Photo Accordion Card
Khamis, Mac 07, 2019
Assalamu'alaikum. Apa khabar semua? Lama saya tak jengah blog ni. Sibuk memanjang. Asyik tak cukup masa. Makanya, update blog dalam mimpi jelah. Bangun pagi dengan harapan memang betullah ada terbitkan entri, hampa. Hahahah.🤣
Hari ini punya sedikit kelapangan. Jadi, nak tunjukkan kad kotak bergambar yang saya panggil Photo Accordian Card.
Apa istimewanya Photo Accordian Card? Kad ini boleh letak banyak gambar. Ala-ala macam buat kolaj/scrapbook. Kenapa pula dipanggil accordian card? Sebab bahagian dalamnya yang berlipat-lipat seperti alat muzik accordian.
Inilah rupa luarannya. Kad kotak ini, panjang lebar dan tingginya lebih kurang macam saiz kotak pen. Dapat gambaran? Seperti biasa, apabila cuba buat kad design baharu, saya akan pilih warna hitam putih. Tema kad - butterfly. Ini kad hari lahir yang saya buatkan untuk rakan pejabat Cekengah yang dah jadi adik angkat saya. 😀
Photo Accordian Card |