Jumaat, 27 Mac 2020

Cara Berkesan Bersihkan Kesan Karat

Assalamu'alaikum. Apa khabar semua? Harap kalian baik-baik sahaja sepanjang tempoh PKP ini. Bagi yang perlu bekerja, selamat bertugas. Be safe. Bagi yang #stayathome di rumah, harap kalian dapat manfaatkan masa yang ada ini dengan bijak. 

Hari ke-10 PKP barulah sempat menjengah blog. Itu pun punyalah paksa diri untuk buka laptop. Sebenarnya, sebelum bermula PKP lagi, saya sudah bercuti sejak awal Mac. Cuti mengada-mengada kononnya untuk rehatkan diri dan minda. Tak sangka memang betul-betul cuti panjang!

Dah duduk rumah tu, macam-macamlah yang dapat dibuat. Kemas ini, susun itu, punggah sana, korek sini. Memang masa yang terluang terisi dengan macam-macam aktiviti. Dua tiga hari ini sibuk mengemas peralatan baking di dapur.

Dalam sibuk mengemas, jumpalah beberapa barang yang dah berkarat macam tiered serving tray, loyang, cutleries yang masih boleh digunakan lagi. Sayang nak buang. Lagipun, sebenarnya ada cara untuk kita hilangkan atau buang kesan karat ni. Nak tahu? Jom saya tunjukkan.

OK, di bawah ini termometer oven yang berkarat sedikit di bahagian atas. Sebenarnya, saya hendak guna tiered serving tray untuk demo tips ini sebab karatnya lagi teruk dan ketara. Tetapi, permukaan tray tu berkilat sangat. Apabila ambil gambar, lagi banyak nampak reflection saya daripada kesan karatnya. 😅 Jadi, kita pakai termometer oven ni sahajalah ya.



Nampak tak kesan karat tu? Kita boleh get rid of that. Apa yang diperlukan hanyalah sedikit cebisan aluminium foil (kerajang aluminium) dan air.

Langkah pertama, buat gumpalan/bola kecil menggunakan kerajang aluminium. Kemudian, celupkan ke dalam air. Tidak perlu rendam! Cukup sekadar basahkan kerajang aluminium. Sesudah itu, gosoklah permukaan yang berkarat dengan kerajang aluminium tadi. 


Gosok, gosok dan gosok lagi. Jika perlu, celupkan semula kerajang aluminium ke dalam air. Sedikit demi sedikit kita akan nampak karat tu memudar. At this stage, bagi yang telinga jenis tak tahan dengar bunyi benda bergeser, disarankan pakai headphone dengar lagu kegemaran kalian ye. Kalau tidak nanti tak siap kerja 😉


Setelah beberapa ketika, bersihkan permukaan yang digosok dan lihatlah hasilnya.



Tattadaaaaaaa!!!


Kesan karat pada termometer oven ini sedikit sahaja, jadi mudah nak hilang. Tak perlu ambil masa yang lama atau guna kudrat yang banyak. Bagi kesan karat yang lebih besar, kena ulang proses di atas beberapa kali (dan gunakan gumpalan kerajang alumunium yang lebih besar) untuk dapat hasil yang diingini. Mudah sahaja kan?

Selamat mencuba!


8 ulasan:

  1. Agaknya tips ni untuk karat pada barang besi ye. Petua baru guna aluminium.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni antara petua mudahlah guna apa yang ada di dapur. Ada orang rendan guna air coke.

      Padam
  2. nice tips kak farah.. mudah je nak hilangkan kesan karat tu ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah. Cuma kalau karat tu banyak kena ambil masa sedikitlah untuk sental.

      Padam
  3. ada terbaca ke tengok vid tah orang kata rendam dalam coca cola pun boleh.. seramnya kalo betul menjadi eheh.. mujur tak minum coke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, akak biasa dengar orang cakap guna coke. Coke ni dah jadi multifunctions dah...sampai ke nak bersihkan toilet bowl pun guna coke. Hahahah itu akak tak leh terima lah...rasa bazir pulak 😅

      Padam
  4. Balasan
    1. Yes, you should. You’ll be amazed with the end result 😊

      Padam