Assalamualaikum.
Ada tak penggemar sambal hitam di sini? Angkat tangan sikit! Yeayyy, kita geng! Saya memang suka sangat makan sambal hitam. Kalau ada rezeki dapat buah belimbing buluh memang akan usahakan buat sambal hitam. Lagi pedas lagi bagus. Lagi masam lagi suka!
Sekarang senang ... kalau teringin, banyak je produk sambal hitam yang boleh kita beli di pasaran. Tetapi, setakat ini nasib saya kurang baik. Tak jumpa sambal hitam yang betul-betul kena dengan selera saya (tak kena selera pun tetap habis juga 😁). Maksud saya, bukanlah sambal yang dibeli tu tak sedap. Cuma macam saya cakap tadilah, saya suka yang pedas dengan rasa masam belimbing agak ketara.
Baru-baru ini Cekengah beri saya dua paket sambal hitam. Sambal Hitam Tokey. Kecil je saiz hidangan untuk satu pek. 50g. Sesuai untuk bawa travel, buat kongsi-kongsi rezeki dengan jiran tetangga atau bekal untuk anak-anak balik asrama.
|
Sambal Hitam Tokey |
Sedap ke tidak Sambal Hitam Tokey?
Alhamdulillah. Sedap, cukup rasa! Sambal Hitam Tokey (Pedas) memang kena sangat dengan selera saya. Kedua-dua pek yang saya dapat pek ni sambal hitam pek 'Pedas' tau. Memang terasa pedas dan masam belimbingnya. Sambalnya tidak terlalu berminyak. Kadang-kadang kan, kalau beli sambal ready-to-eat begini ... meliuk-liuk kandungan minyaknya. Isi ciput je.
Sambal hitam ini tidak. Masih dapat nikmati tekstur kasar ikan bilis tu. Sedap betul ketulan-ketulan kecil (chunks) sambal tu masuk mulut! Ikan bilis dan garam pun seimbang rasanya. Kira puas hatilah. Pilihan atau variasi lain saya tidak pasti. Jadi, tak dapatlah hendak bandingkan.
Pek kecil 50g ini, saya dan Bott sekali hadap je habis. Makan dengan nasi panas-panas memang tak perlu lauk lain dah. Selepas ini, niat nak cari dan beli produk ni. Buat stok di rumah. Berbaloi-baloi! Mana tahu ada dalam pembungkusan lebih besar atau di dalam botol ke.
Ada sesiapa yang pernah rasa Sambal Hitam Tokey ini? Ada tak sebarang produk sambal lain yang kalian boleh sarankan? Kongsi di bawah tau.
Selamat pulang ke kampung buat yang bakal berperjalanan. Moga selamat sampai ke destinasi. Have a safe journey. Jaga diri baik-baik!
Tak pernah lagi rasa Sambal Hitam Tokey. Biasanya buat sendiri. Kalau travel bolehlah bawa sambal hitam.
BalasPadamsedapnyaaa, tengok orang makan terliur. tapi tak pernah lagi belinya. lepas ni boleh cuba.
BalasPadamnampk sedap. nak kena try satu ni :)
BalasPadamsyu pon penggemar sambal. selalu cuba sambal baru. setakat ni sambal yang syu suka jenama sambaleena. dan yg baru sambal paru opah.
BalasPadamNanti nak cubalah!
BalasPadamtak pernah beli sambal hitam jadi tak dapat nak beri cadangan. dah jumpa yang berkenan best la kak, pasni tak payah fikir nak beli brand apa
BalasPadamSy peminat sambal hitam farrah!! kita geng... hehehe... adik penah beli brand ni di shopee mmg pedas sedap sgt diratah begitu saja
BalasPadamSuka jga sambal hitam.pahang ni tp sikit2. penah mkn masa.kwn.bagi dulu
BalasPadamSedapnya.. Sha suka jadikan rencah nasi goreng memang best..
BalasPadamshida suka juga, kalau nak mkn time malas2 nk msk tp time bujang dulu selalu ade smbal hitam ke sambal garing ke..hehee
BalasPadamkalau jumpa beli, kalau tak jumpa makan sambal belacan je. So far belum jumpa lagi yang kena dengan tekak. Bab minyak tu betul sangat haha
BalasPadam