Pertama Kali Merasa Bika Ambon

Khamis, Februari 08, 2018

Pernah dengar tentang Bika Ambon? Bika Ambon ini sejenis kuih yang popular di Medan, Indonesia. Kuih ni sebenarnya bingka cuma di sana bingka dipanggil bika. Jika dilihat tekstur bingkanya berlubang-lubang seperti kuih sarang semut atau kek gula hangus.


Sebelum ini saya belum pernah berpeluang untuk merasa bika ambon. Adalah suatu masa dahulu cuba nak buat bika ambon sebab teman saya di Indonesia beri resepinya. Mula-mula bukan main semangat! Once dah tengok resepinya fikir banyak-banyak kali. Dari segi bahan- bahan yang diperlukan tidak jadi masalah sangat. Bahan-bahan biasalah:- tepung gandum, tepung ubi, gula, santan, air kelapa, yis dan bingka ini menggunakan kuning telur yang banyak.



Proses membuatnya tu yang buat saya menung sekejap. Saya ini spesies kurang rajin. Kalau resepi sesuatu hidangan itu memerlukan banyak langkah-langkah penyediaan, mulalah rasa malas saya datang bertimpa-timpa 😝. Tidak silap saya kena tanak santan, kemudian kena peram dua hingga tiga jam, sudah tu bakar api bawah dulu, then seterusnya bakar pakai api atas sahaja,...semasa bakar tu pula oven kena senggak dengan lidi supaya pintu terbuka sedikit. Mungkin bagi yang rajin dan punya tahap kesabaran tinggi akan anggap perkara ini mudah. It's a NO-NO for me. Silap-silap by the time saya habis peram, saya dah hilang minat nak sambung buat kuih ni hehehe. Maka, terbantutlah hasrat saya nak makan bika ambon ni. Siap pesan pada diri sendiri, pergi Medan nantilah makan bika ambon puas-puas.

Alhamdulillah, rezeki saya. Tak perlu ke Medan untuk nikmati Bika Ambon. Bika Ambon Medan yang datang pada saya. Bika Ambon ini dibuat sendiri oleh Kak Triani semasa pulang bercuti di Medan. Dapatlah saya merasa.

Pertama kali merasa bika ambon - enaknya. Lemak-lemak. Manis tak terlalu manis, sedang-sedang sahaja. Kena dengan selera saya. Sesuai buat cicipan. Bika ambon yang menjadi, teksturnya akan kelihatan berlubang-lubang/bersarang seperti dalam gambar di atas. Sekarang ni macam-macam perasa bika ambon yang orang buat - durian, keju, pandan, coklat. Yang saya dapat ini yang asli, original punya.

Ada di antara kalian yang pernah makan atau buat kuih bika ambon ni?

24 ulasan

  1. sy mmg suka bika ambon ni. x bleh mkn sikit hahaha...sm mcm kuih gula hangus...waduhhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. waduh waduh waduhhhh
      tapi kan kalau suruh pilih antara bika ambon dgn gula hangus,...saya lagi suka gula hangus :)

      Padam
  2. Tak pernah makan.. Baru first time tengok..

    BalasPadam
  3. Tak pernah try lagi, nampak sedaap.

    BalasPadam
  4. kalau tengok gambar terus tadi ingat butter cake hehehe.. bika ambon pernah dengar tapi dok penah rasa. akak jangan dok makan manis banyak sangat =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. alololo sweetnya dia. ok, tak makan manis banyak,...senyum manis je banyak ;)

      Padam
  5. tak pasti pernah makan ke tidak. makan je tak pernah tanya nama kuih. haha. tapi biasa kalau nak membuatnya rumit mesti sedap. kalau kak Farrah pun malas, saya apatah lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. kahkahkah kelakaula Sal nih...akak memang kalau complicated camni surrender. Tak pe,..kita jadi tukang makan je cukuplah kan :)

      Padam
  6. hahaha, dengar proses nak buat pun jadi letih. tak sempat nak buat lagi. huhu.

    hahaha murah rezeki akak tu, ada orang bagi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheheh betul tu, belum buat dah letih ;)
      Alhamdulillah, ada rezeki merasa bika ambon tanpa perlu struggle utk buat.

      Padam
  7. uihh mcm dpt bayang rasa dia cmne...
    ok bukan taste ayu
    tp yela mmg nampak mcm kek gula hangus kan

    BalasPadam
  8. sama la kita.
    yg susah nak buat, byk steps, aida boh layan ajer.
    kang penat buat, tapi tak menjadik :(
    and aida x pernah rasa bika ni, farrah. jakun skit.
    mcm rasa kek gula hangus ker?

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.