Resepi Jagung Bakar

Khamis, Disember 14, 2017

Saya memang gemar sangat makan jagung. Tidak kiralah jagung rebus ke bakar atau panggang, corn in a cup (yummy yummmm),...atau yang dimasukkan dalam hidangan seperti cucur bilis dan jagung, coleslaw, lempeng jagung dan sayur asem - Semua saya suka!

Baru-baru ini, Cekengah bawa balik jagung manis. Beli daripada rakan sejawatnya. Cantik rupa paras jagung tu,...geram tengok! Harga pun berpatutan. Ada 3 bungkus, setiap satu bungkus ada 3 tongkol besar-besar. Puaslah untuk makan satu keluarga.

Kebiasaannya, saya suka rebus macam biasa untuk makan ketika minum petang. Jagung rebus lawan dengan kopi atau teh panas - nikmatnya! Tidakpun, kalau saya seorang and I want a quick simple corn treat, saya akan buat Jagung 4 Minit guna microwave.

Kita bersihkan jagung tu, tak perlu kupas pun kulitnya. Masukkan dalam microwave selama 4 minit. Cara ini lebih ringkas, lebih cepat sebab kulit jagung dan rerambutnya akan jadi mudah ditanggalkan. Sapu sedikit mmentega, tabur sedikit garam dan walllahhhhhhh,...sedia untuk dimakan. Ingin tahu lebih lanjut tentang Jagung 4 Minit, baca entrinya di sini. Ada panduan bergambar, senang untuk lebih faham cara-caranya.

Resepi Mudah Jagung Bakar 

Sesekali jika ingin tukar selera dan mood terlebih rajin sampai,.. saya buat jagung bakar. Bakar atas gridle pan sahaja. (Boleh baca mengenainya di sini.) Saja nak feeling feeling buat grilled food during summer macam orang putih hehehe.




Resepi Mudah Jagung Bakar  

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 - 5 tongkol jagung
  • 3 sudu besar mentega/marjerin/minyak zaitun/minyak canola - bergantung kepada kalian. Jika ingin elak penggunaan mentega/marjerin, gunakan minyak zaitun atau minyak canola.
  • Beberapa sudu besar susu cair. Ini pun agak-agak sahaja, tidak perlu guna terlalu banyak. Cukup untuk beri rasa lemak pada jagung.
  • Sedikit parsley
  • Sedikit thyme
  • Garam secukup rasa



Cara penyediaan:

  1. Campurkan kesemua bahan di atas sehingga sebati. 
  2. Lumurkan/sapukan pada jagung. Jagung boleh direbus terlebih dahulu hingga lembut. Jika tidak mahu rebus pun tidak apa cuma biarkan lama sedikit ketika dibakar.
  3. Bakar jagung. Terbalikkan supaya jagung masak sekata dan tambah lagi sapuan pada jagung jika perlu.
  4. Setelah jagung masak, angkat dan hidangkan. Bagi yang suka, boleh tabur sedikit lagi parsley dan thyme supaya gabungan rasa kedua-dua herba lebih terasa.

Selamat Mencuba!


9 ulasan

  1. Sedapnya jagung bakar.. sapu sikit mentega pastu tabur garam.. Pergh

    BalasPadam
  2. bila tgk jagung bakar, terus sy tinga t ms kt mesir dulu. sy mati2 igt jagung bakar kt sn sm mcm kat sini. bla mkn, rs nk campak je kat muka penjual tu. keras gila! mcm nk tercabut gigi dibuatnya hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kihkihkih itu memang betul-betul bakar tuh! :D

      Padam
  3. sedapnya. lama sgt x makan jagung bakar ni

    BalasPadam
  4. Asalamualaikum..Etuza memang suka makan jangung rebus..ini cara barak pasti arumanya hebat

    BalasPadam
  5. rindu nak makan jagung sejak bergigi besi..Sabar Sal sabar..makan yang in a cup tu lepaslah. hehe

    BalasPadam
  6. kak farrah makan pape pon dgn kopi mmg umph..
    tp jagung pon ayu suke jugak.. dulu sllu beli jagung dlm cup tu..
    skgbt sndiri je kt uma
    sntiasa ade frozen corn tu

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.