Jedi Inspired Birthday Card

Selasa, Februari 06, 2018

Hujung tahun lepas, kami sekeluarga buat mini celebration sempena hari lahir adik bongsu saya di Makan Kitchen. Buat tema Starwars. (Jemput baca mengenainya di sini.) Demi nak menepati tema, kad birthday pun kenalah ada kena mengena dengan Starwars kan,..😃

Pada mulanya saya ingat nak buat card in a box. Lihat contohnya di sini. Dah bayang dalam kepala dah elemen-elemen Starwars tercacak-cacak keluar dari kotak. Tetapi, apabila difikir-fikir balik, saya dah biasa buat card in a box. Boringlah pulak hehehe. Sambil cari-cari pasal Starwars, tiba-tiba ternampak imej costume jedi ni. 

Credit goes to the original owner of the image.

Tinggggg! 💡💡💡 Buat jedi inspired card lah! Menarik juga kan? Untuk bentuk kad, saya gunakan template kad kimono seperti di bawah ini. Saya buat kad bersaiz A4 supaya cukup besar untuk ditegakkan di atas easel. Jadi, template di bawah saya bahagikan kepada 3 kertas A4 - bahagian badan, lengan kanan dan lengan kiri. (Jika dicetak atas sekeping kertas A4 sahaja pun tidak ada masalah, cuma setelah dilipat saiznya akan jadi kecillah.)

Kredit



Inilah hasil akhirnya. Kad jedi yang telah siap.


Saya gunakan kad berwarna cream, berat 230gsm sebagai base card. Kemudian, saya tampalkan kertas kraf berwarna di bahagian hadapan dan belakang kad supaya jadi jubah bahagian luar. Bahagian tali pinggang dan jalur pada bahagian leher pula saya gunakan cloth sticker baldu berwarna coklat. Adalah kepelbagaian tekstur pada kad tu. Buat light saber (Personally, saya paling seronok buat light saber. Plus, light saber saya ini guna kertas skrap dan bahan-bahan terpakai sahaja 😆), sentimen 'JUST FOR YOU',  'Happy Birthday' and we are done! Alhamdulillah, kad 'cukup kuat' segagah jedi untuk berdiri atas easel.


Ini pula hiasan bahagian dalam kad. Saya guna foil stickers dan chipboard embellishment. Ada ruang yang luas untuk kami sekeluarga tulis birthday wishes buat Uje. 



Berminat buat kad ucapan sendiri? Intai Bilik Kraf | DIY.


21 ulasan

  1. Kreatifnya kak Farrah!! Tak terjangkau akal fikiran kalau Siqah nak buat kad DIY. Suka suka!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa-biasa aje, Siqah. Nak kata pandai dan kreatif tu tak lah sangat hehehe

      Padam
  2. nice nice. sangat kreatif but im not a fan of star wars huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun tak pandai nak minat starwars hihihi

      Padam
  3. woaaaah woaaah.. tengok gambar boleh terus jadi kad eh kak.. kalo suruh CT tu hahah kesian orang yang sambut birthday. kad kemana birthday kemana =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. I still owe you kad birthday kotak cornflakes kan,..

      Padam
  4. Patut taruk quote, "You're my brother, Anakin, I love you". Antara dialog Obi Wan paling famous. Anakin tu tukar nama adik kak Farrah. Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Idea yang sangat bernasss! Next time kalau buat theme ni lagi, akak ambik idea Sal eh. Muahhhhhh!

      Padam
  5. Balasan
    1. Ada je tak cantik. Kena lanting,..tak masuk blog hahaha

      Padam
  6. serius cantik.. bilah Firah nak merasa dapat kad spesel cam ni... ehhh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah, ada rezeki nanti akak buatkan untuk Firah sekeping ye :)

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.