Pernah berdepan dengan masalah semut di rumah? Hurung meja makan,.. buat jejak dekat dapur,...Saya kadang-kadang jadi ngeri sendiri bila tengok koloni semut mula jajah ruang rumah saya. Bayangkanlah (atas saranan seorang teman), saya sampai bercakap dengan semut-semut tu suruh mereka pindah! Hmm ...adalah pindah sekejap je. Lepas tu datang rombongan baru pula.
Rupa-rupanya ada beberapa petua yang boleh kita guna untuk hindar 'serangan' semut-semut ni. Yang 'best'nya, kita hanya perlu bahan-bahan yang memang ada di dalam rumah.
1. Air Campuran Garam
Ya, garam biasa. Apa yang perlu kita buat, jerang air panas di dalam periuk kecil. Masukkan segenggam besar garam dan kacau hingga larut. Sejukkan. Kemudian, masukkan dalam botol penyembur. Sembur pada kawasan yang kebiasaannya jadi laluan semut. Insya-Allah, selagi semburan garam tu masih bersisa di situ, semut memang tak akan datang.
2. Cuka putih
Ambil cuka putih, sapukan pada kawasan laluan semut. Tetapi, bagi yang alah pada bau cuka pasti akan rasa kurang selesa. So, pilihlah cara yang pertama.
3. Bedak Bayi
Taburkan bedak bayi di sekeliling bilik/di tepi dinding yang selalu dijengah semut. Hati-hati! Jangan tabur bedak di kawasan lalu-lalang. Ada yang jatuh berdebuk pula nanti.
4. Jus lemon
Semut memang alah pada lemon. Buat air semburan dengan jus lemon dan sembur pada kawasan-kawasan yang selalu bersemut. Pada masa yang sama, ruang yang disembur akan berbau segar :)
Selain daripada itu, untuk almari dan rak, bolehlah letakkan kantung kecil berisi kayu manis atau daun pudina. Semut tak suka. Saya dah cuba semua petua di atas. Alhamdulillah, setakat ni berkesan. Kadang-kadang, kalau malas nak buat air semburan garam, saya tabur garam kasar je. Pun boleh juga.
Selamat Mencuba! Nanti jangan lupa kongsikan dengan saya hasilnya ya.
Info yg sgt menarik!!
BalasPadam:)
Padamsuka info ni.. thanks 4 sharing..
BalasPadamUtk dimanfaatkan sama2 :)
Padamtq Farah berkongsi petua, salam syawal ke 23 ..
BalasPadamSama-sama. Salam lebaran buat ana juga :)
PadamPaling senang tabur garam kasar tu.
BalasPadamLemon mahal..baik buat air minuman. Hehe..
Cuka memang alah.
Setuju, Shikin. Baik buat lemonade hihi lainlah kalau ada pokok lemon kat belakang umah ;)
Padamgitu..boleh cuba ni FMF..rumah SB mmg byk semut
BalasPadamSilakan SB. Mudah-mudahan masalah semut dpt diatasi :)
Padammasalah semut di rumah?...mesti lah ada...fenin di buatnya!!
BalasPadamThanks Farrah bagi petua ni..leh try katu mah JM gak nanti
Silakan, JM. Pilihlah cara yang rasa mudah & berkesan :)
Padam