Assalamu'alaikum,
Hari ini saya nak kongsi gift ideas menggunakan bingkai gambar. Bingkai gambar sebegini, yang ada banyak bingkai yang dicantum sekali, boleh didapati di Ikea dan Mr. DIY. Harga agak berpatutan bergantung kepada jenis dan design. Tidak silap saya, Bott beli bingkai ini bawah RM30.00 di Ikea.
Buat apa dengan bingkai gambar ini? OK, bingkai gambar di atas sebenarnya bukan saya yang buat. Ini hasil kerja tangan Bott. Bersungguh-sungguh dia menyelongkar barang-barang saya dalam bilik kraf untuk siapkan benda ni. Dia nak hadiahkan kepada seseorang sebagai hadiah hari lahir. Jadi, dia beli bingkai, hias dengan Japanese theme untuk dijadikan sebagai memo board. Kiranya ini hadiah 2-in-1. Birthday card a.k.a birthday frame dan memo board sekali untuk tulis peringatan, to do list atau to buy list. Oh, jika nak tengok DIY Birthday Frame - Bingkai Hari Lahir, klik di sini.
Since kita nak jadikan memo board, bersama dengan bingkai gambar ini perlu hadiahkan sekali whiteboard markers, duster kecil dan sticky note pads. Jadi, si penerima akan ada pilihan. Boleh tulis terus ke atas permukaan bingkai guna whiteboard marker atau guna sticky notes dan tampal.
Bingkai gambar di atas ada lapan slots. Jika hendak hias dan buat memo board mengikut hari pun boleh. Satu hari satu bingkai, slot ke-8 letaklah gambar keluarga. DIY bingkai gambar ini sesuai untuk dijadikan bukan sahaja hadiah hari lahir, tetapi hadiah hari guru, hadiah perkahwinan atau untuk teman yang masuk rumah baharu. Tetapi, kalau kawan tu rumahnya ada tema tertentu, kalian risik-risik terlebih dahululah ye. Mudah sikit nak hias frame tu ikut tema nanti.
Sebelum ini, saya pernah kongsi hiasan sudut al-Quran di rumah saya menggunakan bingkai gambar banyak-banyak begini.
Inginkan lebih inspirasi? Lihat gifts ideas lain di sini.
Muat naik hasil kreativiti anda di Instagram. Gunakan hashtag #famftowercrafts di Instagram (dan boleh juga tag saya @faidamf) untuk sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini. Anda berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada saya :)
Belum pernah buat cara begini.
BalasPadamMenarik untuk hias dinding dengan tema.
Betul. Ikut tema ruang 😊
Padamnice gift ideas
BalasPadam😊😊😊
Padamsangat cantik...wpn ringkas.saya sukaaaa ;-)
BalasPadamSaya suka tahu Anies suka 😂
Padam