Resepi Ikan Pekasam Tumis Kicap

Isnin, Mac 28, 2016

Ikan pekasam memang kegemaran saya. Tetapi, tidak boleh masuk menu selalu sebab Cekebon tak boleh makan. It's a NO-NO untuk dietnya. Faham-faham jelah, bila digoreng baunya menjajah satu rumah. Cekengah yang tengah diet pun boleh cancel dan tukar hari diet jadi cheat day ;)

Kebiasaannya, saya akan goreng ikan rangup-rangup dan goreng bawang bersama cili api (seperti di sini.). Resepi kali ini, kita upgrade sedikit biar sedap berganda. Bahan-bahan yang diperlukan: 2 ekor ikan pekasam, 2 labu bawang besar, beberapa ulas bawang putih, beberapa tangkai cili api (ikut citarasa), beberapa sudu besar kicap makan dan perahan jus limau nipis secukupnya. Oh, jangan lupa, sedikit minyak untuk goreng ikan.



Ikan Pekasam Tumis Kicap

Cara Penyediaan: Hiris nipis bawang besar dan bawang putih. Potong cili api. Panaskan minyak. Goreng ikan hingga masak. Angkat dan ketepikan. Asingkan lebihan minyak. Tinggalkan sedikit, agak-agak cukup kita menumis. Tumis bawang besar, diikuti bawang putih dan masukkan cili api. Kemudian, masukkan kicap dan perahan jus limau nipis. Tuang tumisan ke atas ikan pekasam. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!

76 ulasan

  1. Assalamualaikum Farrah,

    Citarasa kita sama.. I like ikan pekasam tapi kat N9 ni susah dapat.. Goreng dgn bwg merah + cili api perah air limau mkn dgn nasi panas, perggghhh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam, LZ. Memang best kan! Dapat lauk ni je dah cukup! :)

      Padam
  2. nampak sedap tapi...saya tak makan ikan pekasam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, Munirah tak makan ikan pekasam? Tak tahan baunya ke rasanya?

      Padam
  3. Tertelan air liur baca entry niih ... Gulp

    BalasPadam
  4. sedapnya...telan ai lio tengok gambo..

    BalasPadam
  5. Ksk farrah..ikan pekasam tu rasanya macamana sebenarnya? Wana tak penah jumpa kat sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Actually macam ikan masin cuma ada masam2 sikit sebab kita pekasamkan dengan beras/nasi dan garam tak silap akak :)

      Padam
  6. Owh zalim zalim... bau dia dh menjajah sampai putra yang berjaya kakak weih...

    Sedaaaapppppnyaaaaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Don't worry, akak boleh tolong makan bagio pihak CML :)

      Padam
  7. Smelll awesome slps d goreng...

    Sblm goreng... dok jauh2 sket...
    hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak memang dok jauh sikit, takut beras tu meletop terpercik kat akak hahaha

      Padam
  8. sedap tu ikan pekasam.. makan dengan nasi panas-panas memang boleh bertambah2..

    BalasPadam
  9. Sedap ni makan ngan nsi panas2...

    BalasPadam
  10. Tapi mummy takleh makan banayk2 nak satu badan bengkak2..sob sob.. tapi kalo time degil nak makan.. sanggup je membengkakkan badan..hehhee :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, Mummy allergic ye...tak pe...sekali-sekala demi ikan pekasam memang berbaloi hehehe

      Padam
  11. Dalam peti ais ada stok lagi ni.. ishhh nak balik goreng mcm ni la..yum yum yum!

    BalasPadam
  12. Ya allah, lamanya kita xmkn ikan pekasam... rindunya! Resepi ni simple akk, nnt kita blik msia boleh try 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bertahan ye,...sikit je lagi nak balik Msia :)

      Padam
  13. ikan pekasam! aduss! sedapnya
    bikin lapo tau! kalau saya, saya suka hancur2 kan pasti goreng ranggup
    memang sedap tak hingat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uishhh, buat camtu pun sedap kan. Akak dulu kawan sekampus yang ajar masak kasi hancur2 then letak cili padi :)

      Padam
  14. Ya Allah bestnya.. my favorite jugak tu kak Farrah... hihihihih

    BalasPadam
  15. Mahu tak cancel diet baunya menusuk ke tangkai perut... pujuk perut suruh makan nasi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. konon jeeee pujuk kan ? padahal perot joget dulu suruh isi.. laalala..

      Padam
    2. Hihih memang hancur diet kalau ikan pekasam ni buat appearance kat umah :)

      Padam
    3. hahahahaha.. perut joget menari lagu dondang sayang teacher CT..

      Padam
    4. Mahu tak hancurnya kak Farrah..

      Padam
    5. pengemar ikan pekasam tak yah nak diet heheh

      Padam
    6. memang.. bukan kata pekasam je.. ikan masin pun layan weh kalo dgn nasi panas.. x tolak haaaih..

      Padam
  16. selalnya femes belah2 kedah kan ikan ni... kalau sepupu balik kedah slalu jugak dia beli... tapi kalau yg kena ikan yg rasa tanah mmg saya tolak tepi walaupon terliur..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh akak setakat ni belum pernah dapat ikan yang rasa tanah tu,..kalau dak, akak pun tak lalu.

      Padam
    2. nak2 ikan yg diambil dari bendang... hihih

      p/s: betol x tcher CT.. techer org kedah kan????

      Padam
    3. yana pon makan ikan sungai memang tak gemor kalau hak rasa tanah memang tak makan laa

      Padam
    4. deng !! salahlaaaaaaaah IY oooi salah !!!

      Padam
  17. kak Farrah kenal pelara??? Konsep buatnya sama kan.. bau pun satu rumah kot.. hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaa tau..tau. tapi pelara tu memang guna satu jenis ikan yang spesifik kan,..

      Padam
    2. aa'ahh... biasanya ikan yg tak banyak tulanglah...

      Padam
    3. sbb dia nak suruh cubit sket2 ja.. masin !! nanti HBP shoot naik..

      Padam
  18. Agaknya SS makan tak??

    p/s: cari pasal dgn SS.. hihihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka tau carik pasal ngan SS!

      Padam
    2. Hahahahaha.. sudah semestinya.. mesti kena tanya SS ni.. manalah tau favorite SS bolehlah masuk geng skali..hihihih

      Padam
  19. ini namanya penyeksaaan !! fulstop !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. penyeksaan untuk perut kan tcher CT??hihihihihihih

      Padam
    2. Tak seksa mana aih, CT! CT gi makan sana-sini lagi seksa jiwa akak tengok!

      Padam
    3. kan hahahha ... sama la pi makan steamboat aiskrim lagi

      Padam
    4. Yana !! celah mana akak mana steamboat aiskrim ? ni first time akak dngr..

      Padam
  20. isk.. ikan pekasam.. garing2.. nasik panas.. kicap !! pergh..
    btw CT suka yg luar2 tu je.. yg kruk krap kruk krap.. yg isi2 dalam slalu tak makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. amboi komen kak siti.. siap krup krap! hahaha

      Padam
    2. isi tu yg bestnya teacher ehhhh.. makan dgn nasi mpanas.. :D yuummyyy

      Padam
    3. weh yang garing luar tu sedap.. yang beras tu ehehhe..
      ikan tu da lembik2 x minat..

      Padam
  21. Letak kicap manis-manis sikit rasa dia, baru ngam dengan masam, pedas! fuhhh!

    BalasPadam
  22. Menarik nie.. Nanti nak try lah.. selalu goreng gitu je..

    BalasPadam
  23. tengok komen komen kat entry ni mak aiii. sedap sangat ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. of coss lah sedap cik yana.. rasanya skrg kat pasar2 tani pon ad jual ikan pekasam ni.. try dehhhhh..

      Padam
    2. Pegi try, Cik Yana. Belum cukup kenal hidup tu kalau tak rasa lagi ikan pekasam ekekekek ;)

      Padam
    3. komen kak farrah hahahah fuh fuh ,... dengar pekasam pon dah tak rasa nak makan hehhe

      Padam
  24. Kebetulan stok pekasam ada lagi ^-^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat menikmati ikan pekasam, Zumal. Jangan bagi tok makan banyak sangat tau,..

      Padam
  25. Wahhh....nampak betul2 menyelerakan ni Farrah....

    BalasPadam
  26. Tak pernah makan ikan pekasam, nanti boleh try! Hehe

    BalasPadam
  27. stok ikan pekasam memang wajib ada dlm fridge aida.
    tapi x pernah letak kicap :)
    idea baru ni.

    BalasPadam
  28. ni kalau abe makan ni bertambah2 nasi ni

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.