Roti Bakar Gulai Lemak Cili Api Daging Salai

Rabu, Disember 16, 2020

Dalam pada sekarang ini sibuk tular, sana sini orang bercakap tentang Daging Harimau Menangis Aunty Tini Kitchen, produk keluaran ibu kepada Neelofa, saya tiba-tiba teringin hendak makan daging salai. Ada antara kalian yang sudah cuba produk daging harimau menangis tu? Disebabkan saya dalam fasa mengidam daging salai, saya tak pandang dah harimau menangis ke singa menangis ke... hahaha. 

Adalah beberapa teman yang sudah cuba. Cekengah dan Cekebon pun dah merasa. Tempoh hari sewaktu berbual dengan mereka di telefon, bukan main lagi Cekengah bercerita mengenai menu daging harimau menangis yang disediakan. Baca review di internet, ramai yang berpendapat daging harimau menangis tu biasa-biasa saja. Selera orang lain-lain. Lagi pun, itu dikira produk frozen yang dihasilkan dalam skala besar. Mana hendak sama autentiknya dengan hidangan segar yang disediakan from the scratch, kan?

Eh, panjang pula membebel tentang daging harimau menangis! Balik kepada cerita daging salai saya. Dalam pada teringin daging salai, saya tak berusaha pun pergi cari. Jauh lagi nak pergi menyalai daging. Huhuhu... Kali terakhir menyalai daging adalah dalam lima tahun dahulu, sewaktu saya belajar buat acar buah daging salai. Cara mudah membuat daging salai (non-traditional ways) saya kongsi di bawah.

Alhamdulillah, ada seorang kenalan menelefon dan tanya saya makan daging salai tak. Dia nak bagi. Pucuk dicita ulam mendatang. Rezeki saya dapat satu bekas besar. Buka je bekas tu, semerbak aroma daging salai terjah deria bau. Yum yumms! Hidangan pertama yang dibuat tentunya gulai lemak cili api daging salai. Puas saya dan Bott makan. Siap ada lebih lagi.

Lebihan gulai lemak daging salai saya dimanfaatkan sebaiknya. Buat hidangan minum petang. Bakar roti, kemudian cicah dengan kuah gulai. Sedap! Tekstur garing roti yang soggy sedikit selepas kena rendam dalam kuah memang mengancam! 


Cara Mudah Menyalai Daging

Saya biasa gunakan dua cara di bawah. Yang pertama menggunakan air fryer manakala yang seterusnya menggunakan kuali leper (frying pan).

Daging Salai menggunakan air fryer.

  1. Bersihkan daging. Potong daging kepada ketulan-ketulan berbentuk dadu. Jangan dihiris nipis terlebih dahulu.
  2. Bakar dalam air fryer dalam tempoh 20 - 25 minit. Bergantung pada jenis air fryer dan portion daging. Tetapi, setiap 7 ke 8 minit, balik-balikkan daging supaya pembakarannya sempurna.
  3. Apabila sudah masak, barulah daging dihiris nipis-nipis sebelum diolah menjadi hidangan lain.

Daging salai menggunakan kuali leper.

Versi yang ini sedikit berbeza. 
  1. Bersihkan daging. Potong daging kepada ketulan-ketulan berbentuk dadu. Jangan dihiris nipis terlebih dahulu.
  2. Gaulkan daging dengan sedikit serbuk lada hitam atau lada putih dan garam secukupnya.
  3. Masak di atas kuali leper. Tidak perlu guna minyak. Balik-balikkan daging sehingga daging masak sekata.

Saya pernah cuba menggunakan kedua-dua kaedah ini. Bagi saya, jadi daging salainya 😊

16 ulasan

  1. Itu sebab tidak terpengaruh sangat yang viral sebab tahu citarasa orang lain-lain.
    Wah buat cara berbeza untuk salai daging.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Kadang2 yang viral ni banyak indah khabar dari rupa.

      Cara salai daging yang lebih mudah, tapi hasilnya tidaklah seautentik daging salai tradisi 😊.

      Padam
  2. PH teringin nak cuba spaghetti dengan masak lemak daging salai :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun sama, Puan Hazel. Pernah nampak kat tv, tempting sangat!

      Padam
  3. Rezeki benar tu..teringin je terus dapat depan mata 😆 Alhamdulillah

    BalasPadam
  4. Tak pernah cuba lagi daging harimau menangis sebab jenis kurang makan daging. Tapi daging salai masak lomak cili api, tak leh bawa bincang kalau teringin. Sedap! Lagi lagi daging salai tu guna arang. Bau aroma asap tu yang best tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuhhh! Yg pakai arang tu kan memang kawww. Rasa smokey daging tu mengancam!

      Padam
  5. itik salai pon wak x makan.. huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya suka itik salai, wak. Tapi susah nak cari 😊

      Padam
  6. mudahnya nk salai skrg ni guna air fryer.. daging harimau menangis tu memang sedap tp sos nya kalau jenis tak tahan pedas memang menangis

    BalasPadam
  7. aida pun x pernah makan lagi daging rimau tu.
    tak dpt nak komen. sebabnya,bukan tak nak cuba, anak2 tak makan daging sgt, farrah.
    kalau beli, hmmm tak laku!
    and aida pernah salai daging dlm air fryer. boleh la, menjadik jugak :)
    tapi tu la sekali. pastu beli aje kat kedai frozen ha ha ha ha...
    malas sungguh kan? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe tak malas. Bijak menggunakan peluang gitu 😊

      Padam
  8. nampak sedap... tp kalau tggu sy buat entah bla laa menjadinya hahahaha

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.