Baru-baru ini saya buat chilli oil. Bukan jenis curah minyak panas seperti yang lalu-lalang di TikTok tu. Saya buat versi yang kena masak. Kita goreng cincangan bawang putih di dalam minyak bersama beberapa rempah sehingga warnanya bertukar perang keemasan, barulah dimasukkan bahan-bahan lain.
Andai kalian suka nikmati chilli oil yang ada cincangan bawang putih garing ... yang wangi beraroma ... boleh cuba resepi ini.
Resepi Chilli Oil
Minyak cili siap! |
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 - 1 1/2 cawan minyak masak. Jika ingin lebihkan, terserah cita rasa.
- 1 labu bawang putih. Jika suka banyak bawang putih boleh tambah 1/2 labu lagi.
- 1/2 cawan chilli flakes
- 1/4 cawan bijan putih yang telah disangrai
- 1 batang kayu manis saiz kecil/sederhana
- 2 - 3 helai daun salam
- 3 butir bunga cengkih
- garam secukup rasa
Langkah-langkah penyediaan:
- Bawang putih dicincang halus. Saya gunakan food chopper untuk mempercepat proses ini.
- Panaskan minyak. Guna api sederhana. Masukkan daun salam, bunga cengkih dan kayu manis. Biarkan rempah tergoreng buat seketika supaya aromanya menyerap ke dalam minyak.
- Seterusnya, masukkan bawang putih dan goreng sehingga warnanya bertukar perang keemasan. Hati-hati, kawal api dengan baik. Proses ini tidak mengambil masa yang lama pun. Jangan biar sampai bawang putih bertukar coklat pekat pula. Itu dah kira hangit. Nanti rasanya pahit.
- Sebaik sahaja bawang putih bertukar warna, masukkan chilli flakes, bijan putih dan kacau sehingga semua bahan tergaul sekata. *Pada peringkat ini, saya tambah sedikit lagi chilli flakes dan bijan kerana kuantiti minyak yang ada masih boleh menampung tambahan bahan-bahan tersebut. Apa yang penting, apabila disimpan, kita kena pastikan paras minyak melebihi chilli flakes ya.
- Tutup api. Chilli flakes tidak perlu dimasak terlalu lama. Perasakan dengan garam secukup rasa.
Minyak cili kita sudah siap! Biarkan minyak cili sejuk terlebih dahulu barulah masukkan ke dalam botol, balang atau bekas bertutup.
Dapat dalam satu botol begini.
Simpan minyak cili elok-elok dalam botol. |
Nak makan dengan apa? Bab ini tidak perlu diajar. Mi segera, mi goreng, mi Hokkien, bakso, bubur, popia goreng dan macam-macam lagilah.
Popia Goreng Cecah Chilli Oil
Popia Vietnam goreng cecah minyak cili. |
Haa ... saya rasmikan minyak cili dengan popia goreng. Kulit popianya saya tidak pakai kulit popia biasa. Saya guna kulit popia Vietnam (rice paper wraps) kemudian goreng atas kuali leper sehingga permukaan luar menjadi rangup.
Di bawah ini pula, saya masak lauk tauhu. Tambah chilli oil biar lebih terangkat! 😊
Penyedap untuk lauk tauhu 😊 |
Selamat mencuba!
cabaran time goreng bawang putih tu kan. kalau hangit dah kena buat balik semula.
BalasPadamtq kak farah kongsi resepi.. insyaAllah nt nk try buat!
BalasPadamsesuai ni bawa bekal kalau travel ke luar selain sambal
BalasPadambetul betul.
Padambwk gi camping sure ohsem!
nice.
BalasPadamaida x pernah buat, farrah.
ada lalu lalang resipi nya.
ntah bila kerajinan tu nak jengah.
dgn mihun sup, alamak aii, ngam!!!
baunya pun auummm sedap.
tu yg menambah selera.
Sedap nampaknya.. memang sesuai bawa travel ini..
BalasPadampart goreng bawang putih tu yg ngeri...takut terlajak mulalah panik
BalasPadamsedapnya
BalasPadam