728 x 90

Sabtu, 12 Julai 2014

Sambal Lonte oh Sambal Lonte



Hidangan penjentik rasa untuk berbuka semalam - Sambal Lonte. Sebenarnya sambal lonte ni lebih kurang sama seperti sambal belacan, tetapi bawang, cili dan belacannya digoreng terlebih dahulu menggunakan sedikit minyak sehingga layu. Kemudian, barulah bahan-bahan tadi ditumbuk kasar. Perasakan dengan sedikit garam dan air asam limau. Siapppp!

Memandangkan satu rumah saya allergic pada belacan, setiap kali nak buat hidangan sebegini, belacannya saya gantikan dengan sedikit ikan bilis (juga digoreng bersama cili dan bawang). Untuk sambal lonte ni saya guna cili merah, cili hijau dan cili padi. Banyak mana? Agak-agak je, ikut citarasa :) Nak pedas berdesupppp, lebihkan cili api. Nak pedas manja-manja, lebihkan cili hijau, kurang cili api.


10 ulasan:

  1. Sis ni pandai masaklah. Saya ni x brape rajin bab memasak. Mengemas & membersih rumah saya sukalah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat masak simple2 tu lepaslah, Shikin. Cuba kalau resepi tu mula pakai banyak2 rempah dan bahan, saya angkat sudip lari dulu!

      Padam
  2. peliknya nama tapi rasa mesti menyengat tuh kan. boleh try nih. tq sis atas perkongsian resepi. cantik watermark tuh. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Namanya memang pelik, Cie. Klu ikut bahasa pergaulan orang Indonesia, lonte ni maksudnya perempuan xbaik. Ada juga yg panggil sambal ni sambal buruk. Tapi,...buruk ke lonte ke...membuka selera tau!

      Padam
  3. first time dengar. mesti sedap ni...

    BalasPadam
  4. sangat membuka selera nampaknya sambal ni kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wana suka pedas kan,..memang sesuai ngan citarasa kita :)

      Padam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...