-buku mengenai riwayat hidup Rasulullah dan perjuangan baginda. Terapkan sifat-sifat mulia baginda dalam diri kita, anak-anak dan ahli keluarga.
Harap perkongsian tidak seberapa ini bermanfaat buat kita semua :)
Salam maulidur rasul kak farah.
BalasPadamThanks atas perkongsian yg bermanfaat..")
Same goes to u, Wawa.
Padamperkongsian ilmu kak farah pada hari ini pasti memberi manfaat buat semua.. :)
BalasPadamsalam maulidur rasul kak..
Thanks, Wana. Mudah2an. Akak pun kena selalu ingatkan diri buat perkara2 kat atas tu.
Padamsalam maulidur rasul kak farrah. sama sama kita memperingati Nabi Muhammad s.a.w :D
BalasPadamMoga kita boleh jadi umat kecintaan baginda.
PadamAlhamdulillah perkongsian yang saya kira hebat. Dapat banyak idea macamana nak jadi ikhwan Rasulullah.
BalasPadamAlhamdulillah, kita sama2 cuba buat mana mampu ye, Shikin.
PadamGood sharing... TQ!
BalasPadamu r most welcome, SS
Padamsalam maulidur rasul sis, marilah kita bersama-sama berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W
BalasPadamSalam Maulud Nabi buat eyja juga :)
Padamselawat ke atas Nabi Muhamad S.A.W..dan terima kasih Farrah atas perkongsian ini
BalasPadamMoga kita sentiasa mengingati Junjungan Mulia ini :)
PadamNak jadi ikhwan jugak.. Semoga tergolong dikalangan tersebut...
BalasPadamAminnn.
Padamsmoga kita juga mnjadi ikhwan / ikhwah baginda kan kak farah.
BalasPadamsalam maulidur rasul kak farah :)
Mudah2an. Salam Maulud Nabi buat Ana juga :)
PadamAssalamualaikum kak Farrah :) salam Maulidur Rasul.. Alhamdulillah, Ros sihat :)
BalasPadamW/salam. Alhamdulillah, suka dengar ros sihat. Salam Maulidur Rasul.
Padamsalam perkenalan.. dan salam maulidurrasul.. perkongsian yang baik.. tengkiu.. =)
BalasPadamSelamat berkenalan, Luna :)
Padamperkongsian yg menarik :)
BalasPadamAkak kongsi apa yang akak tahu je :)
Padamnice sharing! ^_^
BalasPadammoga bermanfaat :)
Padamsalam maulidur rasul akak.. alhamdulillah masjid2 banyak berselawat ke atas nabi sebelum azan. in shaa allah kita pun akan selalu berselawat :) nice sharing akak..
BalasPadamSebenarnya mudah sangat untuk kita tunjukkan kasih sayang pada Rasulullah. Antara ingat utk buat ataupun tidak je ... :)
Padamgud sharing akak...
BalasPadamsalam maulidur rasul...
same goes to u, Zarul :)
Padamnice sharing akak...bab target tu Nad suka :)
BalasPadamTarget tu interesting kan,..akak pun nak cuba :)
Padamsalam maulidur rasul. terbaik entri ini kak farrah.
BalasPadamTeringat saya akan kata-kata seorang ustaz
" kita jangan jadi seperti abu lahab, sambut maulidur rasul tapi tentang apa yang nabi sampaikan"
Mohon dijauhkan lah ye...moga kita sentiasa mencontohi baginda dalam setiap aspek hidup :)
Padammarilah banyakkan selawat kepada junjungan Nabi SAW. peringatan untuk CT gak ni.. tahu benda elok tapi liat.. brapa kali ajela selawat dalam sehari huurm T.T
BalasPadamTak pe, CT. Kita sama2 cuba buat apa yang termampu :)
PadamThanks for sharing kak farrah :)
BalasPadammy pleasure :)
Padambeli buku bio baginda..harga mahal sbb biasa hard cover,tapi berbaloi utk belajar salahsilah baginda dan keluarga. sunnah2 baginda pun banyak,semua senang nak dibuat cuma antara nak atau tak nak ja.. :) selamat beramal.. :)
BalasPadamBagus, Nana. Mahal tak pe...boleh buat koleksi peribadi. Kita kadang2 terlalu sibuk dengan life sampai lupa nak mengenal baginda Rasulullah. Sama2 kita beramal ye.
PadamSalam Maulidur Rasul :)
BalasPadamThanks, Cik Mimie :)
Padamnice sharing kak
BalasPadamjujurnya baru ni saya ketahui hal ni
Bolehlah share utk sama2 kita buat. sambil tu ingat2kan diri :)
PadamSalam maulidur rasul sis.
BalasPadamNice sharing ;-)
Thanks, mama :)
Padambertuahnya siapa dapat bersama dengan Rasulullah. masha ALLAH :')
BalasPadamMoga kita antara calon-calonnya :)
Padamalhmdullilah
BalasPadamterima kasih atas perkongsian ni kak farrah
sama-sama kasih :)
PadamSaya pun nak jadi salah seorang ikhwan Rasulullah. Jom berselawat :)
BalasPadamMari kita sama2 berselawat :)
Padam