Sambal ni buat dah lama sebenarnya. Masa bulan puasa hari tu. Kebetulan, pokok belimbing buluh kat belakang rumah berbuah. Lebat juga. Stok ikan bilis pun banyak, jadi buatlah sambal ikan bilis asam belimbing. Sambal ini lebih kurang seperti sambal hitam tradisi negeri Pahang cuma saya lebihkan penggunaan belimbing dan cili apinya. Lebih masam, lebih pedas.
Kalau ikut resepi sambal hitam, ikan bilisnya ditumbuk kasar. Saya nak buat banyak sambal ni. Memang awal-awal tahu diri tidak akan segigih mana nak tumbuk ikan bilis. Makanya, kita guna blender kering. Selepas ikan bilis dibersihkan, dibasuh dan ditus, blender sekali dengan cili api. Hasilnya akan jadi seperti di bawah.
Kemudian, belimbing buluh direbus sehingga empuk dan bertukar warna. Sementara itu, bawang besar dipotong dadu. Panaskan minyak secukupnya , tumis bawang, masukkan ikan bilis + cili api yang dikisar dan belimbing buluh yang telah direbus. Saya tekan-tekan sedikit belimbing supaya hancur. Saya tak guna minyak banyak sangat. Just nice untuk semua bahan tu ditumis dan digoreng sehingga kering.
Dalam proses. Saya gunakan api yang perlahan je. Lama sikit atas dapur. Sekali-sekala kacau supaya sambal tak hangit.
Ini hasil akhir. Sambal dah bertukar warna gelap kehitaman. Tetapi, sambalnya tidak kering sangat sebab saya guna banyak belimbing. Kat rumah ni yang masam-masam pedas yang terlajak laku. Saya asingkan portion yang hendak dimakan, selebihnya simpan dalam peti dingin beku. Cekebon suka nikmati sambal ini dengan bubur panas.
Oh, untuk resepi ni, semua saya agak-agak je. Rasa tak cukup masam, tambah lagi belimbing. Pedas kurang menyengat tambah lagi cili api. Kalau nak lebih rasa manis bawang, tambah lagi bawang. Ikut cita rasa masing-masing ye. Cuma jika ingin cuba resepi sambal hitam mudah yang nyum nyum, boleh klik pada pautan di bawah.
sambal hitam pun tak pernah try kak Farrah. sian an Firah.. huk2
BalasPadamTak kesianlah, banyak mende best lagi yang Firah dah try hihihi
PadamLepas ni leh cuba ye :)
Simple betul resepi ni..hehehe.. senang pun senang.. :)
BalasPadamMemang senang,..nak makan dan habiskan sambal ni lagilah senang!
PadamInsyaAllah, kalau ada masa nanti boleh cuba resepi Kak Farrah ni :)
BalasPadamSelamat mencuba, Cik Mimie :)
Padamcm sambal hitam phg je ni ;-)
BalasPadamMemang cara dan resepi ikut sambal hitam Pahang tu, Anies. Cuma dilebihkan penggunaan asam belimbing tuh :)
Padamsedap.. nak2 makan dgn nasi panas mahu tak berpinggan2 makan.. hihihi
BalasPadamDasyat siap makan pinggan... He he he...
PadamKahkahkah memang dahsyattttt!
PadamYa Allah, sedapnyaa kak farah..")
BalasPadamhihih sambal ni memang membuat selera bertambah-tambah :)
PadamMakan dengan nasi panas, sangat WIN :)
BalasPadamBetullllll :)
PadamTerliur tengok sambal hitam ni nak kena cari belimbing buluh ni
BalasPadamHaaa cari cari,..ada rezeki boleh cuba buat sambal ni :)
Padamsambal ikan bilis je pernah cuba.. sambal macam ni mak yana biasa suka
BalasPadamSambal ni memang boleh jadi kesukaan ramai :)
PadamPernah rasa... Sedap giler... Tapi x leh mkn byk... Pedas perit...
BalasPadamMohon pantang sikit ye klu tak tahan pedas. Nanti sakit peyot ramai yg risau :)
PadamBiasanya sambal gini tahan lama... Bawak gi travel ni lah food paling WIN!
BalasPadamYesss, memang sesuai bawak gi travel :)
PadamMemang sedap sambal hitam ni. Pertama kali makan tahun lepas. Huhu.
BalasPadamSedappppp kan :)
Padamdulu masa FL kecik2.. saya selalu buat bende alah ni untuk die.. its good for baby actually this sort of food.
BalasPadamOh ye ke. Makan dengan buburlah ye?
Padamsedapnya dapat makan dengan nasik putih panas2 ni
BalasPadamSatu lauk ni je dah cukup :)
PadamSedapnya Farrah...
BalasPadamMemang selalu sambal ni laku laris kat rumah saya, MD :)
Padamresepi yang mudah.. okey laa untuk yang suka makan pedas..
BalasPadamKalau tak makan pedas,..boleh omit cili :)
Padamlain macam jer warna.. hehehe...
BalasPadamjom jalan-jalan..
dulu kawan ade jugak bt lebih kurang cmni
BalasPadamcume xde belimbing...
sedap