Saya memang akan buat kuih kasturi apabila ada kesempatan. Kuih ini kuih kegemaran kami sekeluarga. Selalunya saya buat banyak-banyak dan simpan sebagai stok di dalam freezer. Jadi kuih frozen lah kiranya. Mudah kalau tiba-tiba teringin nak kuih untuk minum petang, tinggal nak digoreng je.
Selain itu, sekarang ini Cekebon pergi hospital untuk dialisis pada sebelah pagi. Ini antara makanan yang saya bekalkan buat dimakan selepas selesai dialisis. Nak top up balik protein yang turut sama hilang dalam larutan dialisis semasa proses rawatan.
Resepi Kuih Kasturi
Untuk inti
Bahan yang Diperlukan: (Gandakan adunan jika perlu)
- 1 cawan kacang hijau (Basuh, toskan dan kemudian rendam selama 1 - 2 jam sebelum direbus)
- 1/2 ke 3/4 cawan gula (Ikut cita rasa. Nak kurang manis, kurangkan sukatan gula ye. Memandangkan di rumah ini saya memang jaga kuantiti gula dalam masakan dan minuman, saya hanya letak 2 ke 3 sudu besar sahaja. Just nak bagi rasa manis-manis manja dan tone down kan rasa kacang hijau.)
- 1/4 - 1/2 cawan kelapa parut. Kelapa parut pun bergantung kepada selera. Jika tidak mahu letak pun tidak mengapa.
- Garam secukup rasa
Cara Penyediaan:
- Rebus kacang hijau hingga empuk dan mengembang.
- Apabila air mula kering, perlahankan api dan kacau selalu supaya bahagian bawah tidak hangus.
- Masukkan gula (jangan masuk banyak gula sekaligus). Nanti jadi terlalu manis pula. Setelah dapat rasa manis yang dikehendaki, masukkan garam dan kacau lagi hingga semuanya sebati. Tunggu sehingga adunan inti kembali kering, kemudian matikan api. Sejukkan inti.
- Setelah inti sejuk dan boleh dikepalkan, masukkan kelapa parut. Gaul hingga sebati. Kemudian bentukkan bulat-bulat.
Untuk kulit/salutan luar.
Bahan yang Diperlukan: (Gandakan adunan jika perlu)
- 3 sudu besar tepung beras
- 5 sudu besar tepung gandum
- 1/4 sudu besar garam
- 1/2 sudu besar margerin
- Sedikit serbuk kunyit
- Air secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaan:
- Campurkan semua bahan-bahan di atas (kecuali minyak) dan gaul sebati dengan air sedikit demi sedikit hingga membentuk adunan yang boleh menyalut kuih yang telah dibentukkan tadi. (Jangan terlalu cair)
- Goreng sehingga kekuningan.
- Sedia untuk dimakan!
Untuk buat kuih kasturi frozen, saya tidak goreng kuih sehingga masak sepenuhnya. Cuma goreng sekejap sahaja. Agak-agak sehingga tepung salutan bertukar warna dan kita dapat bentuk kuih yang tetap, yang tidak fragile.
Kali ini, untuk tepung salutan, saya ubah sedikit versi asal. Pada saat-saat akhir nak menggoreng baru perasan tepung beras habis. Jadi, bancuhan kulit luar, saya gunakan tepung gandum sepenuhnya.
Sebelum digoreng di dalam kuali, kacang hijau yang telah direbus dan dibentuk menjadi bulat, saya salutkan sekata dengan tepung jagung. Salutan nipis je tetapi biar cover keseluruhan kuih. Kemudian, kuih yang sudah bersalut tepung jagung dicelup ke dalam bater adunan lantas digoreng. Tujuannya, (i) nak dapatkan tekstur yang rangup sedikit untuk kulit luar dan (ii) supaya tepung adunan tu melekat cantik pada kuih, tidak ada bahagian yang tertanggal/terdedah ketika digoreng.
Beginilah rupa kejadiannya. Tidak perlu goreng sehingga betul-betul masak. Asalkan tepung tu dah set dan tidak soggy sudah memadai. Setelah sejuk, susun dalam plastik/ziploc bag. Simpan di dalam freezer.
comel2..
BalasPadamsenang nak makan :)
PadamAkak pulak, masak sekali kelapa parut tu. Air rebusan dah hampir kering, baru akak masukkan kelapa tu.
BalasPadamBatter dia pulak, akak sekarang memang gunakan tepung gandum tapi akak masukkan sikit gula pasir. Ini untuk buat frozen la. Kalau guna tepung beras, nanti kulit tu agak keras. Kalau guna tepung gandum dan gula, ia jadi rangup masa panas.
Oh, kelapa parut tu masuk sekali ye. Thanks, kak bagi tips berguna nih. Nanti next batch nak cubalah :)
Padamoooo. ni dipanggil kuih kasturi pula ....
BalasPadamkitorang sekadar panggil kuih kacang hijau saja...
balik2 saya check bahan bahan tu, manalah kasturi nya ni ...
sedap ni makan sewaktu panas2 ....
Dulu masa kecil saya panggil kuih kacang lenyek je, Mrs Pip heheeh ada tempat panggil kuih kasturi, ada yang panggil kuih kacang je :)
PadamTQ SUDI KE BLOG AKAK... DTG TERJAH BLOG FARRAH JUGA... MERIAHNYA BLOG FARRAH...BEST..
BalasPadamThanks,sis sudi balas kunjungan. Ala blog sis pun apa kurangnya :) Insya Allah ada kesempatan saya terjah lagi ye.
Padamsedap sedap... tp skang ni Msred pantang takleh makan kacang... sob sob..
BalasPadamoh kena pantang ye. takpe Msred...pantang dulu ye....bertahan...bertahan..
Padamsy suka kalu buat kuih ni ada yg terhanget sket tu... sedap... 😆
BalasPadamYesss,..tang kacang hangit tu yang sedapppp :)
PadamRajinnya buat frozen. Senang nak makan je ambil goreng kan. Terbaik lahh ^^
BalasPadamConvenient. Lagi-lagi time lapar hahahah
Padamtak pernah buat.tp saya memang suka kuih tradisional gini.semalam buat lepat.boleh try resepi ni
BalasPadamAkak pun suka lepat tapi malas buat lepat. Lepat ubi ada Sal? Hantar sini sikit...
Padamtak suke kuih ni?
BalasPadamsebab dia kacang hijau..
hahahah