Ini salah satu resepi overnight oat kegemaran saya. Gabungan nanas, betik, goji red berries dan shredded coconut (parutan isi kelapa). Cita rasa tropika gitu! Cuma yang di dalam gambar di bawah, tiada hirisan betik. Betik habis. Shredded coconut pula ambil keputusan untuk bersembunyi di balik susu. Jadi, tidak nampak langsung kelibatnya. 😅
Resepi Overnight Oat - Cita Rasa Tropika
Bahan-bahan yang diperlukan:
- hirisan nanas secukupnya ikut selera
- hirisan betik secukupnya ikut selera
- 5 - 7 biji goji red berries (Beri ini sangat elok untuk mata.) Saya selalu dapatkan versi beri yang sudah dikeringkan macam kismis.
- 40 gram rolled oat (Kuantiti oat yang hendak digunakan bergantung kepada kalian. Anggaran antara 35 - 50 gram untuk satu portion hidangan. Jika hendak letak yogurt dan lebih banyak buah, bolehlah oat dikurangkan kepada 35 gram. Atau jika inginkan portion yang lebih mengenyangkan, letak 50 gram.)
- 100 - 120 gram susu segar
- 1 sudu teh madu/ 1 sudu teh sirap mapel atau 1 sudu besar yogurt (optional). Sekarang ini, saya lebih suka untuk tidak menggunakan sebarang pemanis dalam overnight oat saya. Hanya bergantung pada manis buah-buahan dan susu sahaja.
- secubit serbuk kayu manis
Cara-cara Penyediaan:
- Sukat susu dan oat. Masukkan ke dalam botol.
- Masukkan yogurt atau/dan madu/ sebarang pemanis diikuti dengan nanas, betik, goji red berries dan shredded coconut. Tabur sedikit serbuk kayu manis.
- Sejukkan semalaman di dalam peti sejuk.
- Apabila hendak dimakan, gaul semua sehingga sekata dan nikmati dengan senyuman.
Tips Mudah Sediakan Overnight Oat
Kebiasaannya, saya memang akan sediakan overnight oat lebih awal (dalam 4 - 6 botol kecil). Oat dan susu yang sudah disukat dimasukkan ke dalam botol siap-siap dan kemudian simpan di dalam peti dingin beku (freezer). Lama sedikit jangka hayat overnight oat tu. Jika esok hendak makan overnight oat, sebelum tidur saya akan pindahkan satu botol ke peti sejuk. Semasa hendak bersarapan, barulah dikeluarkan dari peti sejuk dan letak buah-buahan sebagai toppings.
Melalui cara ini, 'meal prep' saya jadi lebih senang. Lebih teratur. Saya siapkan untuk beberapa hari punya portion sekaligus. Apabila saya hendak makan, tinggal ambil sahaja. Selain itu, dapat pastikan kesegaran susu segar yang digunakan. Yelah, satu kotak susu segar akan tahan sekitar 3 - 4 hari sahaja. Lambat guna nanti masam pula susu tu. Jadi, kita bekukan supaya tidak bazir.
Bagi yang ingin pelbagaikan overnight oat, bolehlah cuba resepi ini. Cukup masam, manis dan lemaknya. Dalam setiap suapan, kita akan dapat nikmati chunkiness of the pineapples, mushy si betik dan variasi rasa tambahan daripada beri goji dan parutan kelapa. Musim RMO/PKP ini, kebanyakan hari memang saya bersarapan dengan overnight oat sahaja. Mudah. Tak pening kepala nak fikir sarapan apa. Untuk toppings, guna bahan-bahan yang ada. Stok makan kena pandai catu. Tak perlulah nak bermewah-mewah sangat. Kadang-kadang saya hanya buat overnight oat dengan beberapa potongan oren atau cuma tambah satu sudu besar peanut butter pada oat dan susu.
Psstt!! Inshaa Allah, nanti saya blogwalking dan balas komen ya. Baru nak panas enjin ni....
Psstt!! Inshaa Allah, nanti saya blogwalking dan balas komen ya. Baru nak panas enjin ni....
that looks good. I've been making an overnight oats as well, a very simple one. Tp x smpt nak share pun lagi.
BalasPadamAkak simply love OO as we can make a jar/two with whatever ingredients that we have in the pantry 😊
Padambetul2 buah2an tropika. i kennoooottt this kinda recepi. tho i know its good.
BalasPadamtapi buah2 tu saya makan la =D
If kenot, don’t eat. Memang ada orang yang yang cannot go langsung dengan combination begini hehehe
Padamtak pernah berjaya sediakan Overnight Oat nie.. Risau tak termakan sebab bukan penggemar oat.. hehehe.. tapi teringin nak cuba..
BalasPadamKalau Sha teringin nak cuba, try beli satu jar dan rasa dulu. Sekarang di pasaran, macam2 perasa yang dijual sampai kita tak perasan pun oat tu.
Padam