Ayam Adobo @ Chicken Adobo

Khamis, Januari 15, 2015



Percubaan pertama saya memasak Ayam Adobo atau Chicken Adobo. A Pinoy dish. Hidangan ayam berkicap ini merupakan salah satu hidangan terkenal di Filipina. Kira signature dish merekalah and apabila sebut adobo, ramuan pentingnya (main ingredient) ialah cuka. Rasa hidangan inmasam-masam, manis-manis dan pedas berempah sedikit. 

Ada pelbagai cara dan resepi untuk menyediakan lauk ayam adobo. Antaranya adobo menggunakan resepi yang asas tanpa santan, adobo dengan santan malah adobo makanan laut juga ada! 

Usah bimbang. Tidak sesukar mana langkah-langkah untuk menyediakan masakan ini. Saya buat yang basic  pun dah dap dap dap! Bahan-bahan yang digunakan tidak banyak. Ayam, cuka, kicap, lada hitam, bawang putih dan daun salam. Perap, goreng dan reneh!

Jamu mata dahulu ye. Insya-Allah, saya akan sertakan resepinya kemudian.


56 ulasan

  1. macam ayam masak hitam jer.. apapun menarik namanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni hidangan tradisional masyarakat Filipina, Eyda. Tak pastilah pula saya adobo apa maksudnya :)

      Padam
    2. adobo tu kicap la kot maksudnye... (akikikii... suke suki je) =p

      Padam
    3. haah la mcm ayam msk kicap pon ade hehe

      Padam
    4. @luna - adobo tu maksudnya perapan atau 'seasoning' yelah,..kan kita kena perap dulu ayam tu ngan cuka ngan kicap :)

      @ana- memang ayam masak kicap cuma ada rasa masam cuka :)

      Padam
  2. amboii nama dia kak farrah. chicken adob. nak resipi nanti. hehe :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa,...nanti akak update ye :)

      Padam
    2. update2... cewah.. buatnye entah biler =p hihi...

      Padam
    3. Heheh tak pa, luna. Semangat nak membuat tu dah ada kira OK dah,.. :)

      Padam
  3. habis exam...terus terjah sini... wow...tgk makanan terus lapaq... xleh ni... kena try gak ni nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, adik Zarul dah merdeka! Haa, pilah treat diri. BBQ ke,..steamboat ke,..nanti akak letak resepinya :)

      Padam
    2. kali xda kak... balik makan nasi kat rumah ja setelah berminggu tak menjamah nasi..diet la konon.. skli makan td.. mau 3 pinggan makan hihi

      Padam
    3. zarul : haha! selamat merdeka!! =D

      Padam
    4. start praktikal start diet balik hehehehe

      luna.. merdeka dri hadap class.. tapi belum merdeka sepenuhnya kena tggu konvo dulu hihi

      Padam
    5. OKlah tu. Nikmati saat2 merdeka walaupun sementara je :)

      Padam
  4. simple ja bahannya kan kak farah..kalau ada bahan ni bleh la buat nanti.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa,..nanti akak letak resepinya ya...

      Padam
    2. tq akak dah share resepi..sayang kak farah ketat2.. :D

      Padam
    3. sayang wana balik ketat-ketat-ketat (kuasa 3) hikhik

      Padam
  5. alaa pos la sikit kak farrah. terliur tengok

    BalasPadam
  6. kak farrah, anda ditag di sini yer :D

    http://jindrisska.blogspot.com/2015/01/hadiah-harapan-di-birthday-ke-24-aku.html

    BalasPadam
  7. Memang kena letak cuka ke? Saya tak berapa suka cuka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, Farah. Kalau tak letak cuka & tak de rasa masam2 tu,..tak jadi adobo.

      Padam
  8. menariknya name dia...akk kasilah resepi, nnt kita nk jugak try2 :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok. No worries. Nanti akak update secepat mungkin.

      Padam
  9. rasanya mmg kick la kan..dah perap,goreng..! sedoppp

    td google.. adobo tu dr perkataan sepanyol..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh dish tu dapat pengaruh dari sana ke? Nanti free akak sambung research Nana ;)

      Padam
    2. agaknya la.. sbb sepanyol prnah jajah filipina dlu..
      entah betul ke tdak fakta ke auta ..hahaha

      Padam
  10. makan dengan nasi panas2 pun sedap ni. pernah gak dengaq adobo ni dalam cita filipina.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yesssss,...dlm citer filipina memang selalu makan adobo ;)

      Padam
  11. nama dia menarik.. sedapnya kak Farrah..

    BalasPadam
  12. Balasan
    1. Insya Allah, satu hari nanti kita open table ye..

      Padam
  13. daun salam ni tak jumpa lagi la..p usha kt tesco sini..xda plak.. apa function daun salam tu? kalau tukar daun lain boleh ka x

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena guna daun salam kalau tak rasa lari sikit. Jgn cari kat tempat basah. Cari kat bahahian rempah ratus. Daun ni dikeringkan dan pek dlm plastik.

      Padam
    2. daun salam ni rupenye dalam englishnye bayleaf... kalo bayleaf pernah la dga sbb dulu rajin maen game restaurant city kat facebook... harini baru google tgk rupe sebenar.. tak pernah gune wat masak pun b4 ni..

      - cewah.. cakap macam rajin masak je kan.. kikikiii =p

      Padam
    3. orait akak....
      baru tnya kak saya, dia kata kt rumah mak mertua ada pkok daun salam ni... dia pon xtahu guna masak apa.. nk ambil payah gak.. xpa nnt paksa ank buah ambek gak sbb nk masak

      Padam
    4. @luna - Betul-betul. daun salam tu bay leaf. Yesss,...zaman2 main restaurant city tu macam2 herbs & ingredients kita belajar kan ;)

      @zarul - alang2 nak amik, soh anak buah petik lebih sikit. boleh keringkan dan simpan sebagai stok :)

      Padam
  14. Lebih kurang macam ayam masak balck pepper kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah tapi rasa blackpepper mild je sebab kita guna biji black peper. Tak crush kan pun blackpepper tu.

      Padam
  15. baru pertama kali cuba pun dah menjadi...isshh..mmg pakar bab masak memasak lah si Farrah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya 'pakar' pilih resepi yang senang, sis hihihi kemungkinan tak jadi tu kurang :)

      Padam
    2. sis farrah rajin masak.. org rajin masak ni.. tangan die mudah kenal barang.. bahan tak cukup satu due is small matter... boleh je jadik 1 masakan! hehe.. kan2? =D

      Padam
    3. Hehehe tak rajin mana, luna. Masak setakat boleh masuk tekak je. Bahan kalau tak cukup, pejam mata ;) Kalau nak suruh buat hidangan special tu memang fail-lah!

      Padam
  16. kalau tak tingat nak sebut adobo.. mesti org ingat ayam masak kicap hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm dapat kat Cekebon, "apsal rasa ayam kicap ni lain bebenor, long?"

      Padam
  17. Kalau adudu pulak watak jahat dalam cite boboiboy. Hehe. Maybe sebab ada daun salam tu jd adodo. Akak, daun salam tu nampak mcm daun limau purut. Hehe. Daun salam tu ada bau ke rasa?

    BalasPadam
  18. wahh..rasa mcm boleh masak ni..ni boleh trima perut ni.. try jd pinoy kejappp

    salam perkenalan..

    datang dari Giveaway Travelog Oman IIUM by Blog Iqa :D

    PS : Nak Beli Chocolate MOist Cake yg Super Murah?

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.