Shopping Barang Kraf @ DAISO

Selasa, Februari 18, 2014

Lazimnya, kalau jalan-jalan jumpa DAISO, saya rajin juga singgah. Kadangkala, ada seleksi barang kraf yang menarik boleh buat tambah koleksi saya. Apabila pergi kedai flat price macam DAISO ini,  kena pandai kira dan timbang-tara sikit. Jangan over-excited

"Wah, bestnya! Murahnya! Semua RM5!" 

Sebabnya, tidak semua barang yang dijual berbaloi untuk kita beli dengan RM5. Ini memang konsep kedai sebegini. Ada sesetengah barangan yang kita boleh anggap murah dan berbaloi sangat-sangat untuk dibeli. Namun, ada juga barang-barang yang kita boleh dapat dengan harga yang jauh lebih murah di luar atau di kedai biasa. Maka, kena pandai-pandai bandingkan harga ya.


Barang-barang kraf di atas saya beli di DAISO MidValley. Ada craft puncher, designed brads dan bekas untuk isi semua barang-kecil-cepat-hilang saya macam butang dan cangkuk. This was a good deal

Normally, butang/brads tu, kalau di kedai jual barangan kraf - harganya jauh lebih tinggi. Memang tidak dapatlah RM5. Harga satu craft puncher pula RM15 - RM30. Of course dari segi kualiti, puncher yang RM5 tu taklah setanding dengan yang berharga RM30. Sekurang-kurangnya, saya boleh dapatkan beberapa jenis puncher lagi atau peruntukkan lebihan wang untuk beli barang kraf yang lain.

Berbaloi, bukan?

Catat Ulasan

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.