Tak Rela RM 'Lesap' Dek kerana Magik

Rabu, Ogos 20, 2014

Kredit Imej: Astro Awani
Sejak kecil saya memang suka magik dan sarkas. Hehehe,..dah tua ni pun masih suka sebenarnya. Lagipun sekarang ni macam-macam show magik ada tayang dekat TV. Magician jalanan lah,...reality show khusus untuk ahli magik lah,..Hah, saya paling suka tengok - rancangan yang dedahkan macam mana sesuatu silap mata tu dilakukan! Magician tak leh cari makan dah. Rahsia diorang kena bocor!

Kendatipun tahu yang magik tu sekadar permainan mata dan kecekapan si ahli silap mata memanipulasi minda kita, saya tetap suka tengok magik. Copperfield, Blaine, Cyril,...semua ON! Kadang-kadang trick diorang lebih kurang sama je. Saya tetap layan!

Dulu-dulu masa sekolah, ada ahli silap mata datang buat show. Tak ingat dah nama dia something Bakar. Sayalah antara orang pertama yang pergi beli tiket. Harga tiket RM0.50, pergi tengok kat kantin sekolah. Siap minta duit lebih kat Cekebon untuk angkut adik-adik saya. Hehehe sampai sekarang depa ungkit kena ikut saya tengok magic show yang saya seorang je terlebih excited!

Salah seorang magician favourite saya, David Blaine akan mengadakan pertunjukan di Kuala Lumpur pada 5 September ni. Saja-saja gatal pergi intai harga tiket. Teringin nak tengok performance magic secara live kononnya. Tiket paling murah, RM138 (free seating, dekat tepi...mesti nampak sipi-sipi je) dan untuk VIP pula RM648 (dah SOLD OUT, tau)! Humangaihhhhh! Ini memang betul-betul magik! Magik lesapkan duit. Terus batal niat. Tak mo pergilah!

Nota Senyum: Tahulah juga buat a few simple tricks. Guna untuk 'wowwwww' kan anak didik cilik saya ketika mereka hilang fokus/kepenatan waktu belajar. Celiklah mata sekejap tengok cikgu buat magik ;)



9 ulasan

  1. Mak aihhhh harga dia..boleh sakit jantung ni...

    BalasPadam
  2. ahaksss...kalau rega tiket camtu...terima kasih je lah...kalau JM baik beli tiket pegi Seoul je hikss

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu. ada gak maknanya buat gi melancong :)

      Padam
  3. Mahal betul tiketnya.
    Masa kecik selalu tengok magik kat tv.
    Dah tua2 ni jarang tgk tv.
    Memanjang ada je keje nak kene buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shikin ada momen-momen magikal dengan putera2 di rumah :)
      Akak ni memang hantu TV. Bosan je tengok TV. Suka dgr bunyi TV heheh

      Padam
    2. Apsal xckp awal2. Aku leh blanja...

      Padam
    3. Napelah baru skrg aku perasan komen kau yg ni... :(

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.