Kerabu Taugeh dan Pegaga

Selasa, Ogos 19, 2014

Ni menu beberapa hari lepas. Kebetulan masih ada kerisik dalam peti sejuk. Pegaga 'tuai' dari kebun :) Pokok pegaga di taman herba saya dah bertambah jadi tiga pasu! Heheheh.

Kerabu Taugeh dan Pegaga

Maaf, kali ini tak boleh disertakan resepinya. Saya main campak-campak bahan ikut resepi kerabu taugeh yang terlintas di kepala. Then, tambahkan daun pegaga. Taugeh dan pegaga saya celur dalam air panas sekejap. Kemudian, tuskan dan cepat-cepat masukkan dalam air sejuk. Jadi, taugeh akan kekal rangup dan tidak terlalu lembik/lodoh. Since saya suka pedas, saya masukkan potongan cili api :) Ratah macam tu je pun sedappppp!





10 ulasan

  1. aduhai.. tgk mcm ni pun terliur.. huhu.. kenapa rasa lapar ek tetiba... ooo agaknya sebab puasa hari ni... (^^,')

    BalasPadam
  2. Kalau orang pandai masak memang main campak je..
    Tak pandang pun xpe.
    Kalau saya yg campak, terkeluar dari kuali atau periuk kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha kelakar lah, Shikin.
      Hmm,..akak ni pun bukan pandai mana. Dtg time tak menjadi, semua sekali kena campak sebab dah tak edible,..

      Padam
  3. Sangat berkhasiat.
    Tambahan pula ulaman yang ditanam sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Petik sayur yg kita tanam sendiri puas hati :)

      Padam
  4. wahh...ada kebun tu..senang le nak mkn kerabu nanti..JM biasa buat kerabu taugeh + pucuk paku je..leh try + pegaga lak lepas ni..mkn nasi ngan kerabu?..wahh..mmg marbeles..

    BalasPadam
    Balasan
    1. fuhhh, memang tak toleh kiri kanan dah JM :)
      saya kurang sikit pucuk paku sebab tak tahan angin.

      Padam
  5. Campak-campak pun nampak sedap apa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xadalah sedap mana. Alhamdulillah, cukup rasa utk dimakan :)

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.