Resepi Mudah - Piza Terung yang Sihat dan Sedap

Jumaat, April 10, 2020

*Resepi pizza terung berkeju ini boleh dimasak menggunakan air fryer, ketuhar gelombang mikro dan oven biasa. Masa memasak perlu dilaraskan mengikut kesesuaian.

Pernah dengar piza terung? Ya, kalian tak salah. Saya memang cerita tentang piza yang diperbuat daripada terung. Ini merupakan salah satu olahan piza untuk pilihan yang lebih sihat. Kita tidak guna doh piza seperti biasa sebaliknya isi terung yang akan jadi base untuk piza. Rendah kalori berbanding piza. Usah bimbang, rasanya tetap awesome.

Bagi yang sedang berdiet, kawal makan... tiba-tiba teringin nak makan piza, bolehlah cuba buat resepi ini to satisfy your craving. Failproof (confirm jadi punya) dan rasanya dijamin puas hati. Selain itu, emak-emak yang struggle nak ajar anak makan sayur, apa kata umpan mereka dengan piza terung ini. Selitlah potongan-potongan kecil brokoli atau lobak merah sekali.



Tengok ni piza terung saya. Terliur tak?

OK, jom kita tengok resepi. Bahan-bahan yang digunakan boleh diubah suai mengikut selera kalian. Lately, saya memang ambil kira berapa kalori makanan yang masuk tubuh. Jadi, bahan-bahan yang saya gunakan seboleh-bolehnya rendah kalori, rendah gula dan garam. Tetapi, andai kata ada bahan tertentu yang tiada dalam pantri kalian, tukar je ikut kesesuaian. Misalnya, saya guna keju keping Bega Super Slim. Kalian boleh sahaja guna keju jenama lain seperti Anchor atau Mother's Choice. Ingin guna keju parut pun tiada masalah. Kita yang buat kan....


Resepi Piza Terung (Saiz Hidangan - 2 orang)

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 2 biji terung bersaiz sederhana besar
  • 1 ketul tauhu dipotong dadu. Kalian boleh tukar dengan daging cincang, hirisan ayam atau hirisan sosej. 
  • 1 biji bawang besar dimayang
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 3 - 4 keping keju Bega Super Slim
  • 2 - 3 tangkai cili api. Saya dan Bott, makan piza pun nak kena pedas!
  • Sedikit sos tomato/sos cili (Optional)
  • Sedikit taburan herba oregano dan parsley kering. (Tak guna pun tak apa)


Langkah-langkah Penyediaan:

Mula-mula bersihkan terung. Cucuk-cucuk sedikit bahagian luar terung dengan garpu. Masukkan terung ke dalam oven atau air fryer dan bakar dalam 5 - 10 minit sehingga terung bertukar lembut. 

Masa untuk membakar bergantung kepada saiz terung ya. Sekiranya, dalam 5 - 7 minit tu terung masih anjal apabila ditekan dari luar, tambahlah lagi 2 - 3 minit.

Setelah dikeluarkan, belah bahagian tengah terung tetapi jangan sampai habis dan terbelah dua pula. Setelah itu, gunakan garpu untuk siat-siat atau carik-carik isi terung sehingga jadi seperti dalam gambar di bawah. Hati-hati ya. Terung ni panas.


Terung yang telah dicarik-carik isinya.


Baik, terung ini dah sedia untuk jadi doh piza kita. Bolehlah kita mula letak toppings. Mulakan dengan ratakan sedikit sos cili, sos tomato atau sos pasta pada isi terung. Saya biasanya letak sos cili kemudian tabur sedikit herba kering oregano atau parsley diikuti dengan bahan-bahan yang lain - tauhu dan tomato yang telah dipotong kiub, hirisan bawang besar, cili api dan sedikit lagi herba kering. Akhir sekali, barulah diletakkan kepingan keju Bega Super Slim.


Piza terung air fryer


Inilah rupanya piza terung saya sebelum dibakar. Setakat buat untuk satu atau dua orang, saya memang guna air fryer sahaja. Masak dalam air fryer pada suhu 180 darjah celcius selama 4 - 7 minit untuk beri masa tauhu dan tomato masak. 



Dah siap! Piza terung sedia untuk dinikmati. Piza di bawah ini just nice kejunya cair. Kalau kalian suka keju rentung ala ala nak feeling makan burnt cheese cake tu, tambahlah masa lagi ye.

Sedia untuk dinikmati.


Selamat mencuba! Selamat mengolah hidangan piza terung versi kalian sendiri. Ingin cuba resepi piza yang lain, lihat entri di bawah:



15 ulasan

  1. Nanti cuba kalau dan ada terung ungu tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti cuba ye. Mana tahu kena dengan selera NA selepas ni :)

      Padam
  2. Rasa mcm keperluan hidup dah air fryeer tu ramai share resepi masak guna tu..hehehe
    harap2 ada la rezeki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah satu...dapat sediakan hidangan yang lebih sihat tu extra bonus. Inshaa Allah, pasang niat, survey2 lah air fryer yang berkenan di hati :)

      Padam
  3. Btw tak pernah lagi buat terung jadi pizza,kalau saya nak buat,rasanya pizza tu saya potong siap2 la kot n nipis sikit sbb suka nipis..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Terung tu kalau jenis besar, kita boleh potong jadi slices dan buat jadi dasar pizza terus :)

      Padam
  4. tengok gambar tu teringat baked potatoes.. adoi tingin tetiba yang digaul2 dengan cheese bila ditarik urat2 cheeeeeeseeeee itu kelihatan. terung suka gak ada beli hari tu. memang plan esok masak sambal =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah Siti dan Potatoes berpisah tiada :)
      Uhhh sambal terung! Dap dap dap!

      Padam
  5. okay now i'm really craving for one.

    BalasPadam
  6. ni ala-ala baked terung.
    mcm baked potato kan, farrah.
    menarik. semlm beli kat mydin, tapi terung nyer kecik.
    nak buat goreng berlado aje.
    tq. aida dah bookmark ni. time pkp ni idea masak nak kena byk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Aida. Baked terung. Cuma kita tambah bahan-bahan buat piza tu, adalah rasa pizanya :) Aduhai, terliur dengar terung berlado. Sedap tuh!

      Padam
  7. menarik pula tengok piza terung akak nie.. sedapnya kak..

    BalasPadam
  8. Best juga ye buat camni. Biasa kalau nak cepat, bakar terung kosong je :)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.