Tutorial Kraf - Cantikkan Projek Kraf dengan 'Eyelets'

Jumaat, Ogos 22, 2014


Tag dengan kemasan 'eyelet'.

Cuba tengok tag di atas. Ada gegelang di sekeliling bulatan yang saya buat. Gegelang tu dipanggil eyelet. Tujuan kita letakkan eyelet adalah untuk beri sentuhan yang lebih kemas dan cantik pada tag berkenaan. Nampak lebih stylish dan sempurna. Sebenarnya, eyelets ada banyak saiz, warna dan kegunaan. Selain buat kemasan pada tag, kita boleh gunakan eyelet untuk buat rantai kunci dan bookbinding projects.

Eyelet Pliers

Alat di atas dinamakan 'eyelet pliers'. Juga dikenali sebagai 'eyelet puncher'. Kita perlukan alat ini untuk pastikan eyelet mencengkam pada material yang kita gunakan dengan baik. Jangan guna tukul tau. Tak cantik nanti hasilnya. Cara menggunakannya 'eyelet pliers' sangat mudah. Letakkan eyelet dengan betul pada mata alat. Tekan kuat-kuat hingga bahagian bawah eyelet meleper. Siappp!

Nota Senyum: Boleh dapatkan eyelet pliers di kedai barangan kraf atau kedai alat tulis. Saya punya saya dapatkan di DAISO. Hanya RM5.


14 ulasan

  1. Daiso dah lah murah. Hehe. macam2 ada dalam tu. thanks for the tips :)

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. memang murah. at least kalau rosak, lantingkan aja. xpayah nak sakit hati sangat ;)

      Padam
  3. Kak Farrah,
    Takmo buat GA dengan hadiah2 hasil tangan akak ni ke?
    Cantik & comel semuanya.
    Best kalau dapat ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada terfikir jugak nak buat GA macam Shikin dan blogger2 lain,..tapi belum ready lagi kot hihihi
      kena berguru dulu :)

      Padam
  4. eyelet puncher ni same macam puncher paper ke kak? kite dah lame nak carik sebenarnye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sama, Nur. Eyeley puncher ni just utk buat kemasan ring bulat tu :)

      Padam
  5. Dok terbayang DAISO PALM MALL..
    Bisa buat mata x boleh lelap malam ni.
    Haha..padahal dah membuta tadi.
    Ni bgn nak BW.
    Tak senonoh betoiii..:D

    BalasPadam
  6. benda ni la sy cari utk tebuk banting dan banner customer sy.. namanya eyelet rupanya ye.. yg beso nama nya sama juga ke sis?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eyelets tu refer pada yang bulat2. Memang ada banyak saiz, Redha. Alat untuk pasang eyelets kita panggil eyelet pliers :)

      Padam
  7. bnyk betul dapat ilmu kt blog sis farah ni.

    tenkiu tenkiu

    BalasPadam
  8. yes. ari tu jumpa kat daiso tau.
    aida memang carik eyelet puncher tu.
    tapi tgk kat daiso tu mcm percaya tak percaya.
    sebab online diorang jual belas belas or puluh puluh hinggit.
    tq farah.
    nanti mau beli.
    sebab buat felt craft.
    buat kicen, elok kalau ada ni. instead of jahit reben.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.