DIY Bingkai Hari Lahir | Birthday Frame

Jumaat, Februari 03, 2017

Idea buat birthday frame sebagai menggantikan kad hari lahir ni datang apabila saya pergi shopping di IKEA. Pergi kat bahagian frame sebab ada projek party planning. Puaslah saya membelek pelbagai jenis bingkai yang dijual di sana. Mahal, murah, plain, cantik berukir,...pilih sahaja mana yang berkenan.

Then, I came across LIMHALL frame. Tak silap saya harganya hanya RM2.90/sebuah. Saiz just nice. Sedang-sedang aja. Masa nilah terfikir, why not,..instead of buat kad hari lahir, kita buat bingkai hari lahir. Selain berfungsi sebagai kad ucapan, boleh juga jadi hiasan. Adalah kelainan sedikit 😁

Untuk buat birthday frame, boleh dikatakan bahan utama yang diperlukan HANYA frame gambar. Selebihnya, bergantung pada kalian nak hias bingkai tersebut mengikut tema/barang-barang yang ada.

Seperti di bawah ini, saya nak buat ala-ala buntings + ala -ala memo board. Jadi, saya sediakanlah bahan-bahan berkenaan yang dirasakan sesuai (yang ada dalam stok barang-barang kraf saya).



Mula-mula, saya potong cork board nipis mengikut saiz bahagian dalam bingkai. Kemudian, saya letakkan baker's twine sebagai tali yang akan 'memegang' hiasan-hiasan yang lain. Dah siap dasarnya, bolehlah lekat dan tampal hiasan-hiasan di atas cork board tu.

Beginilah rupanya bila dah siap. Saya hanya guna beberapa keping gambar, sentimen Happy Birthday, chipboard embellishment berbentuk hadiah, sentimen LOVE menggunakan rubber stamps dan beberapa pelekat mini flags. Rasa-rasa dah berpuas hati dengan susun letak hiasan-hiasan, masukkan ke dalam bingkai gambar. 


Waaalaaahhhh! Siappppp!



Alternatively, if you're not into hiasan-berat-sarat-bikin-pusing-kepala-nak-buat, you can opt for a simpler version. Bingkai hari lahir di bawah, saya buat dengan dua keping kertas kraf yang mengandungi quotes (jika tiada, boleh saja cari di internet. Cetak.) dan gambar si penerima. Potong, adjust, tampal, DONE!


Mudah kan?! Selamat berkraf!


Muat naik hasil kreativiti anda di Instagram. Gunakan hashtag #famftowercrafts  di Instagram (dan boleh juga tag saya @faidamf) untuk sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini.  Anda berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada saya :)

18 ulasan

  1. cantikla kak. bila tah kite nak rajin. hehe

    BalasPadam
  2. kreatifnya, nampak vintage sangat!

    BalasPadam
  3. cock board tu kalu kat kedai dia juga sekeping2 ke?

    BalasPadam
  4. eheeem.. lagi beberapa bulan ni kak ehem ehem..

    BalasPadam
  5. Ada gak beberapa kali pegi ikea tp x penah stop kat bhgn frame ni..g beli magnet board jek x pun tupperware or bekas kaca

    BalasPadam
  6. Best lak pegi ikea ni sbb harga brg not bad

    BalasPadam
  7. Harga barang kat daiso dah naik kan dari rm5.30 ke rm5.90 😭

    BalasPadam
  8. Simple tp kena rajin..buat tuk sis JM satu 😜

    BalasPadam
  9. Wahh rajinnya kak farah sangat simple dan menarik

    BalasPadam
  10. terbaik !
    beri aida idea utk hadiah hari guru anak2 nanti, farrah.
    at first nak buat bookmark. tapi tgk what have u done here, frame, menarik !!!
    masalah nyer bila tahun aida nak ke ikea ni ?!

    BalasPadam
  11. kalau ada semua bahan tapi tangan kayu mcm ayu ni xjadi gak kak farrah,,,
    hahahha bile tah tangan nak start krafting... jahit pon dah berhenti da nia

    BalasPadam
  12. no komen kalau bab kraf dan si pembuatnya akak .

    BalasPadam
  13. memang terbak mudah , tapi dah kalau tangantu kayu , buat lah macam mana pon gitu la jugak, tak jadik

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.