Sabtu, Disember 30, 2017

Countdown 2018 - Book Challenge

Saya memang suka membaca. Beberapa tahun lepas, saya ada cuba Book Challenge a.ka. Reading Challenge (Cabaran Membaca). Tetapi tidak kesampaian. Rasanya pada masa itu terlalu bercita-cita tinggi. 52 buku - 1 buku setiap minggu mengikut syarat cabaran/kriteria buku yang telah ditetapkan. Contohnya - Buku yang ditulis oleh penulis kegemaran, buku yang ditulis oleh penulis wanita, buku yang ada tema musim salji dan macam-macam lagi. Saya buat Reading Challenge by POPSUGAR. Baca mengenainya di sini. Mula-mula je semangat berkobar-kobar tetapi selepas itu sibuk dan kalau baca buku pun, saya tak pilih buku yang boleh buat saya lengkapkan senarai cabaran tersebut.

Tahun ini, saya cuba buat Reading Challenge Goodreads. Suprisingly, dalam saya sibuk ke sana ke mari, banyak jugalah baca buku. Tetapi malangnya saya tidak kemas kini langsung buku-buku yang saya baca di Goodreads. Saya sendiri tidak ingat berapa sasaran buku yang saya letak dan saya lupa langsung untuk buka Goodreads lepas tu.

Jadi, untuk 2018, saya bercadang cuba melengkapkan Reading Challenge dengan jayanya. Tahun ini saya pilih 2018 Reading Challenge by POPSUGAR juga sebab nampak menarik!🙂 Antaranya buku tentang time travel, buku yang ditulis oleh dua pengarang, buku yang saya pinjam daripada orang lain atau yang dihadiahkan kepada saya dan buku yang watak utamanya ialah pasangan kembar. 

Khamis, Disember 28, 2017

Countdown 2018 - 52 Weeks Money Challenge

Money challenge. Ini salah satu idea untuk azam tahun baru yang saya bincangkan dalam artikel saya di THREAD by ZALORA - 6 Interesting Ideas for Your 2018 Resolutions. Satu lagi cabaran dari aspek kewangan untuk disahut. 



52-week Money Challenge ni bakal jadi tabungan 'tidak boleh usik langsung'. Kira macam aset bekulah yang hanya akan sampai tempoh matang pada 1 Januari 2019 heheheh. 52 minggu. Setiap minggu, tanpa gagal kita perlu masukkan sejumlah wang ke dalam tabung money challenge kita mengikut amaun yang ditetapkan. By the end of 2018, kita akan dapat depositkan RM1, 378 dalam akaun.



Rabu, Disember 27, 2017

Countdown 2018 - Happiness Jar

I came across this on Pinterest. Dari tahun lepas sebenarnya saya berniat nak buat tetapi lupa. Apabila ingat semula, masa tu dah masuk bulan Mac ke bulan April! Dah masuk suku tahun, tak seronok dah. Jadi, untuk 2018, awal-awal lagi saya siapkan satu bekas khas untuk projek ini.


Saya tertarik sangat dengan idea ini. Masuk je tahun baru, kita sediakan botol khas atau jar dan kertas memo untuk menulis. Tidak perlu botol atau jar yang fancy. Pakai botol Nescafe ke, balang kuih raya ke, guna kotak ke atau apa-apa bekas asalkan muat untuk letak lipatan-lipatan kertas. 

Selasa, Disember 26, 2017

Sambutan Bertema Starwars untuk Uje di Makan Kitchen

Hujung bulan lepas, keluarga kecil saya berkumpul untuk makan tengah hari, meraikan hari lahir adik bongsu saya, si Uje. Hari lahirnya jatuh pada hari kerja. So, we decided to have a small birthday lunch celebration for him - pergi makan buffet di Makan Kitchen, Double Tree by Hilton Hotel, Kuala Lumpur (yang dekat The Intermark tu).

Bab-bab booking tempat semuanya si Dhila uruskan. We even managed to get a private dining area. Cantik sangat! Tengok gambar kat bawah ni. Ruang bulat yang berlangsir tu tempat makan kami untuk hari tu. Siap boleh tutup langsir! Privacy lah sikit 😃 Thanks again to you, Dhila. Kalau harapkan Along, kita makan kat rumah jelah jawabnya. Hahahah!

Kredit

Isnin, Disember 25, 2017

Countdown 2018 - Tetapkan Azam dan Target Tahun Baru

Assalamu'alaikum,
Selamat menghabiskan cuti hujung minggu yang panjang. Hari ini dah 25 Disember 2017. Tinggal beberapa hari je lagi sebelum kita mula tulis tarikh dengan tahunnya 2018.

Kredit

Semangat nak mulakan tahun baru! Beberapa hari ini, insya Allah saya akan buat entri Countdown 2018. Entri-entri Countdown 2018 saya akan berkisar tentang persiapan menuju tahun baru + apa yang boleh kita lakukan agar setiap bab 2018 lebih bermakna dan bermanfaat buat kita semua.

Perkara pertama tentulah azam tahun baru kan? Waktu hujung tahun beginilah kita mula menilai semula perjalanan 2017, apa yang berjaya dicapai, apa yang gagal dilaksanakan....Waktu ini jugalah kita teruja buat senarai azam untuk 2018. Ada sesetengah orang tidak suka pasang azam kerana tidak mahu terikat dengan target atau sasaran tertentu. Bagi saya terpulang pada individu. Tidak ada salahnya buat senarai itu ini apabila memasuki tahun baru. Sekurang-kurangnya kita akan punya motivasi untuk majukan diri demi mencapai apa yang dihajati.

Chords Bukti - Virgoun OST Surat Cinta untuk Starla

Selain lagu Surat Cinta untuk Starla, saya turut menggemari lagu Bukti nyanyian penyanyi dari seberang, Virgoun. Lagu Bukti ini juga merupakan salah satu lagu yang menjadi OST Filem Surat Cinta untuk Starla The Movie (SCUS) yang bakal ditayangkan di seluruh Indonesia pada 28 Disember nanti.

Seperti lagu Surat Cinta untuk Starla (yang klipnya di Youtube telah mencecah lebih 185 juta tontonan), Bukti tidak kurang hebatnya. Melodinya lembut dan sedap didengar. Apa yang unik, sepanjang lagu ini kita akan dengar bunyi goresan pensel dan kertas yang dikoyak dalam gubahan muziknya. Apapun, enjoy the song. Enjoy the chords.

Kord Gitar From FAMF Tower



Kunci Gitar dan Lirik Lagu Bukti - Virgoun (Easy Chords)

OST Surat Cinta untuk Starla



(Intro)
G D F C
Am G C D D


G D
Memenangkan hatiku
F C
Bukanlah satu hal yang mudah
Am
Kau berhasil membuat
D G
Ku tak bisa hidup tanpamu

Jumaat, Disember 22, 2017

Cara Buat Huruf Blok 4 x 7

Pernah dengar tentang huruf blok? Biasanya orang panggil huruf tiga lima (3 X 5). Ada yang terimbau kenangan buat huruf blok waktu sekolah dulu-dulu? Saya semasa di sekolah menengah pelajar art stream dan memang ambil subjek Pendidikan Seni. Bukan pandai sangat pun bab-bab seni ni. Tetapi nak cukupkan 9 subjek untuk SPM punya pasal heheheh. Jadi, familiar jugalah dengan huruf blok. Terutama sekali kalau buat tugasan poster. Mahu tidak mahu kena tahu cara-cara buat huruf blok. Senang untuk reka letak tulisan pada poster.

Sebelum ini, saya pernah tulis entri berkenaan huruf 3 X 5 dan cara-cara nak membuatnya. Sebenarnya 3 dan 5 merujuk kepada bilangan kotak yang kita gunakan untuk buat huruf. Dengan adanya kotak-kotak ini, lebih seragamlah huruf blok yang dihasilkan. Jemput baca mengenainya di sini - Cara Buat Huruf Blok 3 x 5

Selain ukuran 3 X 5, kita turut boleh membuat huruf blok dengan ukuran 4 X 7. Di bawah ini saya sertakan gambar sebagai panduan. Setiap huruf menggunakan 4 kotak melintang atau mendatar dan 7 kotak menegak kecuali huruf M dan W.

Rabu, Disember 20, 2017

Kopi Columbia Narino dan Kek Keju Uncle Tetsu

Hari ini bicara tentang kopi dan kek. Heheheh saya dan kopi memang sukar sedikit hendak dipisahkan. Kalau lama tak minum kopi, macam rasa ada yang tidak kena. Tak senang duduk dibuatnya.

Saya nak cerita tentang salah satu produk The Coffee Bean & Tea Leaf - Columbia Narino. Ada banyak seleksi kopi di The Coffee Bean & Tea Leaf. Antaranya Light & Subtle, Dark & Distinctive, Rich & Smooth, Flavoured, Decaffeinated, etc. Kopi Columbia Narino dari range Medium & Smooth. Adik bongsu saya, si Uje yang belanja 😃 Hoyeahhhhh!!! Kembang kempis hidung saya gembira dapat kopi! My blood type is coffee heheheh.

Selasa, Disember 19, 2017

Kuih Kasturi Frozen

Saya memang akan buat kuih kasturi apabila ada kesempatan. Kuih ini kuih kegemaran kami sekeluarga. Selalunya saya buat banyak-banyak dan simpan sebagai stok di dalam freezer. Jadi kuih frozen lah kiranya. Mudah kalau tiba-tiba teringin nak kuih untuk minum petang, tinggal nak digoreng je. 

Selain itu, sekarang ini Cekebon pergi hospital untuk dialisis pada sebelah pagi. Ini antara makanan yang saya bekalkan buat dimakan selepas selesai dialisis. Nak top up balik protein yang turut sama hilang dalam larutan dialisis semasa proses rawatan.


Chords Cinta Bukan Mainan - Mirwana (Easy Chords)

Kumpulan Mirwana memang antara kumpulan nasyid yang saya suka sejak awal kemunculan mereka sehinggalah sekarang. Antara lagu mereka yang popular - Aku Tanpa Cintamu, Hikmah Kembara, dan Andaiku Pergi. Lagu duet mereka bersama Fiq Mentor, Manifestasi Cinta pun best juga.

Buah tangan terbaru daripada Mirwana - Cinta Bukan Mainan. Not bad at all! Single terbaru ini dan music videonya dah released sekitar awal November yang lalu. 

Chords Cinta Bukan Mainan ini telah saya transposed ke C. Pada dasarnya kord lagu ini versi yang mudah cuma ada Bm. Tak jadi masalah. Bagi yang tak biasa dengan Bm tu, boleh cuba Bm seperti rajah di bawah ni ye.
Kredit


Jumaat, Disember 15, 2017

Centerpiece for A Birthday Lunch

Centerpiece ini untuk sambutan hari lahir yang saya ceritakan di entri ini. Mereka yang menempah ni bawa the birthday girls keluar makan tengah hari dan buat mini celebration. Jadi, kita tidak buat banner, birthday standee atau apa-apa yang besar. Cuma hiasan ringkas untuk diletakkan pada meja makan di sudut yang mereka dah reserved.

Memandangkan yang diraikan ada dua orang, saya buat centerpiece 2-in-1. Apa yang 2-in-1? Well, yang pertama, dua centerpiece kita combine jadi satu. Kalau buat 1 centerpiece seperti biasa, nanti apabila majlis selesai pening kepala pula nak decide siapa antara dua birthday girls yang akan bawa balik centerpiece. Makanya, saya hasilkan centerpiece untuk setiap seorang. Apa yang istimewanya, kedua-dua centerpiece ini boleh digabungkan dan kita display as one.

Kedua, centerpiece ini ada dwifungsi. Saya letak word search di atasnya supaya rakan-rakan yang hadir boleh cari nama mereka dan tanda atau bulatkan. So, it will be a great keepsake for the birthday girls as they could commemorate this sweet celebration and will not forget who were the attendees.

Tema hiasan ialah light blue, black and damask

Khamis, Disember 14, 2017

Resepi Jagung Bakar

Saya memang gemar sangat makan jagung. Tidak kiralah jagung rebus ke bakar atau panggang, corn in a cup (yummy yummmm),...atau yang dimasukkan dalam hidangan seperti cucur bilis dan jagung, coleslaw, lempeng jagung dan sayur asem - Semua saya suka!

Baru-baru ini, Cekengah bawa balik jagung manis. Beli daripada rakan sejawatnya. Cantik rupa paras jagung tu,...geram tengok! Harga pun berpatutan. Ada 3 bungkus, setiap satu bungkus ada 3 tongkol besar-besar. Puaslah untuk makan satu keluarga.

Kebiasaannya, saya suka rebus macam biasa untuk makan ketika minum petang. Jagung rebus lawan dengan kopi atau teh panas - nikmatnya! Tidakpun, kalau saya seorang and I want a quick simple corn treat, saya akan buat Jagung 4 Minit guna microwave.

Kita bersihkan jagung tu, tak perlu kupas pun kulitnya. Masukkan dalam microwave selama 4 minit. Cara ini lebih ringkas, lebih cepat sebab kulit jagung dan rerambutnya akan jadi mudah ditanggalkan. Sapu sedikit mmentega, tabur sedikit garam dan walllahhhhhhh,...sedia untuk dimakan. Ingin tahu lebih lanjut tentang Jagung 4 Minit, baca entrinya di sini. Ada panduan bergambar, senang untuk lebih faham cara-caranya.

Rabu, Disember 06, 2017

KPOP Theme Birthday Party

Susulan kepada entri KPOP Theme Birthday Party - Preparation. Tetapi, dalam entri terdahulu saya hanya tunjuk peringkat persediaan untuk buat hiasan bertema KPOP sahaja. Hari ini saya kongsi hasil akhirnya ya. Baru sekarang dapat import gambar-gambar untuk entri ini. Sebelum ini terperuk lama dalam folder di komputer, tak dan nak sort.

The Decorations for the Table

Tidak silap saya, sambutan ini merupakan birthday lunch yang diadakan di sebuah restoran. It was a party of 6 or 8, I can't recall. Jadi, saya tidak perlu sediakan hiasan untuk venue, cuma hiasan untuk meja makan mereka. 

Selasa, Disember 05, 2017

Photo Props - Movie Night

Tidak silap saya, saya dapat tempahan photo props ini sekitar April yang lalu. Tetapi, dek kerana terlalu sibuk, baru sekarang sempat dan berpeluang untuk buat entri. Kalau diikutkan banyak entri party planning dan kraf yang tertangguh. Ada yang 'tergantung sepi' dalam draf. Ada yang tak edit gambar lagi. 

Berbalik kepada photo props, tema photo props kali ini ialah 'Movie Night'. Tema Movie Night ini agak popular sebenarnya. Kerap juga jadi pilihan untuk keraian yang santai,...yang ringkas. Ada banyak idea-idea menarik yang kita boleh gunakan. Tidak semestinya kena buat tayangan filem/video. Tetapi kebiasaannya, alang apabila tema ini dipilih, pasti tayangan filem/video akan jadi salah satu agenda utama majlis. Barulah meriah!

Skop tema Movie Night agak luas. Kita boleh buat edisi belakang tabir (Behind The Scene) - director cone, film reels, clipboard, film strips,...semua yang ada kena mengena dengan kerja-kerja belakang tabirlah.

Di samping itu, kita boleh buat ala-ala tayangan premier atau Movie Day Out. So, ada popcorn, soda, air botol, kacamata 3D dan tiket wayang.

Jumaat, Disember 01, 2017

Disember | Maulud Nabi | Bookdoc Activ Platinum

Assalamu'alaikum.
1 Disember 2017.
Ada 31 hari je lagi untuk kita habiskan 2017. Saya masuk bulan 12 ni mulalah sibuk. Sebelum ni cuti sebulan lebih (sekejap je...tahu-tahu cuti dah habis!). So, now it's time to get back to work!

Apapun, buat kalian semua, selamat melakar bab dua belas untuk 2017. Moga-moga 31 hari yang akan datang ini penuh dengan cerita-cerita gembira dan bermakna. Dapatlah kita tutup 2017 dengan baik. Ada sebarang perancangan istimewa untuk bulan terakhir ni? Any occasion or celebration? Atau ada azam tahun ini yang masih belum tercapai? Sempat lagi nak dijadikan kenyataan 🌝