TIPS BELANJA - Kita Bayar Lebih Tanpa Kita Sedar Apabila...
Sabtu, November 20, 2021
Bayar untuk harga barang lebih daripada yang sepatutnya? Sebenarnya perkara ini kerap berlaku sama ada kita sedar ataupun tidak. Lagi-lagi kalau kita pergi beli belah di pasar raya besar.
"Bukan ke juruwang dekat pasar raya tu pakai alat pengimbas? Macam mana pula boleh kita terlebih bayar?"
Betul. Juruwang memang akan imbas harga barang ikut kod bar pada item-item yang kita beli. Tetapi, betulkah harga pada item tersebut? Itukah harga yang kita 'setuju' untuk bayar?
Photo by Oleg Magni from Pexels |
Pertimbangkan situasi-situasi di bawah:
Situasi 1
Kita mahu beli ikan bilis. Terdapat empat hingga lima pilihan ikan bilis dengan julat harga yang berlainan. Kita pilih ikan bilis yang harganya di tengah-tengah. Tidak terlalu murah atau mahal. Kemudian, kita akan timbang ikan bilis yang kita ambil dan kod bar bercetak akan dilekatkan pada plastik.