Countdown 2021 - Planner dan Jurnal 2021

Isnin, Disember 21, 2020

Tinggal kurang lebih sepuluh hari lagi kita akan sambut ketibaan tahun baharu. Teruja tak nak melangkah ke 2021? Yelah, 2020 banyak perkara yang tidak terduga berlaku, banyak aspek kehidupan kita berubah dan perancangan-perancangan yang tertunda atau terpaksa dibatalkan. Tentulah tahun baharu ini kita harapkan sinar yang lebih baik dan menjanjikan sesuatu yang positif. 

Secara peribadi, saya memang tidak sabar nak tutup 2020 dan mulakan 2021 dengan lebih tenang, lebih bersedia. Seperti biasa, apabila sebut pasal tahun baharu, tentu akan terfikir  tentang planner, buku catatan, jurnal atau diari.

Siapa yang sudah miliki planner untuk 2021? Tidak kiralah jenis apa, berjenama atau tidak. Ada segelintir teman-teman saya yang kononnya hendak mogok. Tahun ini tak mahu ada planner sebab selagi ada wabak Covid-19 di sekeliling kita, keadaan tetap tidak terduga. Jadi, tiada gunanya merancang apa-apa. Buat bazir ada planner kata mereka 😁

Di pihak saya, keterujaannya tetap sama seperti tahun-tahun terdahulu. Tetapi saya tidak beli planner baharu, sebaliknya saya akan gunakan buku catatan yang ada dalam simpanan untuk dijadikan jurnal dan planner 2021.

Sebahagian daripada jurnal, planner dan buku catatan saya. Kebanyakannya pemberian adik-adik yang arif benar dengan kakaknya yang hantu kertas. Saya ni jenis old school, suka tulis-tulis berbanding guna aplikasi di telefon. 

Biasanya saya perlukan dua buah buku. Satu sebagai planner, catat semua tugas nak kena buat, peringatan penting, benda nak kena beli semua tulah. Satu lagi sebagai jurnal untuk catatan lebih santai - ada something interesting yang berlaku dan berbaloi untuk diingati ke ... jumpa inspiring quotes ke .... 

Ini tiga pilihan teratas saya.

Natixis, BlackRock dan KWSP

Buat masa ini, saya lebih gemar planner atau buku catatan yang simple. Janji ada banyak ruang menulis. Tidak perlu yang fancy-fancy dengan quotes, jadual itu jadual ini, ruangan azam atau target bagai. Sebab nanti saya akan hias ikut kesesuaian penggunaan saya sendiri. 

Banyak ruang untuk menulis 🤗

Monthly spread pun tidak bertarikh. Saya suka buku-buku begini sebab boleh guna bila-bila, mana-mana tahun. Kalau yang ada tahun tertentu, bila tukar tahun baharu dah tak relevan untuk digunakan. 

Libresse Journal

Dalam gambar pertama, jurnal berbunga-bunga ‘LOOK WITHIN YOURSELF’ tu dapat secara percuma dengan pembelian Libresse dua tahun lepas. Sampai sekarang tak guna lagi.

Ini bahagian dalamnya. Cantik juga. 😊 Rasanya boleh guna untuk jadi salah satu buku brain dump saya. Nanti saya cerita tentang brain dump book dalam entri yang berbeza, ya.

Kalian pula bagaimana? Suka planner yang banyak features menarik atau yang simple? Planner beli sendiri, dapat secara percuma atau guna tahun-tahun lepas punya macam saya?



16 ulasan

  1. aida xde planner personal, farrah.
    byk guna phone & kalendar besar kat rumah.
    note byk benda semua kat kalendar. senang refer.
    utk office, memang akan dpt diari rasmi.
    pending dpt tu, aida akan maintain guna diari tahun ni, just masukkan kertas kosong.

    kagum dgn friends yg pandai guna planner.
    aida x brape mahir. pernah ada, tapi tak digunakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kena ada planner Aida. Sebab saya ni otak berlapis cepat hilang fokus pula tu hahaha Jadi, ada planner ni nampak jelaslah apa yang kena buat, nak jumpa siapa, beli apa 😂😂😂

      Padam
  2. Saya suka kosong, suka hati untuk tulis apa-apa.
    Apapun saya dapat planner 2021 secara percuma. Alhamdulillah akan dirasmi nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah. Yang kosong senang untuk kita guna ikut kesesuaian kita. Tahniah, NA. Cantik planner 2021 NA, tengok kat blog tempoh hari.

      Padam
  3. saya suka yg jenis kosong... senang nk conteng... x terikat dgn tarikh... utk benda penting lebih suka tulis kat kalendar je... utk thn 2021 sambung lg yg thn ni punya sbb x byk guna pun.. hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kan... guna balance 2020 pun bagus juga. Daripada terbiar kosong sepi 😊

      Padam
  4. Xpernh ada planner.. Slalu juga tgk kwn2 share planner masing2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana tahu nanti satu hari mama tisya nak berjinak-jinak dengan planner pula😊

      Padam
  5. lawanya planner kak farah ekin xde lagi untk tahu 2021 hahaha... sbb jarang guna tu xbeli.. banyak guna buku biasa2 nak tulis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guna buku biasa pun OK je, Ekin. Janji boleh tulis-tulis, kan 😊

      Padam
  6. Ai pun tak suka yang terlalu fancy dan terlalu simple.

    BalasPadam
  7. dulu wak suka juga ada planner yg kecil panjang tu.. tiap2 tahun beli.. tp lama2 xleh nk keep up.. skrg updet blog je la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak orang advanced ... update kat blog. Saya ni kadang-kadang saya ada blog pun saya lupa hahah

      Padam
  8. wahhh cantik2 planner nya... mmg jenis yg x bleh gn planner mmg ke laut dlm nnt...x tulis apa2 pun hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pula jenis kalau tak tulis apa2 tu yang jadi ke laut haahhah

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.