Assalamualaikum wbt.
Rasa macam baru sahaja kita mula berpuasa. Tahu-tahu esok dah nak raya! Bagaimanakah persiapan raya kalian setakat ini? Semua dah selesai?
Saya tahun ini persiapan ala kadar sahaja. Memang dah pasang tekad tidak mahu membazir. Apa yang penting, semangat raya tu kena berkobar-kobar dalam dada. Meskipun tahun ini kita beraya bukan dalam situasi yang kita ingini, jangan jadikan alasan untuk kita tidak menyambut Syawal pula.
Semalam, seharian saya dan Bott mengemas rumah. Ganti langsir, bersihkan debu, lap cermin, tukar susun atur perabot biar nampak segar sempena lebaran. Ada yang masih sibuk mengemas hari ini?
Saya ingin kongsi beberapa tips menarik yang mungkin berguna buat kalian yang sedang mengemas tu.
1. Buat DIY Febreze.
Inginkan ruang yang sentiasa segar dan wangi? Apa kata cuba buat DIY Febreeze yang hanya menggunakan tiga bahan ini. Semburkan ke permaidani, sofa dan langsir biar ruang sekitar tidak berkepam.
Entri DIY Febreze di sini.
2. Kemas plastik untuk diguna semula.
Serabut dengan plastik-plastik di dalam laci di dapur? Maklum sahajalah, pasti banyak plastik yang terkumpul sepanjang bulan puasa ini. Saya ada cara mudah yang praktikal untuk menyimpan plastik-plastik ini dalam keadaan yang lebih terurus.
Entri penuh, klik di sini.
3. Bersihkan kesan kopi dan teh pada cawan atau kole.
Kopi dan teh kadangkala meninggalkan kesan pada sesetengah jenis cawan atau kole.
Apabila sudah ada kesan sebegini, tentulah sakit mata tu tengok, kan? Nah, cuba tips saranan saya ini! Lepas buat, kalian tentu akan yakin untuk hidangkan tetamu air menggunakan cawan tadi (walaupun ziarah Aidilfitri tidak dibenarkan hihihi). Lihat entrinya di sini.
4. Baiki kesan karat pada utensil dan peralatan dapur.
Jika ada mana-mana utensil atau peralatan dapur yang alami karat, jangan terus dibuang begitu sahaja. Dalam sesetengah keadaan, karat itu boleh kita nyahkan.
Saya ada set dulang hidangan 3-tier yang cantik tetapi terdapat beberapa bahagian tertentu yang ada karat. Alhamdulillah, sudah cantik berkilau berseri setelah saya praktikkan cara ini.
Selamat kemas-kemas raya!
Woww. Menarik ni 😁
BalasPadamWowww! ;D
PadamBoleh guna tips buang kesan kopi atau teh.
BalasPadamSebagai penggemar kopi, ini tips kegemaran saya :)
PadamIni saya anggap sebagai cadangan aktiviti pkp. hehe. selamat hari raya kak Farrah. Maaf zahir batin
BalasPadamSesuai sangat, kan? Selamat Hari Raya, Sal. Moga sambutan Syawal tahun ini tetap meriah buat Sal dan keluarga.
PadamAda tips2 yang ccl baru tahu ni. Tq kongsi tips berguna
BalasPadamMy pleasure, CCL :)
PadamSelamat menyambut raya
BalasPadamTerima kasih, wak. Selamat hari raya buat wak dan keluarga.
PadamJom berkemas.. walau bagaimanapun keadaan, 1 Syawal tetap dirai..
BalasPadamPerkongsian tips yang ohsem kak..
BalasPadamrajinnya diaaaaa... sayang Yuri sy tu ada tolong tak? heheheeh
BalasPadam