Cara Keringkan Daun Pudina dan Herba-herba Lain

Khamis, Ogos 21, 2014

Ikat daun pudina dan gantung secara terbalik.
Dalam banyak-banyak pokok di taman herba mini saya, pokok pudinalah yang selalu stoknya berlebih-lebih. Sebabnya, pokok pudina ni from time tu time akan bertumbuh dengan jayanya hingga memenuhi ruang pasu. Jadi, kalau tak banyak guna daun pudina, kenalah trim pokok tu supaya tidak menjalar liar.

Kebiasaannya, apabila saya rasa pokok pudina saya dah 'sarat' dan tangkainya mula menjalar keluar, saya akan potong dan keringkan supaya daun pudina tu tahan lama.

Cara nak keringkan daun pudina dan herba-herba lain sangat mudah. Jangan pisahkan daun dari tangkainya. Basuh bersih-bersih. Keringkan di atas tisu dapur. Kemudian, kumpulkan tangkai-tangkai herba dan ikat dengan tali. Kalau ada banyak, buatlah beberapa ikatan. Gantung secara terbalik di tempat yang bersih dan tidak lembap. Selalunya, pada siang hari saya akan jemur ikatan pudina ni di luar supaya lebih cepat kering.

Apabila daun pudina dah kering, barulah pisahkan dari tangkai. Simpan dalam botol atau bekas rempah. Sedia untuk digunakan apabila perlu :)



20 ulasan

  1. Baru tahu kakk. Kalau tak, main biar jee.

    BalasPadam
  2. oh.. gitu, kalau mama tak baca, memang mama tak tahu lah ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tahu melalui pembacaan, mama. Xsangka mint pun kita boleh keringkan :)

      Padam
  3. laaaa begitu caranya... KM suka daun pudina ni kalau minum denan air teh... hihi..

    BalasPadam
  4. Daun pudina kering booeh buat masak apa eh Farra..
    JM ni jarang beli daun pudina sbb tak tahu nk letak dlm masakan ape sebenarnya..hari tu adik ada letak dalam sambal tomato utk mkn bersama nasik arab..
    Jika kita tinggal berdekatan..mesti JM pegi kutip je kan kat umah Farrah tu..ke kena beli hiksss

    BalasPadam
    Balasan
    1. selalu yang kering Farrah guna untuk buat teh je. tak pun tumbuk halus dan masukkan dalam salsa.
      JM kalau dekat sini,...satu pasu Farrah bagi ;)

      Padam
  5. pokok pudina idah kecik lagi... nanti kalau dah meliar nanti boleh la ikat camnie... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan risau idah, cukup masanya rasa terlebih-lebih pulak daun pudina ;)

      Padam
  6. Daun pudina guna untuk masak apa,kak?
    Saya ni jarang masak.
    Tak berapa arif.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak suka letak dalam laksa, sos salsa dan air teh.

      Padam
  7. Ooooo.... Macam menarik tanama herba-herba ni..bagus utk kesihatan..irrayyan.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Irra. Banyak daun2 ni yang boleh dijadikan home remedy :)

      Padam
  8. saya tak tahu cara nak menyimpan daun2 macam ni,yg abah ajar potong atau cabut siap2 lepas tu simpan dalam bekas ..jangan basahkan dlu kalau tak layu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Cara tu akan buat dedaun tahan lebih lama. Yang akak buat ni memang nak jadikan daun tu betul-betul kering, then masukkan dalam botol rempah.

      Padam
  9. Keringkn tu smpai tahap mana ya kak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf, Hery lambat balas. Akak selalu keringkan sampai daunnya dah ala-ala rangup (macam daun kering) dan warnanya bertukar kecoklatan :)

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.