Bayar untuk harga barang lebih daripada yang sepatutnya? Sebenarnya perkara ini kerap berlaku sama ada kita sedar ataupun tidak. Lagi-lagi kalau kita pergi beli belah di pasar raya besar.
"Bukan ke juruwang dekat pasar raya tu pakai alat pengimbas? Macam mana pula boleh kita terlebih bayar?"
Betul. Juruwang memang akan imbas harga barang ikut kod bar pada item-item yang kita beli. Tetapi, betulkah harga pada item tersebut? Itukah harga yang kita 'setuju' untuk bayar?
Photo by Oleg Magni from Pexels |
Pertimbangkan situasi-situasi di bawah:
Situasi 1
Kita mahu beli ikan bilis. Terdapat empat hingga lima pilihan ikan bilis dengan julat harga yang berlainan. Kita pilih ikan bilis yang harganya di tengah-tengah. Tidak terlalu murah atau mahal. Kemudian, kita akan timbang ikan bilis yang kita ambil dan kod bar bercetak akan dilekatkan pada plastik.
Pada peringkat ini, kita hanya mahu pastikan semua barang (sayur, buah, ikan, bawang kentang dan lain-lain) yang kena timbang, kita timbang untuk dapatkan pelekat kod bar. Tak ada kod bar, hendak diimbas di kaunter juruwang nanti bagaimana?
Tetapi, pernah atau tidak kita terlintas untuk semak butir-butir pada pelekat harga kod bar yang ditampal pada setiap barang tadi sebelum bergegas ke kaunter pembayaran?
Di sini kesilapan selalu berlaku. Pekerja yang menimbang barang berkemungkinan besar terkeliru dengan harga. Bukan semua situasi ya. Tetapi, tidak mustahil. Mereka pun manusia.
Bayangkan kalau ikan bilis sampai empat lima pilihan, mangga, oren dan epal ada beberapa jenis (semuanya nampak macam sama je), mereka mungkin boleh tersalah tekan kod harga. Silap-silap, ikan bilis kita tadi ditimbang dengan harga paling mahal! Kita sambut tanpa ragu dan bayar harga yang tertera. Sedangkan pada awalnya, peruntukan bajet ikan bilis kita untuk harga yang sederhana. Tidakkah terbayar lebih namanya tu?
Photo by Asad Nazir from Pexels |
Oh, lagi satu. Bab-bab timbang sukat ini kita memang kena lebih teliti. Terbayar lebih satu hal, terbayar kurang pun masalah juga. Benda makan hendak masuk tubuh jadi darah daging, kan... jadi biarlah semuanya sahih. Selepas timbang, periksa semula butiran pada label. Betul atau tidak harga barang perkilo atau per item.
Situasi 2
Pasar raya besar kebiasaannya membuat promosi saban minggu. Banyak semakan harga dibuat, diskaun dan harga istimewa jika kita beli sesuatu item pada kuantiti tertentu. Jadi, ketidakseragaman harga sering berlaku.
Contohnya, kita hendak beli susu UHT. Harga sekotak susu UHT (1 liter) ialah RM5.80. Kebetulan ada promosi istimewa - beli 4 kotak dan kita hanya perlu bayar RM18. Untung, bukan? Lagipun susu memang keperluan mingguan kita. Apa salahnya beli banyak minggu ini. Minggu depan tidak perlu beli lagi. Kita pun pergi bayar di kaunter bersama barang-barang yang kita beli.
Rupa-rupanya berlaku ketidakseragaman harga yang dipaparkan di rak jualan dengan harga dalam sistem. Harga di dalam sistem masih belum dikemas kini dengan harga promosi atau harga terkini. Maka, tanpa kita sedar kita telah bayar empat kotak susu tersebut dengan harga asal (RM5.80 x 4) dan pulang berhati girang kononnya sudah jadi pembeli bijak yang dapat tawaran harga terbaik untuk susu.
Oleh itu, rajin-rajinkan diri tajamkan mata lihat paparan skrin di kaunter juruwang ketika barang diimbas. Apa-apa senang hendak tuntut. Tidak pun, setelah selesai semua, semak kembali resit pembelian.
Di pihak saya, saya tetapkan syarat sendiri - jika beza harga kurang dari RM1, saya malas hendak beratur di kaunter khidmat pelanggan untuk minta pemulangan. Jika mencecah tiga hingga lima ringgit, kenalah pergi tuntut.
Photo by Jack Sparrow from Pexels |
Situasi 3
Ini buat kalian yang gemar membeli pek kombo, borong, pukal atau produk bersaiz lebih besar dengan tanggapan yang barang-barang berkenaan lebih murah berbanding unit lebih kecil. Adakah kalian benar-benar pasti?
Saya beri contoh mudah - susu pekat dalam tin. Harga setin sekitar RM3. Kemudian, tiba-tiba kita tertarik dengan pembungkusan pukal, 6 tin untuk RM19.20. Eh, beli banyak teruslah! Lagi untung! Kita ambil tanpa buat pengiraan harga sebenar satu tin jatuh berapa ringgit. Jangan terus buat kesimpulan barang pukal lebih murah. Periksa dahulu. Untung hanya apabila harga seunit susu tin dalam pek 6 berkenaan lebih murah daripada harga setin biasa, bukan sebaliknya.
Memang nampak remeh. Tetapi sebagai pengguna, kita perlulah bijak. Bayar apa yang kita beli pada harga yang betul. Kalau perbezaan harganya sedikit mungkin boleh pejam-pejam mata. Kalau perbezaan harganya besar, tentu-tentu lari bajet! Kita juga yang kerut dahi merungut barang-barang makin mahal.
Selamat bijak belanja!
Betul Farrah, situasi nombor 2 selalu berlaku. Cuma, kadang tu geram bila cashier bg jawapan, itu harga lama kak, yg dlm sistem ni yg baru. Pernah terjadi pada akk di suatu rangkaian kedai ni. Since thenm mmg serik beli brg yg dikatakan promosi tu :(
BalasPadamKan... sakit hati kalau dapat jawapan cashier begitu. Saya memang kalau harga promosi, gigih pergi cari scanner dan check dahulu. Sebab malas nak berdebat dengan cashier.
PadamTerima kasih atas perkongsian tips
BalasPadamMoga bermanfaat! :)
PadamKena bijak berbelanja .
BalasPadamDengan situasi sekarang ni memang kena bijak belanja. Duit keluar macam air!
PadamYang pertama tu selalu kita terlepas sebab nak cepat. Kena lebih hati-hati lepas ni. Kena latih otak mengira dengan cepat. Patutlah orang dulu-dulu selalu tekankan pentingnya hafal sifir.
BalasPadamSifir penting untuk kira diskaun hahahah! Akak dulu masa kecil, ada pesta buku dekat sekolah. Diskaun sampai 50%-70%, tapi tak berani beli sebab akak tak reti nak kira harga selepas diskaun. Jeles tengok budak cina sebelah akak, congak2 seluk poket, ambil buku terus beli.
PadamLepas tu gigih belajar tajuk peratus dengan Cekebon sebab senang nak kira peratus diskaun kalau pergi pesta/jualan buku :)
selalu terlepas pandang nk check balik bil sebab nak cepat
BalasPadamBetul kan... dah penat-penat shopping tu tahu nak rush balik rumah je kan...
Padamselalu je jadi cam ni.
BalasPadamakak pernah beli serai seikat. bila bayar prasan kenapa bill agak banyak. tp tak kesah sangat. dah balik esok nya dok tenung receipt. laaa.. seikat serai tu dalam RM45. bawak receipt terus dapat refund. yg penting receipt kena ada.
Fuh, bukan sembarangan punya serai tu! Itulah kan... yang penting resit tu. Senang kita nak claim apa-apa nanti.
PadamPernah kena situasi 2..beli 1 rm7.89 kalau beli 2 katanya rm13. Tp bila scan harga tetap (7.89x2)...mujur ammi perasan dna dia tukar.
BalasPadamMujur perasan kan... memang tak boleh percaya bulat-bulat :)
PadamTerima kasih untuk tipsnya. Saya selalu jugak compare harga untuk 1 dan kuantiti banyak. betul, kadang yang 1 tu kalau beli banyak murah sikit dari yang dah siap siap pek sekali banyak.
BalasPadamMemang kena rajin kira-kira sikit. Kalau tak yakin je kita ingat beli yang banyak lebih murah dan berbaloi.
Padamsaya akan terasa berat ketika membayar di kaunter...
BalasPadamrupa-rupanya barangan yang dibeli memang lebih dari harga yang sepatutnya
Hehehe ... memang kena lebih berhati-hati supaya tidak terlebih bayar.
Padam