Siapa penggemar hidangan daging lada hitam? Hari ini saya ada resepi mudah untuk menyediakan hidangan ini. Saya kalau buat daging lada hitam, memang akan letak hirisan cili api. Pedas pijar lada hitam lawan pula dengan hirisan cili api, memang berasap hidung dan telinga dibuatnya. Cili api ini sekadar pilihan ya. Jika tidak tahan pedas, tidak perlu letak.
Biasanya jika masak hidangan daging lada hitam ini, saya akan padankan dengan menu pak choy celur sahaja. Sedap berganda!
OK, mari intai resepinya di bawah.
Resepi Daging Lada Hitam
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1/2 kilogram daging, dihiris nipis
- 1 biji bawang besar atau 3-5 biji bawang merah dihiris
- 3 ulas bawang putih dihiris
- 2.5 cm halia dihiris atau diparut (Saya biasanya parut kerana saya simpan halia di dalam peti dingin beku untuk elakkan cepat rosak. Baca mengenainya di sini.)
- 1/2 batang lobak merah dihiris bulat
- 1 - 2 sudu besar kicap pekat
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 1/2 - 2 sudu besar serbuk lada hitam
- sedikit air untuk kuah
- 1 sudu besar tepung jagung yang dilarutkan dengan sedikit air
- minyak masak secukupnya untuk menumis
- garam jika perlu
Bahan-bahan cadangan untuk hiasan:
- hirisan cili api
- hirisan daun sup dan daun bawang
- buah tomato dibelah empat atau enam bahagian
- bawang goreng
Langkah-langkah penyediaan:
- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dihiris sehingga naik bau.
- Masukkan daging dan goreng seketika sehingga masak dan lembut.
- Setelah daging masak, masukkan kicap pekat, sos tiram, lada hitam dan sedikit air. Biarkan semua bahan masak sekata. Perasakan dengan garam jika tidak cukup masin.
- Seterusnya, masukkan air bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
- Sedia untuk dihidangkan. Taburkan dengan bahan hiasan mengikut cita rasa.
Ada kalanya, saya akan masukkan hirisan tomato lebih awal bersama kicap dan sos tiram supaya tomato jadi lembik dan menambahkan rasa masam-masam pada hidangan. Selain itu, boleh juga masukkan hirisan kentang yang telah digoreng. Kentang dipotong nipis bulat-bulat dan digoreng terlebih dahulu. Barulah dimasukkan ke dalam hidangan daging lada hitam yang disediakan.
Inginkan hidangan yang lebih beraroma? Apabila kuah mula memekat, masukkan dalam satu sudu besar minyak bijan dan kacau hingga sebati.
Selamat mencuba!
Sedappp ni.. chinese style menu.. pakchoy celur pastu tofu telor.. perghhh
BalasPadamFuh, siap tofu telur! Memang ngam sangat tu!
PadamSuka daging lada hitam, selalu letak kacang pis dan kentang.
BalasPadamTerima kasih bagi tips minyak bijan.
Yumms! Kacang pis dan kentang, gabungan terbaik untuk daging lada hitam 😊
PadamCantik juga dressing cili api ditabur.
BalasPadamSedap daging masak Black pepper.
Sesekali berdaging black pepper memang syiokkk! 😊
Padamlamnya tak makan dan masak.. terus nk mkn hehe
BalasPadamSila sila. Nanti time nak menyuap tu, layangkan ingatan pada akak ye heheh
Padamsedap nyer.
BalasPadamtapi, lada hitam da pedas, farrah masukkan cili api lagi?
aduhai :) boleh nangis ni time makan ha ha ha ah ha...
Hehehe saya memang suka pedas, Aida. Lagipun, cili saya tu yang jenis besar-besar. Bukan cili burung. Pedas dia manja-manja je 😊
PadamSedapnya.. Ai tak masak ni tak letak cili api dah. Pijar lidah.
BalasPadamAkak time ni teringin pula nak pijar + lahar hahahah
Padam